matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Wednesday, March 30, 2011

Myvi Makan Nasi Minyak - LOL




p/s: Macam kebetulan la pulak. Ada classmates duk sibuk pasal layan video kahwin kat twitter. Tengok video kahwin oleh CandidSyndrome Film kat sini. Ehem ehem dah tak lama dah tu gua nak merasa nasi minyak ye. Jangan lupa ajak tau kawan2 hahahaha  



Tuesday, March 29, 2011

[Must Know] Elaun Kerabat Sultan Di Malaysia


Perbelanjaan yang ditanggung untuk menggaji Yang Dipertuan Agong, Sultan, Sultanah dan juga kerabat Diraja Di Malaysia.


Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.

Jumlah sebulan Agong ialah RM87,880
  1. Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)
Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM87,880
  1. Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)
Selain daripada tu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut :
  1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
  2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
  3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000
Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Rupanya setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong. Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni juga elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.

Pencen khas untuk balu Permaisuri Agong

Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Pemaisuri Agong. Contohnya jikalau kalau Agong tu mangkat semasa baginda sedang memgang tugas sebagai Agong, jadi pemaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut  menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979). Individu yang sedang memperolehi
  1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
  2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan penyelenggaran kenderaan
  3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000
Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan Sultan sudah merasa menjadi Agong. Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu :
  1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan
  2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan

Elaun Sultan dan kerabat Diraja

Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan
  1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan
  2. Elaun keraian Sultan = RM15,480
Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebanyak RM14,600 sebulan
  1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
  2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan
Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut :
  • Raja Muda – RM13,000
  • Raja Puan Muda – RM5,200
  • Tunku Bendahara – RM4,000
  • Bini Tunku Bendahara – RM1,250
  • Tunku Temenggung – RM3,500
  • Isteri Tunku Temenggung – RM900
  • Tunku Laksamana – RM3,000
  • Isteri Tunku Laksamana – RM600
  • anak-anak Sultan – RM1,000

Sunday, March 27, 2011

Artis Melayu Paling Seksi 2011


Berita pinggul berkurap di Metrofulus

Siapa yang belum beli Metro sila dapatkan sekarang


p/s: Benda macam ini jugak la yang jadi muka depan paper, bukannya nak highlight pasal agama ke ekonomi  ke..haissh !!! Itulah artis kita, surat khabar kita dan wajah kita. Papepun hidup Melayu !!! Saya bangga jadi bangsa Melayu !!! Hidup Metro !!! Melayu Hebat !!! kah kah kah 





Saturday, March 26, 2011

Jangan Pegang Pegang Duduk Renggang Renggang


Gambar tiada motif, abaikan.

Dikatakan perempuan yang memegang tangan sesama perempuan semasa berjalan adalah perkara yang normal pada mata masyarakat. Sedangkan lelaki yang memegang tangan sesama lelaki bukan saja semasa berjalan bahkan hanya seketika adalah dianggap sebagai bukan biasa dan mungkin dituduh gay. 

Dikatakan juga perlakuan tersebut adalah sinonim bagi perempuan kerana perempuan dianggap lebih bersifat penyayang berbanding lelaki. Buktinya yang nyata adalah setiap perempuan yang dilahirkan normal sifatnya dikurniakan rahim oleh Ilahi. Bukankah RAHIM itu bermaksud penyayang. Betul kan ???


p/s: Kalau gua pegang tangan member nanti bukan setakat tangan je dapat silap2 siap boleh dapat dengan pelempang sekali agaknya. Kalau gua nak pegang tangan bini, kahwin pun belum lagi hahahaha

Thursday, March 24, 2011

SPM 2010 - Official SBP Ranking



p/s: Tahniah SASER atau SM Sains Tunku Munawir atas kejayaan ranking pertama Sekolah Berasrama Penuh dalam SPM 2010. Sebagai pesaing All Boys School kepada SASER, ASiS hanya menduduki tangga keenam. Papepun, tahniah buat semua ASiSian dan guru guru. Semoga kalian berjaya di peringkat seterusnya. Gua tumpang bangga sekali dik oooii..Tapi zaman dulu sekolah ni bukan macam SBP pada rupanya pun still dapat no 3 kedudukan SBP seMalaysia. hahaha



Tuesday, March 22, 2011

Perodua Myvi SE 2011

Gambar spyshot Perodua Myvi SE 2011





Kredit gambar: [sini]

Perodua akan melancarkan model Myvi yang dipertingkatkan dengan ciri baru berkuasa 1.3 liter pada Mei manakala model berkuasa 1.5 liter pada Julai / September tahun ini sebagai kesinambungan kepada model Myvi iaitu model terlaris Perodua ketika ini.

Beberapa perubahan besar dilakukan membabitkan ruang dalaman dan luaran model itu berbanding model sedia ada antaranya papan pemuka baru, reka bentuk depan dan belakang lebih sporty serta warna baru bagi model berkuasa 1.5 liter.

Model baru Myvi ini mengalami sedikit pengecilan saiz berbanding model sekarang dan kusyen tempat duduk ditebalkan bagi menambahkan keselesaan kepada penumpang selain menggunakan papan pemuka baru, sekali gus menjadikan Myvi 2011 lebih bergaya.

Dikatakan harga jualan bagi model berkuasa 1.3 liter akan dijual lebih tinggi sedikit daripada model sekarang manakala harga bagi model 1.5 liter lebih rendah daripada model Perodua Alza. [Harian Metro]. Baca juga di Generasi kedua Perodua Myvi atau di Perodua Myvi 1.5 Litre.


Monday, March 21, 2011

Research Oh Research



p/s: Down la buat research ni. Lecture pun dah start buka mulut dah. Aduyaii.. Tension weh. Kan senang kalau buat research ni macam tekan ctrl A + ctrl C + ctrl V + ctrl S+ ctrl P = SIAP.


Saturday, March 19, 2011

Rubic Cube Solution; Dedicated to Mr Roomate :-)










p/s: Dah 3 hari 3 malam kau duk main benda tu. Tak bosan ke? Okay, gua jeles sebab nak buat 1 side pun gua dah fail..lol...


Thursday, March 17, 2011

Box Office Sampai Kiamat. Hikayat Merong Mahawangsa Pun Kalah


Tadi gua saja la masuk kat website Finas sebab nak cek berapa kutipan semasa filem Hikayat Merong Mahawangsa nih. Cewwahhh, mentang2 la pergi tengok wayang semalam kan. hahahaha Tak silap waktu gua masuk tu baru cecah 2.05 juta. Tak pasti la pulak ini untuk kutipan sampai hari ke berapa.

Ni first time gua masuk website finas. Saja la kan gatal tangan pergi tekan tekan tengok kutipan filem tahun tahun yang lalu. Dari tahun 2010 ke tahun 2009 ke tahun 2008 dan seterusnya sampai la ke tahun 2007. Lepas tu gua stop sebab terkejut.

Hang tengok berapa kutipan untuk Filem Zombi Kampung Pisang. 2371 million. Gua silap tengok ke ni? Ke mata gua dah rabun ni? Biar betul? Ke streamyx rumah gua buat hal hari ni? So, no wonder la kan Mamat Khalid buat cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah ni yang sekuelnya dari cerita zombi nih. Zomba pun zomba la Pak Abu.


Siapa yang tak nampak sila gunakan kanta pembesar. 
Boleh juga tolong gua cek betul ke ini semua kat sini.


p/s: Damn..buang masa syiall tekan refresh banyak kali page Finas ni, sama je..Kenapa baru tadi gua tahu esok ada test retail !!!!!


Ayat Dalam Hikayat


Kamawas: "Empangan kalau dah dibuka,
masakan boleh ditahan airnya".
Double meaning sioott !!!
Gua tak tau pulak zaman dulu dah ada empangan..hahaha 


Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua,
 bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama. 
Sampai masa tibanya waktu tidur, 
gua dah tak larat gelak fikir aksi cermin sakti 
Archimedes menewaskan hulubalang Geruda yang 'amat tough'.


p/s: Gua bagi 3.5 bintang je la Hikayat Merong Mahawangsa ni. Aksi boleh dikatakan terbaik. Watak semua in karekter..Jalan cerita lebih kurang je. dah nama pun hikayat kan. huahua. Tahniah KRU untuk standard filem Melayu. Tapi sebab abang Anuar Zain yang nyanyi lagu OST HMM ni gua kasi tambah 0.5 lagi jadi 4 bintang la. Hidup suku berparut !!!


Wednesday, March 16, 2011

Panas Bersih Hujan Kotor



p/s: Dikatakan perempuan yang memiliki kenderaan yang berwarna putih ialah perempuan yang rajin dan kaya. Ini kerana mereka terpaksa mencuci kereta mereka yang lebih cepat kotor berbanding dengan warna2 lain. Betul kan?


Monday, March 14, 2011

[Gambar] Kesan Tsunami Di Jepun 2011 - Pray For Japan





















Gambar diambil dari Facebook Dave Chan


p/s: Tsunami di Jepun petanda kiamat semakin hampir. Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.


Datuk Lee Chong Wei Juara All England 2011



Tahniah Datuk Lee Chong Wei apabila muncul juara Kejohanan All England 2011 di Birmingham. Lee Chong Wei mengalahkan Lin Dan dari China dengan mata 21-17, 21-17 dalam masa 52 minit. Kemenangan kepada Lin Dan ini mengekalkan Kejuaran Seluruh England sebelumnya dan sekali gus mengukuhkan status beliau sebagai pemain badminton nombor 1 dunia buat masa kini. Tahniah, tahniah dan tahniah.

p/s: Rugi tak dapat tengok Lin Dan buat breakdance robot / body popping lagi..hahahahahahha


Sunday, March 13, 2011

KOSMO dan Ratu Porno



p/s: Hampeh punya paper sampai berita pasal Maria Ozawa ni pun nak disensasikan. Dah takda berita lain ke nak digunakan sampai terdesak promosi camnih. Taulah miyabi sorang ni hot. Hahahahahahahaha


Kartun Berita Harian Terima Padah


Inilah berita kita, berita Malaysia...
Bukan sahaja bahagian kartunnya yang senda mempersenda
tetapi berita utama pun selalu jadi bahan gelak ketawa... Huhuhu


Dilaporkan di CNN iReport-
Local Malaysian newspaper Berita Harian published a caricature in their editor's column today that depicts the popular Japanese cartoon character Ultraman as trying to outrun an incoming tsunami. The publication has received tremendous criticisms by readers, who accuse the editors as being "inconsiderate and distasteful". Several political leaders have even stepped out and demand a public apology, to which the editors promptly made on their publication's Facebook fan page.

Sumber: http://ireport.cnn.com/docs/DOC-570978


p/s: Orang tengah bersedih pun boleh buat lawak lagi. Camna kalau berlaku di tempat kita, sanak saudara kita sendiri ditimpa bencana.. Semoga rakyat dan pelajar Malaysia yang berada di Jepun selamat semuanya.


Saturday, March 12, 2011

Brain Dah Habis


Sibuk
Penat
Sakit urat
Gembira
Enjoy
Berjaya
Terima kasih
Tahniah
Nak rehat
Noktah


Brain Awareness & Health Carnival 2011


Brain Awareness & Health Carnival 2011
(Kesedaran Otak & Karnival Kesihatan 2011)
Tarikh: 12 Mac 2011   Waktu: 9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat: Dewan Serbaguna MBSA Paya Jaras Sungai Buloh
Anjuran: Pelajar Part 6 Ijazah Sarjana Muda Farmasi UiTM Puncak Alam

 Jom tengok bidio promo...



Tak nak tulis banyak2 sebab bukan orang baca pun. Tengok poster je senang. 



Sebarang kemusykilan sila utarakan di kotak komen. Atau boleh jugak klik like di Facebook Page yang gua dah letak kat penjuru kanan sana tu. Semua aktiviti ada kan. Tak rugi kalau datang. So, apa lagi moh le kita memeriahkan program ini. Jangan lupa bagi tahu saudara mara suruh datang dan suruh saudara mara tu bagitahu saudara mara yang lain dan bagi tahu semua orang supaya datang. Jumpa anda di sana. 


Thursday, March 10, 2011

Keputusan perlawanan Kelayakan Olimpik 2012


MALAYSIA 0 Pakistan 0 (agg 2-0)

Chinese Taipei 0-2 Jordan (agg 0-3)

Maldives 0-3 Hong Kong (agg 0-7)

Bangladesh 0-3 Kuwait ( agg 0-5)

Myanmar 1-1 India ( agg 2-3)

Kyrgyzstan 0-0 Iran (agg 0-1)

Turmenistan 1-0 Indonesia ( agg 4-1)

Oman 3 Tajikistan 1 ( agg 7-2)

Sri Lanka UAE ( agg 1-7)

Thailand 0-1 Palestine (agg 1-1) 6-5 Penalti

Singapura vs Yamen -POSTPONED to 19 dan 21 Mac


p/s: Pusingan kedua akan berlangsung pada 19 dan 23 Jun depan. Malaysia akan bertemu sama ada Australia, Bahrain, China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Iraq, Lebanon, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan atau Vietnam. Undian akan dibuat pada 30 Mac ini di Rumah AFC, Bukit Jalil, KL. Gomo Malaysia Gomo !!! AAAUUUUMMMMM !!!!


Wednesday, March 9, 2011

Generasi kedua Perodua Myvi

Ura ura Myvi akan mengeluarkan kereta generasi keduanya bakal terjawab tak lama lagi. Dengan pendedahan gambar Myvi dipandu uji di jalan raya tak lama dulu (baca di sini) terbaru model tersebut telah berjaya dikenalpasti oleh public.

Pandangan depan Perodua Myvi 2011. 
Tak banyak beza dengan yang lama cuma enjinnya varian 1.5 L.


Pandangan belakang Perodua Myvi generasi kedua. Well said, Perodua memang hebat dalam bab ubah suai bumper, lampu, facelift etc kereta Jepun dan bukannya mencipta enjin buatan sendiri. Kredit gambar dan info kepada Paultan.




Atau mungkinkah ini yang dikatakan model baru Perodua Myvi 1.5 L 2011 ??? 
Kredit gambar dari Funtastickodesign. Ternyata memang smart kan facelift baru ni.





Hujan Salji Akan Melanda i-City Shah Alam



KUALA LUMPUR: Hujan salji akan melanda i-City di Shah Alam pada 19 Mac ini dan fenomena luar biasa itu dijangka berterusan sepanjang tahun mulai tarikh tersebut. Perkara ini diumumkan oleh I-Berhad dalam satu sidang akhbar di sini petang Isnin yang turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Pengerusi Eksekutif I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong.

Hujan salji tersebut adalah sebahagian daripada inovasi baru dalam industri riadah yang diperkenalkan oleh i-City kepada para pengunjung ke taman tema tersebut mulai cuti sekolah ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew, teknologi yang dibawa khas dari Korea Selatan itu merupakan daya tarikan baru ke i-City iaitu taman tema seluas 177.8 hektar (72 ekar) di Shah Alam yang sebelum ini terkenal dengan gelaran “City of Digital Lights” kerana limpahan cahaya warna-warni yang menyinari seluruh taman tema tersebut setiap malam.

Baca lanjut di sini.

p/s: Ingat key nok kiamat doh Malaysia ado huje salji nih. Pelik2 dih oghe loni.. Berat2




Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD