matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Saturday, February 19, 2011

Pengalaman Pertama Menjadi Seorang Gigolo



BUAT PANTUN GUNA KEYWORD SEARCH:

(Pembuka)
Pengalaman pertama menjadi seorang gigolo,
Mak datin datang sebabnya tak puas dengan suami,
Kalau dalam Raja Lawak yang berpantun ialah David Teo,
Kenapa tidak saya mencuba untuk entri kali ini.

Bola sepak Malaysia makin rancak,
Satu stadium penyokong bersorak gamat,
Penjaga gol Harimau Malaya muda lagi kacak,
Nama diberi Khairul Fahmi Che Mat.

Baju Melayu dan sampin pakaian tradisi,
Jangan dilupa capal dan tengkolok,
Baca dulu sampai habis dan kaji apa isi,
Buku kontroversi Novel Interlok.

Kalau suami peluk isteri,
Pasti tidur pun nyenyak,
Kalau nak dekat mengundi,
Pasti turun harga minyak.

Bila makan lauk ayam goreng,
Mesti saya pilih bahagian isi dan dada,
Bila bergosip artis rampas suami orang,
Mesti orang tuduh Fasha Shanda.

Semua wanita adalah cantik belaka,
Tidak kira miskin atau berada,
Paduan suara Loque bersama Atilia,
Maka terhasillah lagu dinda kanda.

Proposal research banyak tak siap lagi,
Akibatnya pensyarah sudah mula berbunyi,
Romen pandai tapi bila mengandung mulahlah lari,
Akibatnya makin banyak cerita pembuangan bayi.

Kalau padi katakan padi,
Jangan saya tertampi habuk,
Kalau jadi katakan jadi,
Jangan saya ternanti nanti dengan drbook.

Buah cempedak di atas peti,
Nampak manis lagi segar,
Cuba tengok ada apa di hujung jeti,
Rupanya seluar dalam wanita timur tepi pagar.

Berakit rakit ke hulu,
Berenang renang ke daratan,
Siapa juara Piala Malaysia tahun lalu,
Sudah tentu Skuad Kelantan.

Mari kita penuhkan ilmu dalam diri,
Agar tidak nanti dipanggil jahil,
Mari kita mendaki bukit sekali lagi,
Agar tercapai melihat matahari terbit di Broga Hill.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada yang datang,
Boleh kalian komen di sini.
(Penutup)





22 comments:

mohd sasuke said...

ahaha..style pantun ni..kih3

ijam ismail said...

sgt suke entry ni...
nice job~~


jom singgh sat blog ijam k...
=)

APAN said...

nice work bro...
x sangke kepale otak a samad said gak ko ni...
ingat cite gigolo mne da tadi ma...
:)

atiEy_[azHa] said...

haha . ingat cite gigolo mana .

platipus said...

nice!

matpek's property said...

@mohd sasuke
jom r buat pantun..

@ijam
baru aku tahu susah jugak nak buat pantun melayu ni..

@APAN
ni la kepala otak yang takde idea nak mengupdate blog..hahaha

@atiey
saya bukan gigolo..harap maaf..hehe

@platipus
mekasih :-)

ghost writer said...

hebat lak pantun ko nih...

matpek's property said...

@ghost writer
aku rasa ko mesti lagi hebat bila mendeklamsikan pantun ni..hehe

husna yg suka pada muzik said...

style....
suka3

chii said...

suka2 ngan pntun ni..eheh

matpek's property said...

@husna + chili
saya pun suka kamu..lalalalalala~

iwan_dextrous said...

hhahah..smart2..bru seronok.hahah

Nor Suhaiza said...

hik3..cute...suka rangkap yg last tu...

LehaMY said...

uiseh . pantun best tuuuu . hehehe :D

budak ice said...

hahahaa..tajuk punye la kontroversi.. >_<

muhd zulazwan ::jawer:: said...

wah...mmg berbakat ni...:8)

intan abidin said...

besla pantu ini ...i like...:)

sengat said...

pandai lu mantun...terbaik!

ïêmå å¢klê§ said...

wau sgt kreatif...
nak kena balas pantun ke ni..

matpek's property said...

balas la..saya jual pantun ni..

buah cempedak diluar pagar said...

woooooowwww...hebat la boleh buat pantun ni..mesti dulu juara berpantun kat sekolah kan..haha

kakcik said...

Bagus dan tahniah. Ada juga orang yang sudi mengikut jejak kakcik buat pantun dari keywords. :)

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD