matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Thursday, May 19, 2011

Bandar Red Warriors | Kelantan Bakal Dapat Stadium Baru


Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukit Merbau, Pasir Puteh. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. "Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri. 

Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti, katanya. Menurut Nik Aziz, cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah. "Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah," katanya.

Tuesday, May 17, 2011

Praktikal Oh Praktikal; Bila Mau Habis?


Hari hari gua mengadap produk ubat tradisional nih. Bosan weh nak habiskan 7 minggu. Kalau kerja dapat gaji takpe jugak. Tapi yang penting layan makcik2 dan akak operator lagi sempoi dari layan awek farmasi..kahkah

Sunday, May 8, 2011

Bye Third Year


Syukur Alhamdulillah Part 6 is officially over !!! 
Good bye third year... 
Gua nak lulus je semua paper final exam ni.
Pointer belakang kira..hahaha
Insya Allah semua orang lulus... 
Selamat bercuti buat semua 
dan selamat menjadi pelatih industri... 
All the best !!!

Final year????
arrgghhhh..bia la dulu..
ok choww..
Fast & Furious 5 waiting me...


Saturday, May 7, 2011

Lawak dan buah adalah berbeza



Kenyataan anti Amir dengan mengatakan sebab dia tak sokong Amir kerana muka Amir tak jambu, tak seperti Yus dan Tauke, gua bantah dengan keras. Lawak adalah lawak. Buah-buahan adalah buah-buahan.


Friday, May 6, 2011

Tarikh PRU 13: 11/11/2011






PRU Ke-13 berkait rapat dengan nombor `11' jadi teka-teki. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjawab ramalan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan 11 November depan berdasarkan banyak peristiwa penting dalam hidup beliau membabitkan angka 11. 

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak/Perdana Menteri "Ayahanda saya lahir 11 Mac, bonda saya 11 Jun, anak pertama 11 Mei, tarikh keramat UMNO 11 Mei, saya MB Pahang ke-11 dan sebelum itu diistyharkan Orang Kaya Indera Syahbandar, saya ke-11 dalam keturunan Orang Kaya Indera Syahbandar."


Sultan Muhammad V: Front Page The Star






Thursday, May 5, 2011

Royal Wedding: Sultan Muhammad V



Sukanyo ambo dengar khabar berito nih.. Kelantan bakal menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin. Sultan Muhammad Faris Petra, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai "saya" atau "kita", berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan. "Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah berjaya," titah baginda. [Malaysiakini: Sultan Muhammad V Bertemu Jodoh]




Tuesday, May 3, 2011

Kematian Osama, Pasti Ada Muslihat



Pada gua Amerika tidaklah sebodoh ini untuk mengkantoikan diri mereka dengan cara sebegini. Tapi siapa tahu ini mungkin petunjuk dari Allah untuk kantoikan perbuatan jahat mereka. Namun yakinlah pasti Amerika dan Yahudi Zionist sedang merancang yang lebih teruk untuk memecahbelahkan umat Islam. Semoga Allah menjaga kita semua dari segala musibah fitnah dunia akhir zaman.


Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD