matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Friday, August 5, 2011

Hanya Mampu Bertahan 2 Tahun


Disebabkan kereta dah 3 hari tak leh start enjin, gua syak mesti problem bateri. Hari ni baru ada masa nak fikir pasal kereta dek kerana kesibukan labwork. Pagi dah kena masuk fakulti, petang baru balik, bukak puasa, terawih, penat terus tidur kroh kroh. Rutin berulang2 untuk dua tiga minggu ni.


So, pagi2 lagi gua dah gerak pergi petronas fasa 2 dengan motor topek. Parking dan terus masuk dalam. Lalu pulak tepi peti ais, memang orang tengok. Mentang2 la sekarang ni bulan puasa, ramai la pulak yang ushar pelik sebab gua beli air . Tapi rilek lar der, gua memang beli air, tapi air bateri je kot. Terbang 2 hinggit pitis.




Balik rumah, tuang air sampai habis. Ikut pengalaman dalam 30 minit dah boleh cuba start. Tapi yang ni, lepas setengah jam enjin masih segan silu nak bekerja. Terpaksa cuba jump start, nasib baik min ada jumper. Nice, enjin kembali berfungsi. eureka eureka eureka!


Tapi still tak puas hati. Kena gi check power battery kat kedai jugak. Walau dalam hati mintak2 lah bateri ni boleh pakai lagi. Sampai shah alam 2, ada satu kedai je yang bukak. Gua parking baik punya depan kedai suruh apek tu check power battery.


Sekali tengok, memang sah battery weak. Pastu dia suruh start enjin. Ngam ngam la pulak enjin tak hidup toorrbaikkkkk. Perasaan dah pasrah sebab terpaksa beli bateri baru. Buat2 tanya dah tak boleh cas balik ke..? isi air bateri baru ke...? konon2 nak sedapkan hati..haha


Harga bateri 162 lepas jual balik bateri lama 8 hinggit..Nego sama uncle tu..kasi can la sikit kat gua as first customer hari ni..nanti gua promote uncle punya kedai kat blog...hehe dapat jugak diskaun 7 hinggit, gua angkat MF Yokohama Battery NS40ZL dengan harga 155 hinggit..sekali dengan warranty one year from the fixing..MF tu maintenance free jenis yang tak perlu isi air bateri.


Andrew |  Cathay Auto Service & Repair | Shah Alam 2

p/s: Kereta dah setel. Duit dah kering. Sewa rumah masih tertunggak. Labwork tak siap lagi. LR lagi la tak siap. Roadtax kereta pulak dah mati. Camna nak balik raya nih


6 comments:

silverlocket said...

Workshop manew ko pg eh? Kat Econsave tuh besh jgk

NURUL AINI NORAZMAN said...

klu kene kat aini mmg blur dah tak tahu nak buat apa,.
lepas ni klu nk dpt diskaun nk guna nama blog la,.he3

matpek's property said...

ni kat shah alam 2..sebelah klinik..

APAN said...

aku pun x tau rasional ke tak diskaun rm7 beli bateri baru tu.xde pengalaman pakai kete lagi.haha...

matpek's property said...

memang kena bagi la..sebab aku tanya berapa harga kilang bateri ni..dia cakap rm143...dia dah untung banyak dah..

Anonymous said...

Brokersring.com - Learn how to turn $500 into $5,000 in a month!

[url=http://www.brokersring.com/]Make Money Online[/url] - The Secret Reveled with Binary Option

Binary Options is the way to [url=http://www.brokersring.com/]make money[/url] securely online

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD