matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Wednesday, August 24, 2011

#5 Rabu Yang Bisu





Terima kasih SV 
sebab belanja bukak puasa
dan bagi duit raya
Yayyy dah nak balik kampung
hati hati di jalan raya korang
Selamat hari raya aidilfitri buat semua
maafkan gua zahir dan batin
:-)




Tipikal Bola Malaysia



Sesungguhnya rakyat Malaysia begitu berharap agar ada la sorang dua pemain Malaysia dapat bermain di English Premier League atau top league lain. Nak Apek main Manchester United la..Baddrol Bakhtiar dirisik kelab Wigan la (sini). Safee Sali dapat tawaran dari Bundesliga la (video). Ya, ini memang suasana yang bagus untuk bola sepak Malaysia. 

Tapi lu kena ingat tiada jalan mudah bro. Banyak benda lagi kena ubah dulu. Hakikat itulah yang terpaksa ditelan oleh rakyat Malaysia. Angan angan pun angan jugak tapi biarlah realistik. Paling kurang kasi Malaysia/pasukan kelab Malaysia juara Piala Asia atau AFC Cup dulu ke baru la nak fikir main EPL. Yang penting kutukan dan kritikan mesti selari dengan sokongan.

p/s: Jalan paling senang beli jer game PES 2012 yang tak lama lagi akan keluar. Lepas tu guna patch Malaysia dan  register Safee Sali main QPR...Letak semua player Malaysia dalam kelab EPL. Nanti siap boleh buat QPR tu juara EPL lagi...kahkahkah Apa macam bro?



Tuesday, August 23, 2011

Kelebihan Lelaki Berbulu Lebat


Sebelum ni gua ada cerita pasal kelebihan menyimpan janggut. Baca di sini. Anugerah janggut, misai atau jambang ni bukan semua lelaki yang dapat. Ada sesetengah orang muka suci gila tanpa bulu walaupun sudah baligh. Yang memang jenis keturunan berbulu lebat tak yah cerita la. Ada juga yang jenis kurang berbulu ni siap sapu minyak bon lagi semata mata nak kasi subur.

Mana tidaknya, bulu bulu muka ni menjadi aset penarik pada pandangan awek. Tapi tak semua yang suka lelaki sebegini. Ada seorang ni cakap dia "tak suka lelaki berjambang sebab confirm dia ada bulu dada". Jadi post kali ni berkisar tentang lelaki berbulu lebat. Tak kira la bahagian muka, tangan, kaki, dada ataupun dot...dot..

Bila awek/bini lu pegang tangan korang, dia boleh belai macam belai seekor kucing. Dengan penuh kasih sayang gitu...anda suka? Kalau kucing pun suka dibelai...sudah tentu anda juga suka kan...Ini adalah satu kelebihan sebab orang yang kurang bulu ni jarang dapat belaian kasih sayang ni.

Lagi istimewa kalau awek/bini lu ni yang jenis takut dengan kucing. Ada kucing bawah meja pun nak menjerit. Tapi yang peliknya dia suka pulak tengok kucing yang berbulu lebat ni. Jadi, penyelesaian yang terbaik, lu boleh menjadi kucing untuk awek/bini lu. Sambil2 belai boleh buat cakaran kucing hahaha

Buat awek/bini lu yang mempuyai tahap miang yang tinggi, lelaki yang berbulu kaki lebat memang beruntung. Bila tak puas lagi belai tangan, belai bulu kaki pun layan. Nak belai sambil tengok tv pun takda la tak senonoh sangat kan. Tapi pastikan anda berada di rumah dan bukannya tengok tv kat  kedai mamak.

Bulu dada...bahagian yang paling menarik pada mata segelintir awek2..fuhhh walau perut takda sixpack pun atau dada tak tough manapun tapi sebab bulu dada tahap lebat, panjang dan hitam berkilat tetap dianggap seksi giler. Mesti awek/bini korang rajin nak tocang atau belai-belai dengan sikat. yang lagi kemaruk siap buat fesyen bulu dada lagi macam rambut pacak kahkahkah

Kalau orang lain beli syampu anti kelumumur la, conditioner la, cleanser bagai la hanya dapat guna syampu  itu untuk rambut kat kepala saja...Bagi yang jenis berbulu tangan, kaki dan dada dapat guna syampu itu untuk satu badan...jimat kan? Untunglaaaa dia cukup beli syampu saja dan tidak perlu beli sabun hahaha

p/s: Dah habis merapu. Yang tak puas hati, sila berkumpul di ruang komen (macam la ada orang nak komen) hahaha. Okay gua chau dulu. mood menghitung hari nak balik beraya kat kampung.


Friday, August 19, 2011

Thursday, August 18, 2011

Google Plus Skema La



Jeng la google plus ni. Mentang2 la gua baru nak godek2 google+ ni, gua dah tersalah letak nama kat profile. Mana la gua nak tahu takleh letak nama suka hati je. Disebabkan itu habis google account kena suspended. Damn it!

Nak bukak account youtube tak boleh. Nak upload gambar kat blogspot pun tak keluar. Nak update blog susah nak mampus. Nak bukak blog orang lain, lembab gila. Dah la keluar tulisan je, gambar tak nampak. Nasib baik Gmail boleh bukak. Kuang ajaq betul google ni..




Wednesday, August 10, 2011

Hey Sekali Aku Cincang Kau 18, Baru Kau Tahu Erti PENYESALAN



p/s: sem depan wajib beli jugak..
1 gram gold bar..tak pun 10 dirham kelantan pun jadila...


#3 Rabu Yang Bisu


Mekasih abah. First time dia tolong bayarkan roadtax, 
walau gua tak mintak pon. mana nak cekau seribu hinggit bai..
Macam tau2 je gua tengah pokai sekarang ni. 

p/s: misi berani mati balik raya dengan roadtax mati tak jadi


Tuesday, August 9, 2011

Besero Nok Kelik Kapung Nok Gi Qaryah Ramadhan Eh


Pintu gerbang kampung ramadhan

Hiasan taman dalam qaryah

Kuliah Ustaz Azhar Idrus

Himpunan anak muda semasa kuliah Ustaz Azhar Idrus

Sukarelawan Green-V - Juruh juruh belako ni

Iftar berjemaah

Dalam khemah saf penuh

Solat jemaah sampai ke perkarangan stadium

Kedai kopi ala qaryah ramadhan

Sedekoh jariah sekali sekalo


Friday, August 5, 2011

Hanya Mampu Bertahan 2 Tahun


Disebabkan kereta dah 3 hari tak leh start enjin, gua syak mesti problem bateri. Hari ni baru ada masa nak fikir pasal kereta dek kerana kesibukan labwork. Pagi dah kena masuk fakulti, petang baru balik, bukak puasa, terawih, penat terus tidur kroh kroh. Rutin berulang2 untuk dua tiga minggu ni.


So, pagi2 lagi gua dah gerak pergi petronas fasa 2 dengan motor topek. Parking dan terus masuk dalam. Lalu pulak tepi peti ais, memang orang tengok. Mentang2 la sekarang ni bulan puasa, ramai la pulak yang ushar pelik sebab gua beli air . Tapi rilek lar der, gua memang beli air, tapi air bateri je kot. Terbang 2 hinggit pitis.




Balik rumah, tuang air sampai habis. Ikut pengalaman dalam 30 minit dah boleh cuba start. Tapi yang ni, lepas setengah jam enjin masih segan silu nak bekerja. Terpaksa cuba jump start, nasib baik min ada jumper. Nice, enjin kembali berfungsi. eureka eureka eureka!


Tapi still tak puas hati. Kena gi check power battery kat kedai jugak. Walau dalam hati mintak2 lah bateri ni boleh pakai lagi. Sampai shah alam 2, ada satu kedai je yang bukak. Gua parking baik punya depan kedai suruh apek tu check power battery.


Sekali tengok, memang sah battery weak. Pastu dia suruh start enjin. Ngam ngam la pulak enjin tak hidup toorrbaikkkkk. Perasaan dah pasrah sebab terpaksa beli bateri baru. Buat2 tanya dah tak boleh cas balik ke..? isi air bateri baru ke...? konon2 nak sedapkan hati..haha


Harga bateri 162 lepas jual balik bateri lama 8 hinggit..Nego sama uncle tu..kasi can la sikit kat gua as first customer hari ni..nanti gua promote uncle punya kedai kat blog...hehe dapat jugak diskaun 7 hinggit, gua angkat MF Yokohama Battery NS40ZL dengan harga 155 hinggit..sekali dengan warranty one year from the fixing..MF tu maintenance free jenis yang tak perlu isi air bateri.


Andrew |  Cathay Auto Service & Repair | Shah Alam 2

p/s: Kereta dah setel. Duit dah kering. Sewa rumah masih tertunggak. Labwork tak siap lagi. LR lagi la tak siap. Roadtax kereta pulak dah mati. Camna nak balik raya nih


Tuesday, August 2, 2011

Bazar Ramadhan Dan Plastik


Salam Ramadhan buat semua umat manusia di muka bumi ini.

1. Okeh, hari ni hari pertama puasa. Alhamdulillah, rezeki ada untuk bukak puasa. Kat bazar pun banyak gerai yang bukak walaupun kurang pilihan. Tambah lagi duit pun pokai, jadi beli je apa yang ada. Hari pertama berbuka dah celebrate dengan blackout. damn!!!

2. Hari ni gua bawak balik 3 beg plastik. 1 untuk air, 1 untuk lauk dan 1 untuk kuih. Nasi, topek yang masak kat rumah sewa hahaha. Kalau ikutkan jarang2 je gua beli kuih kat bazar puncak alam ni. Biasanya hanya nasi dan air. simple.


3. Lepas terawikh tadi gua gerak pergi kedai, tetiba terfikir pasal plastik. Gua anggarkan setiap hari gua bawak balik 2 beg plastik yakni 1 ada makanan dan 1 ada air. Maknanya di sini, selama sebulan puasa ni gua akan membawa 60 beg plastik ke rumah setiap kali balik dari bazar Ramadhan. Itupun kalau tiap2 hari beli benda yang sama ye dak

4. Habis beg plastik, belum campur lagi dengan plastik pembungkus air dan bekas polistren yang bungkus nasi. Contoh la kita ambil angka yang sama. Kalau sehari maknanya 1 plastik pembungkus air dan 1 bekas polistren. Jadi jumlahnya selama sebulan puasa gua telah mengumpulkan 30 pembungkus air dan 30 bekas polistren secara tak sengaja. 

5. Wooww..selama sebulan gua akan ada paling minimum 60 beg plastik, 30 plastik pembungkus dan 30 bekas polistren. Bayangkan, itu gua sorang. Tak campur dengan budak2 rumah sewa ni lagi. Itu untuk satu rumah je. Cuba kira berapa rumah yang ada kat puncak alam ni..berapa ramai orang yang pergi bazar bawak balik plastik kat puncak alam ni ..

6.Jawapannya...brader lori sampah yang akan kira plastik gua tiap2 minggu. Tanpa sedar kerana puasa gua selama sebulan nanti, gua terpaksa menunggu 100 hinnga 500 tahun untuk plastik itu lupus. Maafkan gua wahai bumi. Gua tak sanggup lagi bawak beg sendiri pergi bazar ramadhan.



Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD