matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Saturday, October 30, 2010

Apa ramalan anda Piala Malaysia 2010. Kelate atau Negori?

Kalau dulu kita ada paul untuk buat ramalan pasal bola sepak ni. Tapi dia telah pergi selama lamanya. RIP !!! Tak sempat nak buat ramalan. Tapi takpa kamu semua jangan risau. Untuk Final Piala Malaysia 2010 ni gua ada barang baik punya. Gua nak pertaruhkan nasib dengan  ayam kampung kat belakang rumah ni. Ayam ini bukan sebarangan ayam. Ayam ni hanya makan makanan terpilih saja. Tak percaya tengok ni.

 *sila klik bagi yang rabun..hehehe

Kan dah jelas kat situ siapa yang akan menang malam ni hahaha. Tapi tak best la kan kalau main macam ni. Tak gentleman la kan. So gua malas nak shembang banyak2. Takda pekdahnya semua ni. Dah la kurafat. Bek kome semua beratur ramai2 kat depan tv1 malam ni puluk 8.45. Yang kaya sikit tu boleh la on channel astro Arena ek. Yang takda tv tu boleh lah menumpang tengok rumah jiran sebelah. 

Ni ada satu lagi lawak bodoh pasal ramalan.

   
[̲̅G̲̅][̲̅O̲̅][̲̅M̲̅][̲̅O̲̅] [̲̅K̲̅][̲̅E̲̅][̲̅L̲̅][̲̅A̲̅][̲̅T̲̅][̲̅E̲̅] [̲̅G̲̅][̲̅O̲̅][̲̅M̲̅][̲̅O̲̅]
Permainan Cantik, Penyokong Terbaik

Friday, October 29, 2010

Orang muda lupa sejarah?


p/s: Kalau soalan tentang negara pun entah ke mana jawapannya. Macam mana la nanti kalau soal selidik pasal agama, mesti menarik kan??


Thursday, October 28, 2010

Sudah potong ke belum? Macam iklan P1 W1MAX tapi bukan


Islam juga mengambil kira waktu memotong kuku yang tidak tertakluk pada panjang kuku. Kuku harus dipotong pada bila-bila masa. Bagaimanapun, jangan membiarkan kuku tidak dipotong melebihi 40 hari. 

Hal ini diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya: "Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam." (Hadis riwayat Muslim)

Menurut Imam Al-Syafie dan ulama Al-Syafi'eyah, sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat seperti disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Diriwayatkan Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah, katanya, Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya." (Hadis riwayat Ahmad)

Daripada Abu Hurairah, katanya bermaksud: "Nabi Muhammad memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang." (Hadis riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)

Sementara, menurut Ibnu Hajar, sunat memotong kuku pada Khamis, pagi Jumaat atau Isnin.

Tuesday, October 26, 2010

Update Pantas

Status : 
Cuak... Gentar... Takut... 
Dikejar oleh final exam... 
Tak tau nk lari ke mana... 
England... Brazil... Somalia... shittto0o !!!!! 

waktu2 begini pon sempat lagi update Cam harem je..haha 


Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu 
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, 
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Wahai Tuhan kami, tambahkanlah ilmu dan luaskanlah kefahaman kami.
 Wahai Tuhan kami, lapangkanlah dada dan permudahkanlah urusan kami 
Amin..

Sunday, October 24, 2010

Marilah kita FUCK bersama sama!!!! Masanya sudah lama tiba

Hahaha. Tajuk berbau tidak senonoh di situ. Bertenang semua. Ini bukan entri lucah atau satu provokasi. Actually, perkataan FUCK yang gua nak highlight kan di sini ialah tidak lain dan tidak bukan "fokus untuk capai kejayaan" atau ringkasnya (FUCK). Jangan salah faham ye rakan rakan blogger sekalian.

Memandangkan sekarang ini musim final exam tak kisah la pusat pengajian mana pun gua nak bagi ucapan sket ah kepada student2 sekalian. Terutamanya kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Farmasi UiTM yang bakal menduduki peperiksaan bermula pada hari selasa ini.

Assalamualaikum dan Salam satu suara kawan-kawan. Di kesempatan ini, saya Muhammad Affiq Bin Muhammad ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan padu dan bantuan kawan-kawan di semester 5 ini tidak kira secara langsung ataupun tidak langsung. Jika ada salah dan silap mohon diampunkan. Akhir kata, selamat mengulangkaji pelajaran dan menduduki peperiksaan akhir untuk semester ini dengan cemerlang!!! Masanya sudah lama tiba. Marilah kita FUCK bersama sama. Semoga impian anda semua tercapai. Terima Kasih. Good Luck. :-)


Friday, October 22, 2010

Pialaq tu bahasa utara ke?

*klik untuk tumbesaran

Bangun pagi2 mesti ushar paper Kosmo dulu. Aktiviti harian la katakan. Tapi hari ni Kosmo kantoi dengan gua beb...hehe Silap besar la lu. Minta maaf la sebab gua dah buat screenshot dan publish kat sini. Bab typo error ni gua malas nak cerita panjang2 sebab semua orang pernah buat silap. Itu semua benda lazim je.

Apa yang penting kat sini ialah gua nak tahu adakah terma 'pialaq' ni memang diguna pakai di negeri2 utara Malaysia.? Memandangkan laporan yang disentuh ialah berkaitan pasukan bola negeri Kedah, penulis Kosmo ni mungkin terikut ikut dengan dialek utara. Atau kemungkinan besar juga penulis mempunyai bini orang utara.

p/s: Kesan sampingan dari study subjek pharmacognosy yang berlebihan dan boleh membunuh bila2 masa saja. Study bahasa lagi senang kan :-)

Thursday, October 21, 2010

Jerebu melanda Muar. Kurangkan aktiviti outdoor. Tingkatkan aktiviti indoor bersama isteri...huahua :-)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menasihatkan pihak pentadbiran sekolah di daerah Muar, Johor, untuk menutup sementara sesi persekolahan berikutan keadaan jerebu yang berada pada tahap bahaya di daerah itu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan situasi jerebu yang berlaku memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar. "Kalau ia sudah sampai tahap bahaya, maka pihak pentadbiran, pengetua atau guru besar sekolah boleh mengambil langkah untuk menutup sekolah untuk sementara.


"Itu kalau sudah mencecah (bacaan IPU) 400, sudah dianggap bahaya, maka mestilah ditutup, sehingga situasinya bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Majlis Keselamatan Negara berhubung situasi jerebu di Muar, di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Masalah jerebu di daerah Muar yang berlarutan sejak beberapa hari lalu bertambah serius apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu pada 11 pagi tadi mencecah tahap 432, iaitu dalam kategori bahaya.Bagaimanapun, bacaan IPU di stesen pemantauan kualiti udara di tempat lain setakat ini berada pada tahap baik dan sederhana.

Wednesday, October 20, 2010

DOTA....Lu orang group mana?

Mesti kamu semua sudah boleh menggagak apakah dota yang gua maksudkan. Permainan dota atau nama glamournya Defense of the Ancients sangat menjadi kegilaan muda mudi sekarang. Kehadirannya ibarat satu fenomena. Mana taknya bila free je mesti ada je kawan ajak main dota. Bila sembang je mesti cakap pasal dota. Aishh.


Berbalik kepada persoalan lu orang group mana tu, gua adalah golongan manusia yang tidak suka game ni yakni Anti DOTA. Biarlah orang nak cakap ketinggalan zaman ke hape gua tak kisah pun. Sebab utama gua jadi anti dengan DOTA bukanlah sebab DOTA nih selalu pinjam stapler & pengetip kuku gua dan buat macam rete sendiri. Sebabnya ringkas saja. Hakikatnya gua memang tak reti main benda alah nih. Tu je. Member2 gua pun takda sorang yang nak ajar. Ajak pandai la..hehe

Lagi satu pada pandangan gua karekter2 dalam DOTA tu macam tak menarik je.. Dah la tak menarik, ntah pape pulak tu. Nak kata karekter orang takda la macam rupa orang sangat. Nak kata binatang pun tak kena jugak. Tu lah gua hairan la apa yang hebat sangat pasal dota nih..

Tapi kamu semua jangan silap faham. Walaupun gua ni anti DOTA tapi tak semestinya gua anti semua jenis DOTA.aaaaiiihhh..ada berapa banyak DOTA kat dalam dunia nih. okeh rilek2. DOTA ini stands for DUNIA ORANG TANPA AWEK. yang ini memang aku tak anti sebab ia memang menyenangkan hidup serta bahagia.

Iya lah hidup asyik melekat dengan member je. Start dari bangun pagi muka mula2 hang tengok ialah muka member. Jamban, tempat tidur, makan minum pun kongsi bersama. Dunia tanpa awek ni memang best. Kamu semua takda nak perlu jeles dan baran kalau awek lu kena angkut oleh orang lain. Bulan2 tak payah nak selalu topup kredit. Jimat bajet. Bila keluar takda nak kena belanja makan or beli baju ke kasut ke. Keluar dengan member masing2 bayar sendiri. Bukankah berhemah itu namanya.


Pesanan penaja. Entri ini jelas sekali tiada kaitan antara hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Segala pandangan adalah dari perspektif penulis semata mata. Buat yang sudah ada awek  tu jagalah mereka dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya dirimu begitu berharga. cewwah ayat tak leh blah gila..hahaha

Buat yang baru break tu bawak2 bersabar la bro. Jangan la aysik fikir nak terjun bangunan je. Lu kena ingat ramai lagi bunga kat luar sana tu. Lagi satu lu kena ingat sedangkan yang dah kahwin pun boleh bercerai berai inikan pula couple...hehe poyos gila...

Yang masih single tu lu jangan risau. Bukan sebab lu semua tak hensem..Yang penting nikmati dunia bujang lu dengan sepuas puasnya dulu...Buat si gadis  kat luar sana awak semua janganlah mudah membuat tanggapan yang lelaki bermuka jambu yang takda awek ni gay pulak...hahaha Adios amigo. Gua cau dulu. Selamat menempuhi peperiksaan akhir buat semua bloggers.

Monday, October 18, 2010

One of the best TAK NAK to rokok ads ever. Makan dalam siot...

Directed by Kabir Bahtia. Memang touching habis gua cakap lu. Yang part ayat "Don't break my heart" tu memang kaw2 r menusuk kalbu. Hah sape2 yang baru nak menceburkan diri dalam arena merokok ni, gua nasihat awal2 baek tak payahlah bro membazir je. Yang dah lama smoking tu mai le kita kurangkan tabiat yang busuk ni. Masih belum terlambat untuk berubah.

Pengisytiharan Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Selaku Tengku Mahkota Kelantan

RSukacita dimaklumkan bahawa sekitar jam 9.00 pagi esok, 18 Oktober 2008 (Isnin), Majlis Perajaan Negeri Kelantan dijangka akan melangsungkan mesyuaratnya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Majlis Perajaan Negeri Kelantan, di dalam mesyuaratnya itu, dijangka akan menasihatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, supaya:
1. Memilih dan melantik Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Waris (Bakal Raja).
2. Mengurniakan kepada Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan.

Tuanku Faris dan Tengku Fa-Iz serta Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Dengan jangkaan terpilih dan terlantiknya Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra, yang menyandang gelaran Tengku Bendahara Kelantan mulai dari tarikh 30 Mac 1989, selaku Tengku Mahkota Kelantan ini maka akan lengkaplah dan akan sukar digugatlah sistem pewarisan takhta dalam institusi kesultanan Kelantan.

Pemilihan dan pelantikan Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Tengku Mahkota Kelantan ini dijangka tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada mana-mana pihak pun memandangkan kepada hubungan teramat akrab yang sedia terjalin di antara Baginda dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, selama ini.

Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra, selaku seorang yang berpendidikan tinggi, juga adalah seorang individu yang berpegang teguh kepada prinsip dan yang sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada kakanda Baginda.

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua perisytiharan ini dijangka akan diberikan oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Kelantan merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam sidang media beliau di Istana Negeri, Kubang Kerian, sekitar jam 3.00 petang esok, 18 Oktober 2008 (Isnin).

Allahu Akbar. 

Baca lanjut di sini.

Saturday, October 16, 2010

Kadang kadang aku pon pelik dengan spesies kelantan nih

Sebelum ini harga tiket untuk masuk menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium sultan muhammad ke-4 ialah RM 12. Minggu lepas tak silap gua pihak KAFA dah naikkan harga tiket ke RM 15 di atas sebab yang munasabah. Biasanya bila harga naik pasti ramai akan mula berkira kira untuk menonton di rumah sahaja. 


Tapi anda tengoklah sendiri spesies kelantan di stadium keramat mereka. Sentiasa penuh dengan lautan merah. Biarlah harga tiket naik pun, itu tidak menjadi halangan. Sokong tetap sokong. Masih tak percaya ramai ke tak, cuba tengok game yang latest semalam dengan harga tiket yang baru..


p/s: Stadium runtuh baru orang takda..hehe Siap sedia jumpa Kedah / Terengganu di separuh akhir!!!!

Warisan merdeka : Menara 100 tingkat tertinggi di Kuala Lumpur

Dalam bajet 2010 yang dibentangkan PM ada satu projek bersepadu akan dilaksanakan iaitu Warisan Merdeka. Ia membabitkan menara 100 tingkat sebagai pencakar langit baru bagi Kuala Lumpur yang dijadual siap pada 2020 berharga RM5 bilion.

Kalau sebelum ini kita dah ada KLCC dan KL Tower yang sudah ada rekod dalam ketinggian masing2 projek ini juga akan menjadikan ia menara tertinggi di Malaysia. 100 tingkat tu bai.. Projek itu juga akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.

Apa pendapat anda semua tentang projek ini? Adakah ia satu pelaburan atau pembaziran? Adakah projek sebegini bersesuaian dengan keadaan ekonomi pada masa sekarang dan akan datang? Adakah projek sebegini memberikan pulangan kepada semua rakyat marhaen si pembayar cukai?

Bagi aku cadangan ini bukanlah salah secara total dan pasti ia ada pro and cons. RM 5 billion itu bukan sedikit. Seharusnya kerajaan perlu melaburkan wang rakyat hasil cukai ke arah pembangunan yang lebih bermanfaat. Contohnya pembangunan modal insan. Itu jauh lebih penting kerana taraf pembangunan modal insan berbanding pembangunan material di negara kta masih lagi tidak seimbang.

Memang kita nampak kat KL sana tu berlambak bangunan yang tinggi2. Tapi sejauh manakah rakyat mendapat limpahan hasil dari pembangunan tersebut. Ia mungkin menjadi lubuk rezeki kepada golongan atasan. Golongan pertengahan mungkin juga boleh merasa limpahan dek pembagunan itu. Tapi kita jangan lupa golongan bawahan yang masih banyak terabai di negara kita ini.

Pada pendapat gua projek menara ini tak perlu kerana kita sudah ada KL Tower dan KLCC. Kalau setakat binaan itu nak dijadikan kebanggaan, tetapi ia tidak mendatangkan keuntungan, seelok eloknya ia dikaji secara mendalam dulu. Bagi gua baik kerajaan melabur lebih untuk RnD ke daripada buat bangunan tinggi2 ni. Akhirnya, hanya golongan tertentu yang mendapat hasilnya.

Dalam konteks ekonomi dunia kini, kerajaan seharusnya menyediakan landskap politik dan ekonomi yang berkesan. Secara lebih jelas kita boleh dilihat contohnya sesetengah pihak mengatakan negara kita sedang menuju ke arah negara maju. Akan tetapi cuba kita lihat ke mana hala tuju para graduan kita. Adakah lubang2 kerja sedia ada kini mampu untuk menampung para graduan dan bakal graduan kita dan pada masa yang sama masih relevankah peluang tersebut dengan trend sekarang.

Pak Lah dulu ada sebut pasal modal insan. Dia kata modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Jadi pembanguan modal insan itu jauh lebih penting kerana tiada guna ada bangunan tinggi2 tetapi rakyat hancur.

Realitinya Wawasan 2020 ialah target yang paling dekat dalam mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi. Ia merujuk bukan hanya KL yang maju tetapi satu negara Malaysia yang maju. Tidak dinafikan KL adalah penyumbang terbesar ke arah wawasan ini. Jadi secara sinisnya timbul kewajaran projek ini boleh dilaburkan di lokasi strategik selain Kuala Lumpur yang sudah terlalu padat dengan pembangunan materialnya. Ia bukan saja membuka peluang ekonomi yang lebih luas kepda rakyat dan secara tak langsung ia mungkin  dapat mengurangkan jurang bandar dan luar bandar serta kaya dan miskin.

p/s: Entri paling mengarut sebab teramat bosan.. 


Thursday, October 14, 2010

Proton Inspira ganti Proton Waja. Inspirasi la sangat...

Nampaknya Proton Waja Baru atau Waja Replacement Model sudah dipastikan akan dinamakan sebagai Proton Inspira. Ia bukanlah model sepenuhnya dari Proton tapi telah diubahsuai dari model Mitsubishi Lancer.

 
Ini adalah model Mitsubishi Lancer

Dan ini pula model Proton Inspira

Anda dapat dilihat persamaannya bukan. Bila difikirkan balik hampeh jugak gua rasakan sebab apa yang nak kita banggakan sebagai rakyat Malaysia yang konon kononnya dah merdeka lebih 50 tahun tapi masih menggunakan model orang lain untuk dijadikan model sebuah syarikat kereta milik negara. Di mana kemampuan kita dalam berinovasi.


Hakikatnya kita tidak dapat lari dari merujuk sesebuah model yang telah laris di pasaran untuk dijadikan idea dan kita boleh ubahsuaikan mengikut cita rasa dan keperluan rakyat tempatan. Isu ini bukan sahaja berlaku pada Proton tetapi juga pada syarikat kenderaan gergasi yang lain.


Apa yang gua nak kongsi di sini ialah jikalau Proton nak tiru Lancer sekalipun, cukuplah hanya dari aspek luaran sahaja. Dari segi body mungkin sama. Rekaan facelift diubah sedikit. Lampu depan dan belakang mungkin tak banyak berbeza. Itu semua boleh diterima lagi.


Yang tak boleh diterima ialah aspek dalaman jugak mahu ditiru. Habis diangkut teknologi dari luar ini. Ini kerana Proton Inspira ini didatangkan bersama enjin MIVEC atau nama penuhnya Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control system. Mana hebatnya Proton ini yang kita banggakan ini? Mana hebatnya enjin Campro dan teknologi CPS yang dikatakan hasil kejuruteraan Proton?


Bagi gua Proton Inspira ini hanyalah indah sekadar pada namanya. Badan luar dan isi dalamnya bukanlah dari Proton sepenuhnya. Yang jelas, gua rasa ia bukan model baru yang dapat kita banggakan sangat. Mungkin kita boleh banggakan ialah Proton dari dulu lagi bijak menciplak dari model kereta orang lain.


Memang betul bercakap itu amat senang dari melakukannya. Namun apa gunanya duit rakyat berjuta juta dilaburkan pada syarikat Proton untuk menggaji jurutera dan designer yang mampu mencipta kereta buatan Malaysia sepenuhnya, tapi akirnya hanya sekadar meniru model orang lain.Tiada gunanya jasad yang bernama Proton yang kita lihat berlambak di atas jalan raya tapi rohnya bukanlah berjiwa Proton sepenuhnya.

p/s: Ia adalah pandangan peribadi penulis secara general dan tidak berfakta. Rebadge pun rebadge le Proton oii..janji aku boleh balik kampung dengan senang. Bila hujan pun tak basah. Bila panas boleh pasang ada air cond. Tapi gua tak nak la nanti gua rasa macam duk kat negara China plak, sebab semua bahagian nak ciplak dari orang...hehehe Tagline gua kali ini..Inspirasi la sangaaaattt...!!!


Sunday, October 10, 2010

Di kala ketandusan idea edisi jiwa kacau

Final exam dah dekat woo.. Tapi masih rasa macam tak tahu apa2 sepanjang sem ni. Kosong je. Jadual exam pun macam tak kesian kak student je. Dah la subjek sem ni semacam boleh membunuh jiwa. Lagi2 Cognosy. Aduyaaiii..!!

26/10/10 - Financial Management
28/10/10 - Pharmacognosy
30/10/10 - Drug Delivery System
03/11/10 - Respiratory, Renal System & Pharmacotherapeutics
10/11/10 - Cardiovascular System & Pharmacotherapeutics
12/11/10 - Bioengineering & Biotechnology


----------------------------------------------------------------------------------------------------


 *klik untuk tumbesaran

apakah motif manusia kat luar sana search benda macam tu kat blog gua? Sungguh tak senonoh. Lu ingat gua ni porn star macam maria ozawa ke? Dan diingatkan juga di sini bukannnya tempat mencari 3gp lucah. Kadang kadang dunia ini sungguh tidak adil. Jiwa kacau.


Saturday, October 9, 2010

Sekitar Majlis Sembelih Lembu Oleh Sultan Muhammad Ke-V Tuanku Faris Petra di Masjid Muhammadi

Program ini adalah bersempena dengan Keputeraan Tuanku Al Sultan Kelantan yang baru. Telah dilangsungkan di perkarangan masjid kesayangan Baginda iaitu di Masjid Muhammadi sebelum solat Jumaat. Lebihan lembu yang lain akan diedarkan mengikut kawasan yang terlibat untuk rakyat miskin. Gambar  disediakan oleh Abe Uji @ Topeng Perak Unmasked.




















Friday, October 8, 2010

Sultan Kelantan berkenan agih 99 ekor lembu

KOTA BHARU, 7 Okt: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V berkenan mengedarkan 99 ekor lembu ke seluruh negeri pada 8 Oktober untuk diagihkan kepada rakyat miskin sempena dengan Keputeraan Tuanku Al-Sultan.

Pengelola Istana D’Raja Kelantan, Datuk Abdul Halim Ahmad dalam satu kenyataan media semalam berkata bersempena dengan keputeraan itu, program berbentuk keagamaan dan kebajikan diatur Pejabat Sultan Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan ketua jajahan di negeri ini.

Katanya, pada pagi esok (8 Oktober), baginda akan menyembelih sendiri lembu di Masjid Muhammadi sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut sementara lembu-lembu yang lain akan diedarkan kepada ketua-ketua jajahan untuk diagihakan kepada sekalian rakyat jelata.

Tuanku sedang menyembelih seekor lembu sempena acara korban tahun lepas

p/s; Inilah yang dikatakan ketua agama yang sejati dunia akhirat seimbang sama rata.... Ahamdulillah.. Ya Allah Ya Tuhanku Kau panjangkan umur Tuanku, murahkan rezeki dan permudahkan segala urusan pentadbiran negeri bawah naungan baginda. Amin!! Rasa berkenan benar bila tengok Tuanku pakai jubah bila ada majlis. Siap pakai kopiah putih lagi tu. Jarang sekali nak jumpa sultan yang macam ni. Senanngnya hati melihat Baginda. Allahu Akbar!!

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Hadith Riwayat al-Baihaqi).

Wednesday, October 6, 2010

Ku menulis bukan kerana nama

 Entri ini berunsur sengal. Sila muntah dan menyampah!!!
 
Gua menulis mengikut apa yang gua lihat, apa yang gua dengar, apa yang gua fikir dan apa yang gua rasa. Siapa yang tak suka sila blah dengan segala hormatnya. hehe Hari ni gua dah setelkan segala saman dengan pakgad uitm. banyak kut saman tu. tapi yang penting dah takda dah sangkut paut lagi pasni. dah setel saman baru layak nak ambil sticker. hujung sem baru nak ambil sticker. memang tak senonoh sekali.

Bukan apa tiap kali nak gi buat sticker pasti ada je hal yang membantutkan nawaitu gua. dengan masa yang terhad ditambah dengan perasaan malas untuk naik ke pejabat keselamatan. itu tidak dikira lagi faktor birokrasi yang memang paling aku tak suka. leceh yang amat gua rasa. 

Kendatipun gua dah dapat sticker yang tak berapa lawa ni ia mungkin tidak terhenti setakat itu saja. dendam kesumat masih belum dapat dihilangkan. jahat kan. mungkin lepas ni bila lalu pintu pagar masuk, pakcik2 gad bolehlah senyum2 kononnya student buat sticker kerana takut kena saman.. 

tapi jangan lupa selama seminggu ni atau lebih (kalau tak kantoi la) aku akan melancarkan protes secara halus. haha poyos di situ. sejujurnya aku memang tak puas hati dengan pakgad uitm. tak perlu disebutkan kenapa. biarlah korang nak cakap apa pun. yang penting aku puas walaupun dah tahu diri sendiri memang salah. nak kata syok sendiri pon katalah. hahaha

adakah bila gua buat begini gua akan dilabel pelajar yang teruk.?
adakah pakgad perasan sticker yang baru ni terbalik?
agak2 sampai bila denda ni akan bertahan?
rasa2 salah ke gua buat benda ni?
whatever....

Sunday, October 3, 2010

Persepsi. Baik dan buruk. Anda nilailah sendiri.

Setiap orang sudah tentu mempunyai persepsi atau pandangan mengenai sesuatu benda.. itu naluri normal bagi seorang manusia. Contohnya kereta. Walaupun ia nampak besar dan panjang ada sesetengah orang akan berkata kereta itu berat dan tak mampu nak ditolak dan ada juga menentang persepsi tersebut. Dan kadang2 ia boleh difikir logik sahaja.

Sama juga dengan kerjaya seorang pensyarah di universiti. Ramai antara kita yang menganggap kerjaya itu sungguh mulia setaraf dengan guru di sekolah yang menyampaikan ilmu kepada kita. Akan tetapi mungkin persepsi itu akan dipandang serong jika pensyarah itu mempergunakan pelajarnya bagi kepentingan diri sendiri. Anda bagaimana?

Begitu juga dengan kes pergi ke open house. Konon kononnya dengan menghadiri open house ini bolehlah  berjimat bajet makan tengh hari atau malam terus..Tapi kamu mungkin sebenarnya akan rugi sebab akan tersesat dan terpaksa melalui banyak bulatan. Itu tidak kira lagi kalau jalan jam teruk dan kena bayar tol. Alih2 perut yang kenyang dari rumah yang awal menuju ke rumah seterusnya telah lapar balik. Ada hikmah rupanya d situ.

Hahaha. Bukan itu yang aku nak ceritakan sebenarnya. Itu hanya intro (panjang tak mampus). Baiklah, berbalik kepada cerita yang sebenar.. Kamu semua tahu tidak maksud perkataan antik? Bagi setiap orang, mungkin ada tafsiran yang berbeza mengenai perkataan antik. Samalah jugak dengan kes2 yang disebutkan di atas, mempunyai tafsiran yang berbeza. Dan tafsiran antik bagi kamu semua sudah semestinya berlainan dengan aku..

Kamu semua tentu fikir antik itu adalan satu terma yang digunakan untuk mewakili sesuatu yang dianggap sebagai lama dan masih mempunyai nilai dan harga. Tapi bagi aku terma antik ini boleh ditafsirkan dengan sesutu yang lain. Antik bagi aku adalah ini.

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD