matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Tuesday, August 23, 2011

Kelebihan Lelaki Berbulu Lebat


Sebelum ni gua ada cerita pasal kelebihan menyimpan janggut. Baca di sini. Anugerah janggut, misai atau jambang ni bukan semua lelaki yang dapat. Ada sesetengah orang muka suci gila tanpa bulu walaupun sudah baligh. Yang memang jenis keturunan berbulu lebat tak yah cerita la. Ada juga yang jenis kurang berbulu ni siap sapu minyak bon lagi semata mata nak kasi subur.

Mana tidaknya, bulu bulu muka ni menjadi aset penarik pada pandangan awek. Tapi tak semua yang suka lelaki sebegini. Ada seorang ni cakap dia "tak suka lelaki berjambang sebab confirm dia ada bulu dada". Jadi post kali ni berkisar tentang lelaki berbulu lebat. Tak kira la bahagian muka, tangan, kaki, dada ataupun dot...dot..

Bila awek/bini lu pegang tangan korang, dia boleh belai macam belai seekor kucing. Dengan penuh kasih sayang gitu...anda suka? Kalau kucing pun suka dibelai...sudah tentu anda juga suka kan...Ini adalah satu kelebihan sebab orang yang kurang bulu ni jarang dapat belaian kasih sayang ni.

Lagi istimewa kalau awek/bini lu ni yang jenis takut dengan kucing. Ada kucing bawah meja pun nak menjerit. Tapi yang peliknya dia suka pulak tengok kucing yang berbulu lebat ni. Jadi, penyelesaian yang terbaik, lu boleh menjadi kucing untuk awek/bini lu. Sambil2 belai boleh buat cakaran kucing hahaha

Buat awek/bini lu yang mempuyai tahap miang yang tinggi, lelaki yang berbulu kaki lebat memang beruntung. Bila tak puas lagi belai tangan, belai bulu kaki pun layan. Nak belai sambil tengok tv pun takda la tak senonoh sangat kan. Tapi pastikan anda berada di rumah dan bukannya tengok tv kat  kedai mamak.

Bulu dada...bahagian yang paling menarik pada mata segelintir awek2..fuhhh walau perut takda sixpack pun atau dada tak tough manapun tapi sebab bulu dada tahap lebat, panjang dan hitam berkilat tetap dianggap seksi giler. Mesti awek/bini korang rajin nak tocang atau belai-belai dengan sikat. yang lagi kemaruk siap buat fesyen bulu dada lagi macam rambut pacak kahkahkah

Kalau orang lain beli syampu anti kelumumur la, conditioner la, cleanser bagai la hanya dapat guna syampu  itu untuk rambut kat kepala saja...Bagi yang jenis berbulu tangan, kaki dan dada dapat guna syampu itu untuk satu badan...jimat kan? Untunglaaaa dia cukup beli syampu saja dan tidak perlu beli sabun hahaha

p/s: Dah habis merapu. Yang tak puas hati, sila berkumpul di ruang komen (macam la ada orang nak komen) hahaha. Okay gua chau dulu. mood menghitung hari nak balik beraya kat kampung.


10 comments:

silverlocket said...

Errr... bab2 ikat tocang tuh dah macam apes dah hahaha

nub said...

hahak. cilako. bulu dada spikey.

Anis izyan Abd Rahman said...

wa suka lelaki berjambang , wa mmg tak suka lelaki muka licin ala-ala jambu ~

zuhanismohamed said...

geli sikit baca ni..haha..

APAN said...

betul ke awek suka kalau de bulu dada tu.da lama aku dengar mende ni.huhu...

Farah Awang said...

gua pun suka laki berbulu
awwww <3
laki kalo xde bulu bagi gua LOSER

HAHAHA

Polaris Girl said...

merepek ape ni mat pek. haha tp siyes, tergelak habis bace entry ni.. hahaha

Anonymous said...

sebenarnya, lelaki yang berbulu dada ni ada kekurangan tau, x caya cuba korang spend a week masa ngan dia orang ni, korang akan realise yg lelaki berbulu dada ni sebenarnya rendah tahap IQ dia org... hahaha

Anonymous said...

Hadith-hadith dari kitab Syama’il Muhammadiyah (kesempurnaan Nabi Muhammad) yang disusun oleh Imam at-Tirmidzi.

Hadith 7:

Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu bercerita tentang sifat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:

Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek. Baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur.

Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.


-Untuk Anonymous October 4, 2012 at 3:35 PM. IQ seseorang manusia tidak terletak pada bulu dada...Terima kasih.

Anonymous said...

Yes...

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD