matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK
Showing posts with label FAM. Show all posts
Showing posts with label FAM. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

Royal London Sarkis - FAM Kenyang Perut


Malaysia              0
Arsenal                4
(Aaron Ramsey 4’, Theo Wallcott 35’, Carlos Vela 59’, Rosicky 90')

Skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K.Rajagobal tidak terdaya memberikan
saingan kepada Arsenal, apabila tewas 0-4 kepada skuad barisan Arsene Wenger dalam
aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.


Rumusan:
Biasala tu kalah 4-0...Malaysia kan main away game...
sorakan penyokong Harimau Malaya tenggelam dek sorakan penyokong ARSENAL.
TAHNIAH FAM kerana telah memalukan pemain Harimau Malaya di SNBJ...
TAHNIAH JUGA UTK PENYOKONG ARSENGAL DI SBNJ 
kerana memaki bangsa sendiri di bumi sendiri

1 gol untuk FAM
1 gol utk ProEvents
1 gol untuk ASTRO
1 gol untuk bangsa2 London celup


p/s:Kepada sesiapa yang telah terkeliru di mana venue perlawanan sebentar tadi, 
gua ulangi perlawanan sebentar tadi telah berlangsung dengan jayanya di Emirates Stadium dengan kelihatan ramai rakyat Malaysia disana. Dipercayai mereka adalah student student oversea Malaysia yang berpendidikan sangat tinggi hingga tergamak 
boo player Malaysia..lulz !



Tuesday, February 22, 2011

Kenapa Pasukan Bola Malaysia Tak Layak Pergi Piala Dunia?


Macam mana la bola sepak di Malaysia ni nak maju bawah orang FAM yang ada sekarang ni. Gua tak nak cakap pasal politik bola tu semua. Sedangkan nak jaga website yang ringkas ni pun susah nak update inikan pula nak bagi Malaysia layak pergi world cup.

Dorang masih terkenangkan zaman TM lagi ke sampai lupa yang sekarang ni dah zaman ASTRO.. Bukan niat nak mencari kesalahan tapi macam pelik je laman web persatuan sukan berdaftar macam ni. Dah la persatuan sukan yang paling ramai mempunyai staff dalam organisasi mereka. Gua tak sembang banyak2 nanti kena ban pulak. Okay lah banyak lagi kerja nak buat ni. Chillax~

Image taken 22 Februari 2011 di laman web FAM, klik di sini.

Dari wikipedia: 
Malaysia Super League is the top flight of football in Malaysia. It replaced the M-League as the highest division a professional football team in Malaysia can participate in. The league is currently named Astro Super League Malaysia (Astro Liga Super Malaysia in Malay). The League was previously called the TM Super League Malaysia because of the sponsorship of Telekom Malaysia, But it was changed after Astro became the league sponsors replacing Telekom Malaysia

Malaysia Premier League is the second-tier football league in Malaysia. The league is currently named Astro Premier League Malaysia (Astro Liga Perdana Malaysia in Malay). The League was previously called the TM Premier League Malaysia because of the sponsorship of Telekom Malaysia, But it was changed after Astro became the league sponsors replacing Telekom Malaysia.


p/s: Tahniah, tahniah dan tahniah. Malaysia dan Thailand dipilih sebagai tuan rumah bersama untuk menganjurkan Piala Suzuki AFF edisi 2012. Siap sedia Harimau Malaya dan Ultras Malaya. Baca lanjut di sini. Selamat berjuang juga untuk Harimau Malaya U-23 bertemu Pakistan pada 23 Februari esok di Stadium Shah Alam dalam Pusingan Kelayakan Sukan Olimpik London 2012. Auuuuummmmm!!!!



Sunday, January 16, 2011

Jersi Bola Sepak Malaysia: Yang Mana Lagi Laku

Dah lama dah peram entri ni hari ni baru terasa nak publish. Okay berlandaskan fenomena peningkatan skuad bola sepak negara kita baru baru ini dalam kejohaan Piala Suzuki AFF 2010 yang akhirnya Malaysia muncul juara, gua berpendapat bahawa penjualan jersi juga meningkat. Itu budak sekolah pun tahu kan. Tapi yang menjadi persoalan gua ialah jersi yang mana yang menjadi pilihan.

Jersi Kuning Atau Biru 




Base on the match result in  AFF Suzuki Cup, skuad Hariamau Malaya mengharungi 7 perlawanan. 

Perlawanan Kumpulan A
Malaysia vs Indonesia     1-5 Kalah     Jersi kuning
Malaysia vs Thailand     0-0 Seri     Jersi biru
Malaysia vs Laos     5-1 Menang     Jersi biru

Peringkat Separuh Akhir 
Malaysia vs Vietnam     2-0 Menang     Jersi biru (home)
Vietnam vs Malaysia     0-0 Seri     Jersi kuning (away)

Peringkat Akhir
Malaysia vs Indonesia     3-0 Menang     Jersi biru (home)
Indonesia vs Malaysia     2-1 Kalah     Jersi biru (away)


Jersi kuning = Kalah 1  Seri 1
Jersi biru = Menang 3 Seri 1 Kalah 1


[Ramalan]
Jadi ramalan gua ialah lebih ramai orang akan membeli jersi biru berbanding jersi kuning. Gua anggap la kan jersi biru yang dipakai waktu kejohanan ini lebih membawakan tuah kemenangan. Ini teori gua yang menyokong pembelian jersi. Bab player dan team mana lawan gua malas nak sentuh. Mungkin akan berkait tapi itu cerita lain. Cerita ni cerita jersi. Lagi satu sebab apa gua prefer jersi biru dari jersi kuning kerana pada pandangan gua jersi biru itu lebih menggambarkan negara Malaysia dan jersi kuning itu lebih menggambarkan FAM. Bukti??? Hanya pandangan gua saja. 


[Keputusan]
Gua ingatkan peminat akan borong lebih kat jersi biru ni berdasarkan teori 'tuah' gua tuh. Tapi ramalan gua silap. Sebab mengikut pemerhatian, gua nampak ramai rakyat Malaysia cenderung untuk memilih jersi belang kuning hitam berbanding jersi biru. Ni pemerhatian rambang kat kawan2 yang dah beli jersi, dari gambar peminat di facebook yang pergi stadium, dan pendapat kawan2.


[Persoalan kedua]
Kenapa ini orang lebih ramai beli jersi kuning hitam dari jersi biru? Fakta ni tak semestinya betul. Gua main agak je ni. 

1. Ada golongan yang dah dari turun temurun membeli jersi kuning hitam. Dari awal  awal jersi kuning diperkenalkan. Zaman Mokhtar Dahari mungkin...

2. Golongan ini membeli atas faktor minat berdasarkan design jersi belang kuning hitam ini lebih menarik dan menonjol. Kata nama harimau malaya, mesti la mau nampak seperti harimau. Belang2 gitu...Auuummm!!

3. Golongan ini membeli kerana tiada pilihan kerana jersi kuning hitam je yang tinggal. Jersi biru kat semua kedai dah sold out. Faktor pengeluar juga mungkin. Stok jualan jersi kuning sengaja disediakan lebih banyak kuantitinya berbanding dengan jersi biru.

4. Golongan ini membeli jersi atas dasar jersi belang kuning hitam ini jersi tuan rumah. Dengan kata lain jersi ini boleh dianggap sebagai jersi utama negara. Ini fakta mungkin...lol

5. Golongan ini membeli sebab mengikut style kawan2 sendiri. Tengok member beli jersi malaysia rasa macam nak beli juga. Ia boleh diistilahkan juga sebagai pengaruh rakan sebaya. hahaha

6. Golongan ini dah beli jersi awal awal lagi sebelum kejohanan AFF bermula. Jadi munasabah lah tuah keputusan perlawanan tidak memainkan peranan dalam pemilihan jersi ini. 


p/s: Gua sendiri pun takda jersi malaysia. Shembang je lebih..

Saturday, January 15, 2011

Harimau Malaya Semakin Femes

Mentang mentang lah kebelakangan ini nama Harimau Malaya mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, FAM mengambil langkah menggantikan logo Liga Super Malaysia bagi edisi terbaru 2011.

Logo lama Malaysia Super League yang ditaja oleh Telekom Malaysia. 
Perubahan ini berlaku kerana TM sendiri tidak melanjutkan program tajaan mereka.


Logo baru Liga Super Malaysia 2011 yang memang berbeza dengan 
tambahan corak Harimau dan perubahan corak bola yang menarik. Aauuuummmm...!!! 
Gambar dicilok di Facebook Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Presiden FAM


Astro telah berjaya mendapatkan hak penjaan bersama Liga Malaysia 2011. 
Hak penyiaran mungkin dikongsi antara RTM dan juga ASTRO. 
Satu langkah re-branding yang tepat bagi liga tempatan.


p/s: Harap harap bila logo dah berubah ni, mutu permainan bola sepak negara kita meningkat juga. Semoga pentadbiran persatuan bola sepak negeri dan kebangsaan dapat diurus dengan teratur. Sokongan peminat Ultras Malaya pun  akan bertambah. Kalau dulu kita main sepak bola, sekarang biarlah kita main bola sepak.


previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers