matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Wednesday, April 13, 2011

Tangan Khairul Fahmi Sudah Berjejari Runcing


Aksi kurang meyakinkan buat penjaga gol kebangsaan dan Kelantan Khairul Fahmi Che Mat atau Apex pada perlawanan Kelantan menentang Perak dalam kancah Liga Super semalam menimbulkan tanda tanya. Beliau gagal mengawal gawangnya lantas memberikan Kelantan bolos 4 gol tanpa balas. 

Pada aksi terdahulu perlawanan Kelantan bertemu T-Team, Apex juga melepaskan jumlah gol yang sama namun perlawanan tersebut tidaklah seteruk pada malam tadi. Kelantan masih mampu memberikan asakan aksi berjiran itu akhirnya berkesudahan dengan 4-3 sekaligus memihak kepada kelab dari Terengganu. 

Walaupun, beliau lantas bangkit dalam perlawanan menentang Felda United dengan penuh konsisten apabila beliau berjaya mempertahankan gawang tanpa gol bolos. Perlawanan tersebut menyaksikan The Red Warriors meledak kenduri 6 gol. 

Namun, kegagalan saudara Apex mempertahankan gawang beliau tidak boleh disalahkan 100%. Ia juga banyak bergantung kepada peranan pertahanan yang boleh dikatakan agak leka dan tidak kreatif untuk membaca permainan pihak lawan. Tetapi realitinya, prestasi sebegini sudah menjejaskan status beliau sebagai penjaga gol utama negara (Skuad Olimpik dan Skuad Senior) buat masa kini.


Apa sudah jadi dengan keeper kesayangan kita ini? Terlalu banyak populariti kah? Atau terlalu penat mengharungi perlawanan berterusan? Atau tangan beliau sudah berjejari runcing sampai nak tahan bola pun tak lekat? hehehehehee Samalah kita doakan beliau dan pasukan kembali ke top form untuk perlawanan seterusnya.


Imbasan Tajuk Akhbar Hari Ini

Berita Harian: Perak baham Red Warriors
Sinar Harian: Menang bergaya 
New Straits Times: Football: Kelantan stumble


3 comments:

diyah_Noh said...

Tangan beliau sudah berjejari runcing sampai nak tahan bola pun tak lekat?
wakakakakaka..

aleen aiden said...

hahah.giler kencang tajuk die.like2!hee ^_^

zuhanismohamed said...

tahniah perak ! :D

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD