matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Wednesday, March 31, 2010

Dayuskah anda??



BILA LELAKI MENJADI DAYUS?


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-


1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.


2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.


3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.


4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.


5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.


6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.


7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.


8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.


9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.


10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.


11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.


12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.


13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.


14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


sekadar gambar hiasan.. ^_^

Everything = money + barakah


Ada orang cakap duit bukan segala-galanya.. Betul ke?? 

Tetapi ada pula orang cakap hari ini, semalam mahupun esok pasti segala-galanya memerlukan wang.. Tidak kira la apa benda sekali pun.. Bermula kita bangun pagi semuanya nak kena pakai duit.. Bayangkan bila bangun pagi nak pergi mandi..tup tup..pulas kepala paip air tak keluar..sah2 bil air bulan lepas tertunggak.. hampeh betul..

Cerita bab makan , confirm nak makan kena pakai duit..Lagi lagi yang makan kat luar.. Tidak kira la kat kedai melayu ke kedai mamak ke kedai tepi jalan ke kedai cendo ali ke.. semuanya berbayar.. Waima makan di rumah sekalipun kena pakai duit untuk beli bahan bahan untuk dimasak.. Itu belum masuk bil elektrik, telefon, internet dll. Tak ke pening kepala kalau tiap tiap bulan bil semuanya melambung..nak melantak pun tak senang, asyik tercekik jer..hahaha

Kalau yang pakai kereta lagi la.. Ansuran kereta memang tidak boleh lari dah.. Itu belum masuk duit minyak pergi kerja atau belajar.. kalau tiap tiap hari terpaksa lalu tol lagi la.. Masak beb.. Kalau dah hari hari duk sedekah kat akak tol 5 hinggit tak ke tiap tiap bulan kena keluarkan RM 150.. Banyak tu bro...Bila cerita bab jalan jalan cuti cuti malaysia  lagi la.. Duit minyak, tol mesti jalan.. Tu pun nasib baik kalau tidak sesat atau pun kena saman dengan polis atau kena speedtrap. Sampai timing dia kena bawa pergi servis pula..aduyai duit lagi..

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Apa ertinya kalau duit bertimbun-timbun tetapi hidup tidak aman??


D: DOA

U: USAHA

I: ISTIQAMAH

T: TAWAKAL


Duit oh duit..di mana kau duit..

Monday, March 29, 2010

Sadness



:: Hidup Serabut ::
:: Kucar kacir ::
:: Tidak tenang ::

Thursday, March 18, 2010

Untitled

kenapalah masih begini
aku masih begini dan dia masih begitu
sama sahaja
tiada perubahan antara kami
dan tiada apa2 jugak la yang mampu diselesaikan
aku sedih
aku blur
aku bingung
aku marah
aku rasa bersalah
aku mahu menangis (tapi, tak mmpu)
serabut nyer
~~huwaaaaaaa~~


dah la busy ngan study
assigment yang berlambak2
projek yang entah ke mana
test yang sentiasa memburu dan mengejar
serabut
serabut
serabut
otak ku serabut
diri ku serabai
hati ku ........ (xde word yg sesuai)
terlalu teruk...
~~hurmm~~


hanya dapat mengeluh nafas yg berat
pasal dia lagi yang  tak pernah selesai
masih dengan isu yang sama
masih dengn merepekku
masih dengan mengarut mu
nonsense
crazy
oh my god
~~what the fish~~


apa la aku ni
aku hilang arah
aku sesat di jalan aku sendiri
aku sekarang, bukan aku yang dulu
aku sekarang teruk
TERLALU TERUK
worst
apa yang boleh buat
teruskan hidup dengan teruk
berubah ke jalan yang tak tau ke mana
kenape?
kenape?
kenape?
kenape harus begini.....
tolong!
tolong!
tolong!
~~tolong aku please~~


mahu mati rasa nye hidup ni
tapi belum cukup amal
mahu rehat rasa nye hidup ni
tapi kebusyan nye terus ada
kadang2 aku sendiri yg membuang waktu
dengan benda mengarut
merepek...merepek..merepek
memang merepek betul la aku ni
...........huhuhuhuhhuhu...........
...........LOST n not found yet...........

Monday, March 15, 2010

Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah IV

Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim


“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)


Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:


“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”


Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi. Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.


Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.


Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.




 


 

Kesimpulan


Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.

Wallahu’alam.

Friday, March 12, 2010

Nice evolution of Proton Exora

Teruja sangat bila tengok MPV Proton Exora yang telah di 'evolution' kan dalam satu blog mamat ni. Dari sebuah MPV bertukar ke sebuah sedan dan lagi sporty


First MPV of Proton


berevolusi menjadi kereta sedan


yang ni memang terbaik..ala-ala cam Honda Civic pulak


cayalah Proton kalau keluarkan model yang macam ni..

Futsal Piala Dekan 2010






Bersin oh bersin !!!

Bila nak hilang selesema ni??
Dah letih dah duk bersin ..huhh
Agak-agak kalau bersin 
banyak-banyak kali ni boleh kurus ke...

Thursday, March 11, 2010

Kemah Molek...Hahaha



Perhatikan betul-betul pada logo itu..

 Meme kemah kemin la wei...

Tobat eh..

Nak nipu pun agok-agok la skit...







*Jaratan kemah..kahkahkah

Tuesday, March 9, 2010

Sangat benci pada selesema



Saya sangat tidak suka akan

SELESEMA

dan

BATUK

dan

DEMAM

 Sangat tidak selesa bila 
hidung berair
tekak sakit
bersin 
batuk tak kira masa

Tidak tahu mengapa tiba-tiba 
wabak selesema melanda diri ini..
Mungkinkah sebab
cuaca sekarang amat panas..
Atau mungkinkah
kesan sampingan 
dari terlebih mengeluarkan sorakan
masa NPSC yang lalu..

Cepatlah sembuh please !!!

Damn It !!!!


Bodoh punya orang pergi rogol kambing...
memang tak bertamadun laa..

DAMN IT...

Wednesday, March 3, 2010

Let's Kiss

KISS


Keep it simple stupid

Keep it simple silly

Keep it simple sweetheart

Keep it simple and sweet

:-) (-:
Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD