matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Monday, February 28, 2011

Awek Seksi Jadi Bodyguard Idaman Muammar Gaddafi


Kalau di Mesir kita ada Hosni Mubarak dan kalau di Libya kita ada Muammar Gaddafi. Kedua mereka ni rakyat negara mereka tak suka. Syukur, Hosni Mubarak sudah pun jatuh di Mesir. 

Hah, bagi yang tak kenal lagi siapa si Gaddafi ni meh di cerita sikit. Kolonel Gaddafi telah memiliki cengkaman kukuh di singgahsana kepemimpinan di Libya sejak 1969 lagi. Dia antara penguasa paling lama dalam sejarah, meskipun tiada apa-apa istimewa dalam pemerintahannya. 

Tapi ada yang istimewanya? Gaddafi sangat ingin dikelilingi oleh 'awek-awek cantik'. Perhatikan stafnya, pengawal wanita yang konon katanya 'Pengawal Perawan' ini disebut sebagai Guard Amazon. Cayalah..




7 Fakta Gadis Pengawal Peribadi Muammar Gaddafi













Gambar curi kat sini. Lagi gambar boleh klik di sini


p/s: Beruntungkan gadis gadis di Libya ni.. Dah la berani pulak tu. Oh Dunia gua dah bosan dengan semua ni.. Tolonglah wei..



Thursday, February 24, 2011

Daphine Iking Pilih Islam Sebagai Jalan Hidup


Gosip di Ohbulan

Alhamdulillah seorang lagi dah menjadi saudara kita. Memilih nama Dahlia Eleanor Iking sebagai nama Islamnya setelah berkahwin dengan lelaki Melayu yang juga perkahwinan keduanya. Satu penghijrahan yang baik buat Daphine Iking. Semoga beliau menjadi seorang wanita yang solehah dengan bimbingan suaminya nanti..Amin.. 

p/s: Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.


Wednesday, February 23, 2011

Keputusan Penuh Kelayakan Olimpik 2012 Malaysia vs Pakistan

Pusingan Kelayakan Sukan Olimpik 2012 menemukan pasukan Malaysia B23 dengan Pakistan B23 di Stadium Shah Alam pada 23 Februari 2011 berakhir dengan kemenangan Malaysia 2-0. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya kita. Jom berjuang untuk second leg nanti di Stadium Punjab Pakistan pada 9 Mac 2011. 

Keputusan penuh:
Malaysia [2] vs [0] Pakistan...[1st Leg]
Wan Zaharulnizam Zakaria...minit ke 4
Mohd Irfan Faizail...minit ke 45






Kredit Sokernet


Lain lain perlawanan (Kelayakan Asia) Sukan Olimpik London 2012: 
Thailand 1 - 0 Palestine
Iran 1 - 0 Kyrgyzstan
Hong Kong 4 - 0 Maldives
Indonesia 1 - 3 Turkmenistan
India 2 - 1 Myanmar
Oman  0 - 1 Tajikistan


Tuesday, February 22, 2011

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Minat Tengok Cerita Naruto Sebelum Tidur



p/s: Apek suka makan coklat sebelum game. matpek suka makan apa saja sebelum game.. :-)


Kenapa Pasukan Bola Malaysia Tak Layak Pergi Piala Dunia?


Macam mana la bola sepak di Malaysia ni nak maju bawah orang FAM yang ada sekarang ni. Gua tak nak cakap pasal politik bola tu semua. Sedangkan nak jaga website yang ringkas ni pun susah nak update inikan pula nak bagi Malaysia layak pergi world cup.

Dorang masih terkenangkan zaman TM lagi ke sampai lupa yang sekarang ni dah zaman ASTRO.. Bukan niat nak mencari kesalahan tapi macam pelik je laman web persatuan sukan berdaftar macam ni. Dah la persatuan sukan yang paling ramai mempunyai staff dalam organisasi mereka. Gua tak sembang banyak2 nanti kena ban pulak. Okay lah banyak lagi kerja nak buat ni. Chillax~

Image taken 22 Februari 2011 di laman web FAM, klik di sini.

Dari wikipedia: 
Malaysia Super League is the top flight of football in Malaysia. It replaced the M-League as the highest division a professional football team in Malaysia can participate in. The league is currently named Astro Super League Malaysia (Astro Liga Super Malaysia in Malay). The League was previously called the TM Super League Malaysia because of the sponsorship of Telekom Malaysia, But it was changed after Astro became the league sponsors replacing Telekom Malaysia

Malaysia Premier League is the second-tier football league in Malaysia. The league is currently named Astro Premier League Malaysia (Astro Liga Perdana Malaysia in Malay). The League was previously called the TM Premier League Malaysia because of the sponsorship of Telekom Malaysia, But it was changed after Astro became the league sponsors replacing Telekom Malaysia.


p/s: Tahniah, tahniah dan tahniah. Malaysia dan Thailand dipilih sebagai tuan rumah bersama untuk menganjurkan Piala Suzuki AFF edisi 2012. Siap sedia Harimau Malaya dan Ultras Malaya. Baca lanjut di sini. Selamat berjuang juga untuk Harimau Malaya U-23 bertemu Pakistan pada 23 Februari esok di Stadium Shah Alam dalam Pusingan Kelayakan Sukan Olimpik London 2012. Auuuuummmmm!!!!



Saturday, February 19, 2011

Pengalaman Pertama Menjadi Seorang Gigolo



BUAT PANTUN GUNA KEYWORD SEARCH:

(Pembuka)
Pengalaman pertama menjadi seorang gigolo,
Mak datin datang sebabnya tak puas dengan suami,
Kalau dalam Raja Lawak yang berpantun ialah David Teo,
Kenapa tidak saya mencuba untuk entri kali ini.

Bola sepak Malaysia makin rancak,
Satu stadium penyokong bersorak gamat,
Penjaga gol Harimau Malaya muda lagi kacak,
Nama diberi Khairul Fahmi Che Mat.

Baju Melayu dan sampin pakaian tradisi,
Jangan dilupa capal dan tengkolok,
Baca dulu sampai habis dan kaji apa isi,
Buku kontroversi Novel Interlok.

Kalau suami peluk isteri,
Pasti tidur pun nyenyak,
Kalau nak dekat mengundi,
Pasti turun harga minyak.

Bila makan lauk ayam goreng,
Mesti saya pilih bahagian isi dan dada,
Bila bergosip artis rampas suami orang,
Mesti orang tuduh Fasha Shanda.

Semua wanita adalah cantik belaka,
Tidak kira miskin atau berada,
Paduan suara Loque bersama Atilia,
Maka terhasillah lagu dinda kanda.

Proposal research banyak tak siap lagi,
Akibatnya pensyarah sudah mula berbunyi,
Romen pandai tapi bila mengandung mulahlah lari,
Akibatnya makin banyak cerita pembuangan bayi.

Kalau padi katakan padi,
Jangan saya tertampi habuk,
Kalau jadi katakan jadi,
Jangan saya ternanti nanti dengan drbook.

Buah cempedak di atas peti,
Nampak manis lagi segar,
Cuba tengok ada apa di hujung jeti,
Rupanya seluar dalam wanita timur tepi pagar.

Berakit rakit ke hulu,
Berenang renang ke daratan,
Siapa juara Piala Malaysia tahun lalu,
Sudah tentu Skuad Kelantan.

Mari kita penuhkan ilmu dalam diri,
Agar tidak nanti dipanggil jahil,
Mari kita mendaki bukit sekali lagi,
Agar tercapai melihat matahari terbit di Broga Hill.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada yang datang,
Boleh kalian komen di sini.
(Penutup)





Tuesday, February 15, 2011

Happy Birthday to Prophet Muhammad PBUH; The Greatest Human Ever In This World

Selamat Menyambut Maulidur Rasul , 15hb Februari 2011 bersamaan 1432H/2011M kepada seluruh umat Islam di dunia :-) Sama- samalah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W



صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد   صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم

صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد   صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم



p/s: Kalau awek mesej kita... kita save ayat tu. sebab nak tengok balik... 16 kali baca pun takpe lagi sebab tak puas lagi.. tapi berapa hadis kita tahu? berapa hadis yang kita baca? payah... hafal je yang bahasa melayu... Cinta ke kita kat nabi? Mana lagi kita cinta antara nabi dengan awek kita? Tengok nampak kan... Betapa menipunya diri kita ini yang kononnya cinta kat nabi...

Haus tapak kasut berarak untuk maulidur rasul. Berbuih mulut cerita pasal maulud nabi. Sedangkan Rasulullah saw hadir ke dunia bukan sahaja untuk dibanggakan pada hari ni saja tapi untuk di ikuti sepanjang kehidupan ini. Sesungguhnya Nabi Muhammad diturunkan untuk memberikan rahmat kepada manusia. JAHILNYA AKU !!!!!


Friday, February 11, 2011

Kempen Hari Valentine Bukan Untuk Orang Islam

Khutbah Jumaat tadi pak khatib dah mengingatkan jemaah lebih lebih lagi buat golongan remaja untuk tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine Day pada 14 Februari ini. Sambutan ini lebih kepada keraian agama Kristian yang jauh bercanggah dengan Islam dan akhirnya menjurus kepada maksiat dan zina. 

Tak nak tulis banyak banyak sebab bukan oarang baca pun. Majlis Fatwa Kebangsaan pun dah cakap haram. Jadi, sama samalah kita menghindari bukan sahaja untuk menyambutnya malah mempromosikan Hari Valentine ini pun ditegah sama sekali. Kempen untuk mencegah takpe. Chillax~



Mungkin ada yang masih tak pasti kenapa ia tak boleh disambut oleh
masyarakat Islam, boleh la terjah link kat atas tu. Semua sudah diceritakan.
Katakan Tidak Pada Valentine Day !!!


Tutorial Cara Insaf Tengok Porn

Chillax guys. Tajuk enrtri kemain gila nak up traffik kan. Haha Jangan risau blog ni memang sampah sikit tapi bukan blog lucah okay. Kalau anda nak cari video 3gp melayu ala ala comolot gitu memang anda silap tempat. Kalau nak gua ada je port baik punya, free download jom ushar sini.

purn tu ape??


Tak sangka ada juga manusia yang search benda ni kat page gua. Kejadah apa entah diorang google benda ni? Ingat gua ni bapak ayam ke ? arghh.. Paling tidak pun pergi la bersoal jawab dengan Dr Ismail Tambi tuh. Genius tu bai. 

Gua rasa yang google ni memang sah budak melayu. Tengok bahasa pun dah tahu. Genetik melayu kan suka lucah2 ni. Tak caya tengok paper Metro sudah la. Tajuk bukan main lagi ghairahnya. Tapi bagusla la dia ada inisiatif nak insaf.

On topik balik. Gua tak tahu macam mana nak kasi tips yang ni. Lagi pun blog ni memang bukan blog tutorial. Lain la blog Shafiq asyik update tutorial je. hahahahahaha Ada tak siapa2 boleh tolong gua bagi cara macam mana nak insaf bila tengok porn ni?? Kesian budak ni.. Gua harap lu insaf nanti.



Monday, February 7, 2011

Papan Tanda Sudah Dipacak


Klik untuk tumbesaran

Borang A Pendaftaran Pemilih; Lab Pharmaceutical Care; 7 Februari 2011; Pukul 5.30. Apakah keperluan untuk borang ini sehingga perlu diedar masuk ke dalam universiti atas arahan Kementerian Pengajian Tinggi ??? Ramai sangat ke yang tak daftar lagi ??? Dah terdesak sangat ke ??? Atau pun adakah itu petanda pilihanraya dah dekat sangat dah ??? Atau pun memang tersangat perlu sebab gua sendiri pun tak daftar lagi..kahkahkah


Sunday, February 6, 2011

Paris Hilton Peluk Islam. Betul ke Tipu Tipu?



JEDDAH - Arab Saudi - Selebriti Amerika, Paris Hilton telah masuk Islam, jurucakapnya, Ian Brinkham, mendedahkan berita tersebut di CBS News. Bila menganuti Islam, Paris Hilton telah memutuskan untuk mengelakkan kehidupan lamanya sebagai selebriti liar.

Berbicara dari kehadirannya di Jeddah, ia berkata: "Saya telah menemui kedamaian penuh dalam hidup saya dari sebelumnya, saya dulu dikenali sebagai kupu-kupu malam, tapi kini semuanya telah berubah Segala puji bagi Allah .. "

Paris merancang untuk kembali ke Los Angeles minggu depan untuk memulakan sekolah Islamnya sendiri di tengah Beverly Hills. Paris Hilton kini sungguh bersemangat untuk menyebarkan kebaikan Islam dan Al-Quran. Dia juga sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi menggambarkan sifat seorang muslimah tulen. Paris Hilton juga merancang untuk menukar namanya menjadi 'Tahirah' yang bererti 'murni, suci'dalam bahasa Arab. Sekolah Islam-nya akan di buka pada bulan Julai [Hot Malays]

Ada pihak yang mendakwa berita ini sengaja disembunyikan bagi mengekang kebangkitan Islam apabila orang berpengaruh seperti Paris memeluk Islam malah ada blogger yang berpendapat Paris mungkin menerima nasib seperti Michael Jackson sekiranya hal ini tersebar. Tidak kurang juga yang mendakwa ini hanyalah berita palsu. Apa pun terpulang kepada penilaian anda semua, anda boleh percaya dan juga sebaliknya. Copy dari [milo suam]


p/s: Yang penting gua menafikan dengan keras bahawa Paris Hilton kembali kepada fitrah Islam semata2 untuk berkahwin dengan gua. Terima kasih :-)


Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD