matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Tuesday, August 31, 2010

Masjid adalah rumah Allah. Adakah sesuatu yang pelik bagi orang bukan Islam memasuki masjid di Malaysia ??

1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam.





2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.



3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.




4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.


5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut.
 
 
 
6. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut.


7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab.



8. Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi.






Sunday, August 29, 2010

Siapa kata korek hidung atau telinga batal puasa..??

Terdapatnya kepelbagaian pendapat dalam hal memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Antara yang berpendapat memasukkan sesuatu di dalam rongga tidak membatalkan puasa adalah Syaikh Attiyah Saqr (mantan Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar), Dr. Yusuf al-Qardhawi (Ketua Majlis Fatwa Eropah), Syaikh Mohammad Salih Al-Munajjid, Dr. Muzammil Siddiqi (Ketua Majlis Fiqh Amerika Utara) dan ramai lagi.

Dalam membahaskan mengenai perkara-perkara yang membatalkan puasa,Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata:

Para ahli fiqh radhiallahu 'anhum telah memperluas pembahasan hal-hal yang membatalkan puasa sedemikian rupa sehingga saya tidak yakin hal-hal tersebut pernah terfikir di benak seorang jua daripada para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, yakni orang-orang yang menyaksikan secara langsung penurunan al-Qur’an, yang memahami secara terus pesanan Allah dan Rasul-Nya dengan sebaik-baik pemahaman dan yang berpegang teguh kepadanya dengan sebaik-baiknya.

Banyak ahli fiqh telah memperlebarkan wilayah pembahasan akan hal-hal yang dianggap membatalkan puasa. Para fuqaha Mazhab Hanafi telah menyebut sekitar 57 perkara manakala fuqaha Mazhab al-Syafi‘e tidak kalah banyaknya. Sejumlah ulama’ masa kini bahkan memperincikan hal-hal yang dapat membatalkan puasa secara aneh. Mereka membuat kaedah-kaedah lalu membangun di atasnya cabang-cabang persoalan yang tidak terhitung bilangannya. Namun kaedah-kaedah itu sendiri tidak didasarkan kepada dalil-dalil yang kuat daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada di antara mereka yang berkata bahawa kemasukan sesuatu benda, seperti kerikil umpamanya, ke dalam rongga badan orang yang berpuasa akan membatalkan puasanya. [Fiqh al-Siyam (edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan rakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), ms. 118 & 107-108]

Sememangnya tiada dalil jelas dari al-Quran mahupun as-Sunnah yang melarang daripada mengorek hidung ataupun telinga. Bagi yang berpendapat ianya membatalkan mereka bersandar kepada dalil:

Sempurnakanlah wudhu’ dan bersungguh-sungguhlah dalam menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa. [Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 333 (Kitab Thaharah, Bab Anjuran menyedut air ke dalam hidung…).]

antara hadith lain
...berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abud Daud, no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)

Daripada sabda Rasulullah s.a.w “…menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa.” Difahami sebagai dilarang menyedut air ke dalam hidung ketika sedang berpuasa. Jika dimasukkan air maka perbuatan tersebut membatalkan puasa. Pemahaman ini kemudian diluaskan kepada semua rongga tubuh berdasarkan qiyas (analogi).

Fahaman ini adalah tidak tepat kerana pengecualian yang dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bukan ditujukan kepada menyedut air ke dalam hidung tetapi kepada “bersungguh-sungguh” dalam penyedutan tersebut. Dalam erti kata lain yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah, apabila berwudhu’ dalam keadaan berpuasa, tidak perlu bersungguh-sungguh menyedut air ke dalam hidung kerana dibimbangi sebahagiannya akan masuk jauh ke dalam sehingga sampai ke tenggorok dan ditelan sebagai “minuman.” [Yusuf al-Qaradhawi - Fiqh al-Siyam, ms. 117. Dinukil dari Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa, Jahabersa]

Perkara yang sememangnya jelas membatalkan puasa adalah sepeti dalam firman Allah:

Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).[al-Baqarah 2:187]

Dan kalau dilihat jelas bahawa mengorek telinga atau memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan tidak termasuk dalam perkara-perkara yang ditegah ketika berpuasa. Adapun persetubuhan sekalipun bukanlah perbuatan makan atau minum tetapi larangannya disebut secara jelas di dalam ayat di atas. Juga di dalam sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Setiap amal anak Adam adalah bagi dirinya…kecuali puasa maka ia adalah untuk Aku dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (anak Adam) meninggalkan makanan kerana Aku dan meninggalkan minuman kerana Aku dan meninggalkan kenikmatan kerana Aku dan meninggalkan isterinya (tidak bersetubuh) kerana Aku. [Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya – hadis no: 1897 dan dinilai sahih oleh Muhammad Mustafa al-‘Azami.]

Sebagai kesimpulan mengenai isu mengorek telinga ketika berpuasa saya ingin menukilkan fatwa Syaikh Attiyah Saqr:

Puasa tidak terbatal dengan meletakkan jari ke dalam telinga atau kerana membersihkannya dengan cotton pad atau dengan larutan. Memandangkan tiada yang dapat meresap melalui gegendang telinga dan sampai kepada kepala, yang mana ianya juga bukan organ menerima makanan yang menyuburkan tubuh badan. [rujuk: http://www.islamonline.net ]

Di atas hujah-hujah yang sama ulama’-ulama’ mutakhir menyatakan perbuatan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan (sekiranya ia tidak sampai ke perut) tidak membatalkan puasa.

Isu aurat dalam masjid. Nilailah sendiri di mana nilai agama Islam



Hukum Orang Bukan Islam Memasuki Masjid


Soalan : Apakah hukumnya orang-orang bukan beragama Islam memasuki masjid untuk membuat baik-pulih/ubah-suai, menyampaikan ucapan, atau belajar lebih lanjut mengenai Islam?? Jika dibolehkan, apakah tatacara dan adab-adab bagi membolehkan mereka masuk ke dalam masjid?

Jawapan Oleh Syeikh `Atiyyah Saqr, & Syeikh Muhammad Saleh Al-Munajjid.Adalah ditegaskan yang Islam menggalakkan toleransi dan kewujudan bersama secara aman antara Muslims dan non-Muslims. Jika non-Muslim masuk ke masjid untuk menyampaikan ucapan yang boleh membawa keapda persefahaman lebih baik, maka ia amat di alu-alukan dan digalakkan mengikut pandangan agama. Islam ialah agama yang mengamalkan dialog yang bermanfaat dalam maksud sebenar. Sejarah Muslim ialah satu contoh yg baik berkenaan hal ini. Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar Fatwa.

Di dalam mazhab asy-Syafie orang kafir haram dan ditegah sama sekali daripada masuk Masjidil Haram sebagaimana firman Allah swt di dalam surah at-Taubah : 28. Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram. 

Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub. Ini berdasarkan hadith Baginda saw yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda saw orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318)

Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka. 

Keharusan orang kafir masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram berdasarkan hadith Baginda saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ( yang bermaksud ) : “Rasulullah saw telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang (tawanan) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. (HR al-Bukhari).

Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam. Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal.

Daripada penjelasan para ulama’ Syafiiyyah di atas, jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan. Untuk ini, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.

Friday, August 27, 2010

Oh kanda dinda...mari kita bergravity bersama google

Mari sini semua. Yang jauh jauh tu mari dekat sikit. Yang dah dekat tu mari lagi rapat. Gua nak share pasal google gravity ni. Jom cuba Google Gravity kat sini...haha boleh baling baling icon yang ada kat front page google. memang sempoi la. sambil lu orang layan google gravity tu boleh juga layan lagu kekanda adinda oleh Monoloque dan Atilia..PADU habis gua cakap lu. Sebelum layan google gravity tu, ushar dulu video yang gua baru buat ni...

Thursday, August 26, 2010

Wednesday, August 25, 2010

Cerita Pi Mai Pi Mai Tang Tu kat Flat Sri Wangi


Masih ingatkah kamu tentang cadangan untuk diperkenalkan mata pelajaran seks kat sekolah.. aku tak pasti la benda ni jadi ke tak. sebab aku memang jenis yang tak suka baca surat khabar. tapi yang pasti ramai yang komen pasal cadangan ni. bila kita cerita bab mata pelajaran seks mesti budak budak suka kan. budak laki mesti suka bab ni. yela benda yang tak jumpa dalam subjek matematik tambahan. setakat dalam buku biologi je mana nak cukup. 


dulu ingat lagi time sekolah bila masuk tajuk pembiakan yang ajarnya pula cikgu perempuan. bila sampai part alat pembiakan lelaki ok je dia ajar. tapi bila masuk part perempuan laju2 je dia ajar atau paling tidak dia suruh baca sendiri. bukan salah cikgu tapi perasaan malu tu lagi kuat dari niat untuk mengajar. tapi tak semua sekolah macam tu okeh. kami tak kisah pun itu semua. so, nampak tak perbandingan situasi yang berlaku dalam pembelajaran di sekolah. sedangkan nak ajar tajuk pembiakan pun dah segan ini pula nak ajar mata pelajaran seks. lagi teruk subjek seks yang kononnya diajar untuk memberi pendedahan kepada anak muda tentang cara-cara nak 'mengawan' dengan betul tetapi menjadi ajaran kepada anak muda untuk 'berzina' tanpa dikesan oleh mak bapak. habis bab pendidikan seks.

Bab kedua. Ingat tak lagi aku pernah buat entri pasal silibus untuk sekolah wanita termengandung di melaka (sini). Ini berikutan cadangan dari kerajaan negeri melaka. kata ketua menterinya sekolah khas itu diwujudkan bagi pelajar yang mengandung akibat terlanjur atau mereka yang berkahwin pada usia muda. bagus juga usaha ini, belum pernah ada sekolah macam ni lagi. Tapi barangkali ini idea singkat bagi menangani gejala pembuangan bayi yang semakin berleluasa kini. mungkin dalam sesetengah sudut ia adalah praktikal kerana pelajar bermasalah itu akan terus dapat bersekolah dan kurangnya risiko pembuangan bayi.

sudah nampak tak idea tu. contoh la idea ni jalan kan. agak2 korang siapa majoriti pelajar yang akan bersekolah kat situ. yang konpem mesti la yang dah terlanjur mengandung kan. tapi siapa yang mengandung itu. adakah si jantan atau si betina? yang sedihnya si perempuan la penuh kat sekolah tu. si jantan pula boleh bebas mengawan gadis gadis yang termakan pujuk rayu mereka. kalau dulu bimbang sangat bila berzina dan termengandung. kerana tak tahu nak buat macam mana. so kadar keinsafan tu lebih tinggi. tapi sekarang bila dah termengandung tak perlu bimbang sangat sebab mereka dah menanti kamu di sekolah untuk bimbingan. akhirnya, mungkin bayi dapat diselamatkan tapi zina masih terus berleluasa. okeh habis bab 2.

kita masuk pula bab 3. baru baru ni ada cadangan kerajaan nak buat tabung DNA berhubung dengan kes buang bayi. dengan tabung DNA ni la kita boleh jejak si mak bapak yang zalim yang sanggup buang bayi ini. bab ni susah skit nak cerita sebab ini berkait dengan tugas hospital dan mahkamah.


tapi bagi aku kat malaysia sekarang ni mungkin susah kot nak buat benda ni (bagi aku yang otak sempit). masalah satu ialah adakah negara kita sudah mampu dan bersedia untuk menyediakan kepakaran tersebut. kedua ialah isu hospital kat malaysia ni boleh percaya ke tidak. mungkin kalau orang biasa yang kena tuduh tak apa. tapi kalau contoh yang kena tuduh tu pembesar negara adakah hospital nak declare benda ni.( anggapan saja). ketiga bersabit dengan mahkamah. seperti biasa sudah bayak kes mahkamah yang melibatkan pembesar negara senyap begitu saja. ambil contoh mudah. dulu kes video lingam, altantuya, beng hock, enjin hilang etc. tup tup senyap begitu saja. alasan bukti kukuh tak ada. last sekali zina tak setel, buang bayi makin banyak, masalah lain pula timbul.

Nampak tak semua cadangan ini adalah usaha selepas zina dan buang anak itu berlaku. kenapa takda cadangan khas dari kerajaan yang betul2 mencegah dari zina itu berlaku.?  ni la yang dipanggil pi mai pi mai tang tu. perkara pokok tak selesai perkara ranting ntah ke mana. jadi semua ini berbalik kepada agama jugak. di samping nak adakan pendidikan seks ke hape ke, pendidikan agama kena la diberatkan dulu. tak kisah siapa pun kita, apa pangkat pun kta selagi kita bergelar Islam, selagi itu la kita wajib selamatkan umat islam kita dan agama kita.


Sunday, August 22, 2010

Daripada korang tengok porn baik korang tengok stereogram, lagi mantap

Apakah itu stereogram?? Stereogram adalah suatu ilusi optik kedalaman yang biasanya diamati dengan membiarkan mata untuk fokus di belakang gambar (berbeza), atau kadang kadang di depannya. Okeh tak faham pun takpe, janji dapat tengok gambar ni secara 3d sudah la. 

Sebelum pape gua mahu 'up' sikit member gua yang memperkenalkan teknik ni. Terbaik dari ladang gua cakap lu dia ni. Siapa lagi kalau bukan abang farmasi yang hensem lagi hot iaitu Min. Panas bukan. Kalau tak panas sila kipas diri sendiri LOL...Siapa nak kenal dengan dia boleh cari dalam friend list fb gua. Buat Min harap2 lu tak baca blog gua ek. 

Okeh sambung balik. Gila jakun gua tak pernah tahu benda 3d cam ni. Tapi ok la tak sampai 15 minit gua dah power tengok..Tengok camtu pun dah tahu. Cehh poyo di stu..haha Gua tak mahu sembang banyak2, jom kita ushar gambar ni. Bagi yang jakun cam gua ni, yang tak pernah belajar cara nak tengok stereogram ni memang tak nampak apa pun selain corak2 yang merapu.Tapi yang sebenarnya gambar 3d yang ada dalam gambar di bawah ialah ikan lumba-lumba.


Masih tidak nampak? Mai gua story skit kat lu orang. Cara paling senang nak tengok benda ni ialah korang blurkan imej sebenar dengan tengok imej tu dekat2. Jangan sampai masuk dalam skrin tapi cukup sekadar hidung melekat di skrin. Pastu bila dah cukup blur, korang tarik muka korang slow2 dari imej tersebut pada masa yang sama tahap blur itu dikekakalkan. Secara perlahan2 korang akan nampak imej 3d yang timbul di depan imej sebenar itu. Jom kita cuba gambar2 yang lain pula :-)

Sudah dapat? Yang tak dapat cuba lagi. Kat atas ni gambar naga.

Ni pula gambar shark

Cuba jangan tak cuba. Ni gambar tupai.

Ni pula gambar singa.

Bukan gambar traktor tapi kapal terbang.

Mata dah cramp. Relax dulu nanti sambung balik. Ni gambar kamera Canon

Kuda ku lari gagah berani

Scorpion @ kala jengking

love. Do u love it? 

Kalau korang nak cari gambar yang lagi best boleh la rujuk kan pak cik google. Lagi menarik lu orang boleh generate sendiri imej 3d kat dalam website ni. Okeh selamat berhujung minggu dan berbuka puasa bagi yang boleh puasa. 


Tuesday, August 17, 2010

Ini baru betul main bola - edisi istimewanya main ragbi di Iran

Dalam entri sebelum ini (di sini) Iran dengan tegasnya menegakkan syiar Islam dengan membuang Ali Karimi yang digelar Maradona Asia dari Kelab Stell Azin FC kerana didapati tidak berpuasa pada Ramadhan kali ini. Bagus dan berani bukan.


Okeh. Jom kita ushar pulak pasukan ragbi di Iran ini. Tidak pelik kalau lelaki yang main ragbi. Tapi ini adalah pasukan ragbi wanita. Ia tidaklah menarik sangat kerana sudah banyak negara di dunia ini dah ada pasukan ragbi wanita. Pasukan ragbi wanita Iran ini baru ditubuhkan 10 tahun yang lalu. Cuba korang tengok apa yang istimewanya tentang pasukan ini.


Percaya tak kalau diorang la yang main ragbi tu. Yang tengah angkat tangan tu la jurulatihnya.


Aku tak tipu kan diorang pakai camni kat Iran. Agak agak kalau wanita pasukan Itali tu jatuh, mesti sakit lebih. Kesiannya..


  
Bersiap sedia menuju padang perlawanan


Weeee.. Taula baju aku cantik. Tak yah la main tarik2.


Caraa dia...Nampak tak permainan disitu.. 


Agak agak kat Malaysia ada tak berlaku camni..? haha Kesimpulannya susah kita nak cari atlit wanita boleh tutup aurat mereka. Semuanya mesti pakai tight dan singlet. Penonton pun suka la tengok kan. Mengadap je kat depan TV tu. Lagi2 kalau game renang atau gimnastik tak pun olahraga. Papepun ni buat aku bangga kat negara dan pemimpin Iran. Dah la tak mudah tunduk dengan Amerika Israel malah lantang menentangnya lagi. Umatnya terdidik dengan undang undang Islam. Tak kisah lah ada orang cakap Iran tu Syiah ke hape, yang penting ia tetap Islam dan aku bangga dengan keberanian mereka.

Monday, August 16, 2010

Ini baru betul main bola - Tak puasa tak boleh main bola

Pemain bola sepak popular Iran, Ali Karimi yang turut digelar para peminatnya sebagai Maradona Asia, semalam telah dibuang oleh pihak pengurusan kelabnya, Steel Azin FC kerana dia didapati tidak berpuasa pada bulan Ramadan tahun ini. Dalam satu kenyataan menerusi laman web kelab itu, pihak pengurusan berkata, mereka terpaksa menyingkirkan Ali, 31, kerana dia tidak berpuasa pada Ramadan yang diwajibkan ke atas semua umat Islam kecuali golongan tertentu.




"Dia yang pernah menerima anugerah Pemain Terbaik Asia 2004 juga telah menghina pegawai-pegawai persekutuan bola sepak Iran dan penyelia pasukannya di Teheran," kata kenyataan kelab tersebut menerusi www.steelazin.comPenyingkiran itu dibuat selepas Ali dilaporkan mengkritik gaya pengurusan Pengarah Urusan Steel Azin, Mostafa Ajorlou, yang juga bekas pegawai pasukan elit Pengawal Revolusi Iran.


Pemain itu membuat kritikan menerusi wawancara di laman webnya. Namun, agensi berita rasmi Iran, IRNA melaporkan Pengerusi Kelab, Hossein Hedayati tidak mengetahui mengenai perkara itu dan membantah penyingkiran Ali yang juga penjaring ketiga terbanyak dalam pasukan kebangsaan.Ali yang pernah mengikat kontrak selama dua tahun di dalam liga utama Jerman, Bundesliga, turut menjaringkan empat gol menerusi 50 penampilan dengan kelab ternama, Bayern Munich.

Sunday, August 15, 2010

Lagi Kes Hina Islam di Facebook

Apa nak jadi dengan budak budak zaman sekarang ni. Makin lama makin teruk perangainya, makin sewel semua. Bila dah tahap mempermainkan hukum Allah dan agama Islam ini adalah sangat berbahaya. Kemungkinan besar boleh jatuh murtad. Nauzubillah.. Moga Salleh Gregor Samsa cepat cepat sedar akan kesilapannya dan bertaubat segera.

*Klik untuk tumbesaran


Saturday, August 14, 2010

Hati - hati ketika mengemas rumah, buang sampah dengan teliti, jangan terbuang bayi

Sedih betul bila tengok tv tadi. Bukan sedih sebab tengok cerita indon tapi sedih sangat bila tengok berita pasal kes buang bayi ni. Buang bayi okeh, bukan buang sampah. Dalam berita tu cakap dalam bulan puasa ni saja dah ada 3 kes buang bayi.. Tu belum campur tolak kira bahagi kes kes yang sebelum buang puasa lagi.Teruk kan. Apa kejadahnya manusia zaman sekarang ni. Memang kambing betul la manusia yang buang bayi masa bulan Ramadhan yang penuh mulia ni.. 




Sepatutnya bulan Ramadhan ni lah kita nak menambahkan amal ibadat dan memenuhkan kantung untuk di bawa ke akhirat kelak.. Tapi sebaliknya berlaku.. Tak takutkah mereka melakukan kerja dosa ni.. Kalau setakat ponteng kelas Weber tak pe lagi.. Ni dah kira membunuh makhluk Tuhan yang bernama manusia.. Aduyai manusia oh manusia.. Time ko beromen tak fikir pulak nak termengandung. Bila dah mengandung eh silap bila dah beranak tu ko tak fikir pulak macam mana nak jaga bayi tu. Kalau tak mampu nak jaga sendiri pun, bagi je la kat pusat kebajikan ke hape. Ni tak, boleh pulak kau pergi buang bayi tu kat dalam tong sampah tau pun dalam longkang. Tak ke babi kalau perangai macam tu. Bodoh sial. Monyet pun sayang kat anak. 


Memang patutla cadangan kerajaan untuk mengenakan hukuman mati kepada si pembuang bayi ni. Aku sokong seratus peratus. Kalau sebelum ini perogol je dikenakan hukuman mati, kes pembunuh bayi (nama yang lagi sesuai untuk kes buang bayi) patut dihukum mati juga. Hukuman seperti ini akan memberi peringatan keras kepada si pelaku supaya berfikir sebelum melakukan kerja terkutuk ini. 




Dan aku cadang lagi satu bila hukuman mati tu nak dilaksanakan, boleh la kita adakan di khalayak ramai. Baru la terkesan dengan hukuman tersebut. Kalau setakat buat kat penjara hanya sesetengah mungkin terkesan. Yang tak sanggup tengok tak yah datang melihatnya. Papepun pasti ramai yang akan datang untuk menyaksikannya dan golongan inilah yang akan mendakwah kepada masyarakat semua. Itulah yang dikatakan hukum hudud ini cukup sempurna. Ia merangkumi semua jenayah yang dilakukan dah hukamannya.

Wednesday, August 11, 2010

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD