matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Wednesday, April 13, 2011

Tangan Khairul Fahmi Sudah Berjejari Runcing


Aksi kurang meyakinkan buat penjaga gol kebangsaan dan Kelantan Khairul Fahmi Che Mat atau Apex pada perlawanan Kelantan menentang Perak dalam kancah Liga Super semalam menimbulkan tanda tanya. Beliau gagal mengawal gawangnya lantas memberikan Kelantan bolos 4 gol tanpa balas. 

Pada aksi terdahulu perlawanan Kelantan bertemu T-Team, Apex juga melepaskan jumlah gol yang sama namun perlawanan tersebut tidaklah seteruk pada malam tadi. Kelantan masih mampu memberikan asakan aksi berjiran itu akhirnya berkesudahan dengan 4-3 sekaligus memihak kepada kelab dari Terengganu. 

Walaupun, beliau lantas bangkit dalam perlawanan menentang Felda United dengan penuh konsisten apabila beliau berjaya mempertahankan gawang tanpa gol bolos. Perlawanan tersebut menyaksikan The Red Warriors meledak kenduri 6 gol. 

Namun, kegagalan saudara Apex mempertahankan gawang beliau tidak boleh disalahkan 100%. Ia juga banyak bergantung kepada peranan pertahanan yang boleh dikatakan agak leka dan tidak kreatif untuk membaca permainan pihak lawan. Tetapi realitinya, prestasi sebegini sudah menjejaskan status beliau sebagai penjaga gol utama negara (Skuad Olimpik dan Skuad Senior) buat masa kini.


Apa sudah jadi dengan keeper kesayangan kita ini? Terlalu banyak populariti kah? Atau terlalu penat mengharungi perlawanan berterusan? Atau tangan beliau sudah berjejari runcing sampai nak tahan bola pun tak lekat? hehehehehee Samalah kita doakan beliau dan pasukan kembali ke top form untuk perlawanan seterusnya.


Imbasan Tajuk Akhbar Hari Ini

Berita Harian: Perak baham Red Warriors
Sinar Harian: Menang bergaya 
New Straits Times: Football: Kelantan stumble


Tuesday, April 12, 2011

KOSMO dan Spin Tajuk



Gua dah tertipu. Gua baru baca tajuk dah rasa bangga. Tengok2 tajuk tu sekadar penyedap berita saja. Faktanya lain. Hampeh, gua dah kena spin kali ni. Nasib baik tak pengsan lagi. Tajuk memang main peranan untuk orang baca apa isinya dan ternyata KOSMO memang hebat spin tajuk..hahahahha Lenkali letak la tajuk "KL Bandar Raya ke-20 Terbaik Dunia 2021" baru la betul. Aduyaiii..


Saturday, April 9, 2011

MyKad - Kod Kelahiran Negeri


Tadi gua saja masuk website Jabatan Pendaftaran Negara sebab nak tahu umur berapa kena tukar MyKad bila pertama kali ambil masa darjah enam dulu. Muka dulu dengan sekarang dah beza kan. Dulu tembam sekarang dah kurus, dulu muka innocent je sekarang dah cantik. Malas nak cerita, gua copy je contoh situasi dalam website tuh.

Saya berumur 17 tahun, bilakah patut saya menukar kad pengenalan gantian saya? 
Seseorang yang telah mendapat kad pengenalan kali pertama iaitu semasa berumur 12 tahun, dikehendaki menukar semula kad pengenalannya apabila telah mencapai umur 18 tahun. Sekiranya penukaran ini dibuat dalam tempoh umur 18 - 25 tahun, tiada sebarang denda dikenakan.



SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN

Johor: 01, 21, 22, 23, 24
Kedah: 02, 25, 26, 27
Kelantan: 03, 28, 29
Melaka: 04, 30
Negeri Sembilan: 05, 31, 59
Pahang: 06, 32, 33
Pulau Pinang: 07, 34, 35
Perak: 08, 36, 37, 38 , 39
Perlis: 09, 40
Selangor: 10, 41, 42, 43, 44
Terengganu: 11, 45, 46
Sabah: 12, 47, 48, 49
Sarawak: 13, 50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur): 14, 54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan): 15, 58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya)": 16
Negeri Tidak Diketahui: 82

p/s: Siapa yang belum tukar MyKad tu boleh la ye berkunjung ke JPN berhampiran. Anda musykil, sila rujuk website JPN di http://www.jpn.gov.my/ 


Sunday, April 3, 2011

KEJUTAN ABPBH 2010 Anugerah Bintang Paling Popular


p/s: Malam Anugerah Bintang Popular 2011 adalah malam untuk artis wanita kita untuk tayang itu dan ini. Siapa yang paling menonjol dan tertonjol maka dialah yang akan menjadi paling popular di timeline twitter, facebook, blogspera dan segala mak nenek social network yang lain. Bukan kata bintang, bulan sabit pun kalah. Sekian. lulz..

Shaheizy Sam Usop Whilchaaa Juara Bintang Paling Popular Berita Harian 2010

Surat Khabar - Coretan Ringkas

Tadi gua lepak breakfast sorang2 kat BNS Maju Curry House Puncak Alam..cewwaahh nama bukan main tapi servis hampeh nak mampus..hahahha. Gua lepak kat situ dari pukul 9.30 pagi. Agak2 dalam 20 minit jugak la duk kat situ. Dek keseorangan dan takda benda nak buat selain makan, gua saja la perhatikan jenis paper yang dibaca oleh manusia Puncak Alam nih. Hasilnya adalah:

Kosmo - 1 naskah
Sinar Harian - 1 naskah
Berita Harian - 2 naskah
Utusan Malaysia - 2 naskah
The Star - 2 naskah
Metro Ahad - 7 naskah

 p/s: Tak pasti kenapa paper Metro ramai yang beli?
Pembaca setiakah? Harga murahkah?
Banyak informasi bergunakah?
Santapan paling ideal bersama teh tarik dan roti canai kah?
Papepun bacalah apa saja kerana itu hak anda.
Pebarang baca Harakah, Suara Keadilan bagai..Metro tetap dihati kami..hahahhaha

Antara paparan muka depan Metro Ahad edisi 3 April 2011

p/s/s: Ana bukan unta...hahahaha Jom buat kerja!!!!


Saturday, April 2, 2011

April Fool



Petrol RON 97 naik 20 sen lagi. Petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu, bagaimanapun, tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lepas."Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat".

p/s: Hakkkttttuiihhh...Bersyukur la weh..tak yah nak bising2 sangat. Jangan persoal sumbangan kerajaan yang besar ni..tanya diri sendiri apa yang telah kamu sumbangkan pada negara terchenta ini..Betul idak? hahahhahahhahhaha


Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD