matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Monday, April 26, 2010

Kalau apa yang kita fikir benda tu yang akan jadi kan best..

Sometimes He breaks our spirit to save our soul

Sometimes He breaks our heart to make us whole

Sometimes He sends us pain so we can be stronger

Sometimes He sends us failure so we can be humble

Sometimes He sends us illness so we can take care of ourselves

Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything He gave us


Al Quran tidak hancur ditelan tsunami

Minggu exam ni kalau makan maggi pun sodap

Dek kerana terlalu sibuk study bila nak exam ni sampai malas nak turun pergi makan kat kafe tibai maggi tomyam pun selera jugak.. slurp..slurp.. walaupun ada orang cakap makan maggi ni tak elok untuk otak, lagi2 musim exam ni tapi bukannya selalu kan.. bila terdesak je la.dah takda benda lain nak melantak, maggi pun jadi la daripada tahan lapar.. lagi la takleh study..haha 


Ni hah maggi ada buat contest..video contest kot.. nak tahu lebih korang boleh tengok la sendiri kat sini

maggi saya sudah kembang bak kata alex raja lawak!!!

~cara-cara nak masuk contest ni~

Enjoy k!

Sunday, April 25, 2010

Penting sangatkah tajuk entri ini sampai nak kena tulis panjang-panjang macam ni????



Dah la.. Penat gila musim exam ni.. Malas nak update belog.. Tajuk kemain panjang tapi isi ciput je..lantak r weh..haha Study, study, study...Good luck bebeh..

Tuesday, April 20, 2010

Perihal manusia yang kadang kadang susah untuk kita faham

Sebenarnya aku berasa terkesan bila mana setiap kali aku membaca catatan seseorang itu.. entah kenapa bila aku membaca bait-bait perkataan yang ditulisnya hati kecil ini akan terdetik walaupun pada kiraan aku tulisan itu hanyalah tulisan yang ringkas sahaja.. tambahan lagi gaya bahasanya yang ringan dan mampu membuatkan diri ini terus menyusun abjad dan suku kata lalu mengeja tatkala memikirkan apa yang cuba dia sampaikan.. yang jelas aku yakin bahawa tulisan dia itu lahir dari hatinya sendiri membuatkan setiap patah perkataan itu mempunyai erti di sebaliknya.. tapi mengapa aku rasa begini?? sampai bila harus aku berperasaan begini?? 


Final Mood~

Sempena musim final exam ni saya ingin memohon kemaafan kepada semua makhluk dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai kata ada salah dan silap.. Semoga dengan berkat Allah swt dan usaha diri sendiri kita semua dapat mencapai kecemerlangan dalam final exam ini dan akan datang..



Monday, April 19, 2010

La tahZaN...





apa yang sebenarnya yg tengah terjadi ni...???



sedih..marah..pilu..bimbang..takut..gelisah..resah..sakit...semua perasaan itu berbaur dalam jiwaku..terlalu rumit dan payah untuk aku katakan..tak tahu bagaimana harus diperkatakan...aku keliru dengan perasaan sendiri...oh..tidakkk....apa yang harus aku buat ni...terlalu sedih..aku masih terkilan dan sedih dengan beliau, beliau dan beliau..apa sebenar nya salah diri ku ini..jika aku ada salah, maafkan diri yang serba kekurangan ini...jika ada silapku, cuba la katakan dan berterus terang la dengan aku..aku terima seadanya..jika ada apa yang boleh aku baiki diri ini, aku sedia untuk berubah..tak salah kan kalau aku mahu berubah jika itu lebih baik untuk dan semua orang...kadang2 aku rasa lebih baik berdiam diri sahaja..memendam segala kepiluan dalam diri..aku tak mahu ada mata yang melihat kekosongan hati ini..aku tak mahu ada mata yg perasan dgn kesedihan ini...biarlah aku tanggung sendiri..aku mahu berusaha untuk bersabar..bersabar untuk menahan setiap kesakitan yang datang..bersabar untuk tidak menitiskan air mata...sampai satu saat, aku rase perlu berkongsi semua ini dengan seseorang...bukan nya untuk apa tapi cuma untuk cuba meringankan sedikit beban di fikran ini yang sentiasa berputar laju memikirkan setiap apa yang terjadi...aku telah berjumpa dengan seorang hamba ALLAH SWT merangkap teman aku juga..aku luahkan apa yang aku rasa..sekurang-kurangnya ada seseorang tahu tentang hati yang sedang menderita ini..ya, benar..memang semua ini adalah dugaan drpd-NYA dan DIA sedang menguji kesabaranku..menguji mental dan nuraniku..aku akur itu..aku terima semua itu..tapi,sampai bila hati ini mampu bertahan..aku sendiri tidak pasti..aku harap aku terus tabah menghadapi segalanya..tabah untuk menjalani hari2 ku..tabah menghadapi setiap kesakitan yg datang..tabah m'hadapi study yg tak berapa stabil...tabah m'hadapi final exam yg bakal memberi tekanan kpd ku..apa2 pn study n exam aku lebih penting..aku tak mahu gagal mana2 paper pn..aku mahu berjalan terus n maju ke hadapan...Ya ALLAH,Ya Tuhanku..aku memohon kpd MU..kurniakn lh daku hati yg cekal dan sabar dlm m'hadapi setiap dugaan drpd MU..KAU berkatilah setiap apa jua aku lakukan..KAU berkatilah setiap apa yg aku pelajari..KAU terangi jiwaku dgn Nur MU, Ya ALLAH..KAU rahmati exam bakal aku hadapi ini...semoga aku mampu result yg baik utk kegembiaraan ma dan abah...Semoga aku mendapat result exam yg trus memberi keyakinan kpd ku utk trus berusaha..jgn lh KAU patahkan hati ku ini..KAU tolonglah hamba MU yg lemah ini..hanya kpd KAU saja aku memohon..hanya kpd KAU saja TUHAN yg MAHA MENGETAHUI,,MAHA MELIHAT,,MAHA MENDENGAR DAN MEMILIKI SEKELIAN ALAM...AMIN....

Sunday, April 18, 2010

Bila nak final mesti rasa tension




BIla nak exam mesti tension..bila tension mesti time nak exam..aduyai..sebelum tu kita enjoy dulu..hujung miggu lepas aku keluar jumpa family aku kat KL..alang-alang mereka datang KL aku jumpa je la diorang..daripada nak balik kampung masa study week ni yang blum tentu study pun..ini pun aku tak tahu pun diorang nak datang KL..dah sampai baru call aku cakap diorang dah ada kat KL..ada lawatan Istana Balai Besar ke TV3 dan RTM.. Pagi jumaat tu diorang pergi TV3 kat Bandar Sri Damansara..elok2 je time tu ada siaran langsung rancangan Wanita Hari Ini..apanya gedebuk muka diorang masuk TV..siap kena temuramah lagi..hehe.. anak beranak kat kampung dah mula kecoh daa..siap telefon lagi tu..yelaa bukannya senang nak masuk TV ni dik ooi..haha


Tengah hari tu pulak diorang pergi RTM..dan malamnya aktiviti wajib kalau pergi lawatan mesti ada perlawanan persahabatan boling. time ni lawan dengan TV3 kat sunway pyramid..aku pun tak faham mereka ni..tak da game lain ke nak main..huhu ada la dua tiga orang selebriti TV3 main malam tu..antaranya annahita, kamaruddin mape..

lepas habis main boling terus gerak balik ke hotel..disebabkan aku ada kereta member abah aku pinjam kereta nak hi jalan2..aku pun follow sekali..kitorang pergi usha2 baju kat pasar borong kot ala2 wakaf che yeh kat danau kota sentul..tak beli apa2 pun..sebab duit takda..pastu kitorang balik hotel semula..ingatkan nak naik tidur dah..tapi diorang nak pinjam kereta lagi..disebabkan takda kerja nak buat kalo duk kat hotel, aku pun join sekali..
kitorang g jalan2 kat BB..sempat jugaklah pergi urut kaki kat kedai tepi jalan tu..1st beb..geli weh!!!

esok gua dah bertolak balik puncak alam sebab mahu setel pasal rumah sewa sem depan..balik dengan tergesa2 pulak tu sebab ada masalah nak kena setel..dah la jem..tengah2 highway boleh pulak gua snap gambar kereta fairlady ni..plat kelantan tu beb..DAQ 17 kalau tak silap gua..


Thursday, April 8, 2010

Daulat Tuanku

Gambar terbaru DYMM Al Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra sempena sambutan Ulangtahun Kelahiran Tengku Temenggung bersama anak yatim..Semoga Tuanku bertambah sihat..

Gambar dekat Al Sultan Kelantan

Anak yatim yang hadir

Sultan Ismail Petra

Wednesday, April 7, 2010

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar



Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama...

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', juga gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan  airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg urut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. 

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi  mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah! (kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai ummat nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)

Sumber: Di sini 

Keluar

Bahasa kelate semakin dimartabat..Kalau anda tak percaya tengok gambar ini..


Sehari demi sehari berlalu.. Semakin dekat dengan final exam, tapi masih tak bersedia lagi pun.. Apa sudah jadi ni..? Bila mahu letak status study mood kat fb..? Tengok ni sempat lagi update blog pulak..haha

Tuesday, April 6, 2010

Not in good condition

Rasa tak selesa sekarang kerana telinga masuk air masa main kat iar terjun Gunung Ledang..huhu Habis usaha dah buat tapi still tak berjaya.. Sabar je laa~

.:Johor destinasiku:.



2 April
Bertolak dari Puncak Alam dalam pukul 12.30 tengahari..
singgah di R&R Seremban: solat dan ada yang makan
Berhenti sebentar di Petronas Ayer Keroh kerana 
kereta Fahmi ada masalah gear, tapi alhamdulillah 
samapi juga di Rumah Fahmi ~ Bakri, Muar
Berehat, makan dan membersihkan diri 
sebelum bertolak ke Batu Pahat selepas Maghrib
Singgah di Petronas Muar untuk isi minyak
bergerak menuju rumah Ika untuk majlis akad nikah
Sebelum balik enjoy Midnight Movie kat BP Mall
"Clash Of The Titans"







3 April
Dari rumah fahmi menuju ke batu pahat 
untuk majlis resepsi Amin & Ika
Amik duit dulu kat BSN batu pahat
untuk beli hadiah perkahwinan kat the store
berjalan menuju Hotel Garden yang tak 
berapa jauh dengan the store
~makan dan bergambar~
sebelum balik singgah solat kat Masjid Jamek Batu Pahat
malamnya pula di rumah Fahmi 
(tengok bola MU vs Chelsea)~ half time j
sebab nak kejar masa untuk ke Umbai: 
makan sotong celup tepung,ikan siakap 3 rasa
 ikan pari bakar, kerang bakar dan otak-otak
dalam perjalanan pulang singgah di Sungai Rambai; 
fahmi beli roti john..
sambil tunggu order layan arsenal main pulak..
balik rumah dan tidor...








4 April
 Hari terakhir kat rumah Fahmi
destinasi seterusnya ke Hutan Lipur Gunung Ledang 
mandi air terjun, makan2, ambil gambar..
bertolak balik dan sempat singgah isi minyak kat 
Petronas Tangkak sebelum masuk highway
 lalu je kat R&R Ayer Keroh sebab tak jadi berhenti..
kedai makan banyak under construction
tukar plan, menuju ke R&R Jejantas Ayer Keroh~makan KFC
 use PLUS highway and next use ELITE to shah alam
singgah sebentar di Shell Sek 13 kerana kawan mengalami diarrhea
sampai di puncak Puncak Alam 
Tidur...






p/s: terima kasih pak cik musa..sentiasa kenyang di sana..hehe

..:I LOVE TRAVEL SO MUCH:..
   

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD