matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Sunday, June 20, 2010

Artis Malaysia antara akhlak dan bakat??


BERITA penangkapan Saiful Apek mencetuskan kejutan di kalangan peminat dan teman-teman artis sendiri. Saiful Apek ditahan Ahad lalu bersama lima rakannya kerana memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja.Banyak respons terutamanya daripada rakan-rakan artis yang termenung dan terkedu mendengar berita tersebut.

Sebahagian mereka malah mengenangkan bagaimana dengan nasib Saiful Apek selepas dia dibebaskan kelak. Rupa-rupanya memang ramai yang sayangkan Saiful Apek dan bakat semula jadinya. Selain respons yang diterima daripada teman-teman artis, dapat juga info yang Diva sendiri korek daripada sumber pihak berkuasa.

Kontroversi mengaitkan penyalahgunaan dadah membabitkan Saiful Apek mendapat liputan meluas media setelah satu klip video membabitkannya tersebar di Internet beberapa tahun lalu. Saiful Apek ketika itu menjelaskan video itu hanyalah rokok biasa dan tidak ada kaitan dengan bahan lain. Tambahnya, klip itu berniat jahat dan mahu mencemarkan reputasinya.

Tuesday, June 15, 2010

Global Warming

Ramai yang mengeluh cuaca sekarang makin panas. Kepanasan matahari semakin terik terutamanya pada waktu tengahari. Kalau tak percaya cuba berdiri kat tengah padang. Tak yah kata setengah jam, 10 minit pun dah tak tahan. Ada yang mengaitkan kepanasan melampau ini balasan kepada manusia yang sering melakukan kerosakan pada muka bumi. Penebangan hutan secara berleluasa, pencemaran industri, penggunaan bahan bakar fosil yang tidak terkawal dan pelepasan gas rumah hijau adalah contoh kerosakan yang dilakukan oleh tangan manusia sehingga memberi kesan kepada bumi.

Disebabkan itu juga pelbagai cara manusia lakukan untuk mengurangkan kesan kepanasan ini. Bagi manusia yang tiap tiap hari kena sinaran matahari selama berjam jam seperti petani dan buruh kasar boleh la berhenti sebentar buat kerja. Tak tahu kat mana nak lepak, apa kata pakcik semua pekena air kat sini. Sure layan.. Setarbak kopi tu beb..bukan main2..konpem tercabar Starbucks lepas ni..hahaha

Bagi pengguna yang tak tahan dengan kepanasan laptop yang melampau disebabkan kesan global warming ini boleh lah cuba upgrade cooler pad masing masing. Mungkin anda perlu kreatif lebih sedikit seperti ini.

Tidak kisah lah mahu letak ais kat bawah laptop ke atau nak jadikan air cond sebagai cooler pad anda janji boleh sejuk dan laptop tak semput bila online..

Cerita World Cup dan kondom

Sesiapa yang berkunjung ke Afrika Selatan bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2010 diingatkan supaya berwaspada tentang virus HIV. Terbukti tuan rumah sudah bersedia di mana para peminat akan diberikan sejuta kondom percuma dan diberi kempen penerangan untuk melakukan seks yang selamat ketika tinggal di kamar Hotel masing-masing.
Kerajaan Afrika Selatan telah mengeluarkan dan memberi sejuta lebih kondom untuk para penonton piala dunia, 200 000 daripadanya telah diedar di Cape Town city centre. dan sekitar 160 000 kondom lagi akan diedar di hotel-hotel sekitar ibu kota Cape Town itu.
*kondom limited edition ~ 4 tahun sekali keluar hehe

Ini cerita di Korea Selatan. Jualan kondom naik 5 KALI GANDA  bbebb.. Pelik nak mampus.. Seronoknya diorang bila pasukan tanah air sendiri menang lawan dengan Greece hari tu.. Bantai  2 gol pula tu.. Baru aku tahu sebab bola pun diorang boleh ada nafsu dan mahu berseronok sampai ke tahap ini..haha Agaknya kat sana dah tak main gaya lompat lompat sambil memekik GGOOOOOLLLLLL...GGOOOOOLLLLLL... Mungkin semua tengah melompat sambil bogel..hahahhaha


Saturday, June 12, 2010

Salahkah taksub pada sukan bola?


Ada ulamak menyatakan tidak salah untuk minat pada dunia bola kerana ianya juga merupakan salah satu aktiviti riadah yang berfaedah. Namun para ulamak menegaskan kita yang harus mengawal aktiviti bola dan bukannya bola yang mengawal aktiviti kita. Kita juga dinasihati supaya tidak menjadi bodoh kerana bola. 

Uztaz Azhar daripada Terengganu menasihati para peminat bola khususnya dimusim WORLD CUP ini dapat mencuri masa untuk bertahajud ketika masa rehat ketika menunggu separuh masa kedua demi mendapat keredhaan ALLAH swt dalam aktiviti berhibur ini.

Para ulamak dan ilmuan Islam juga mengutuk segala usaha kerajaan yang menghalalkan judi bola dan meyifatkan sesiapa yang menghalal dan menyokong judi bola dihalalkan ini sama seperti menyokong syaitan laknatullah kerana judi yang haram ini sangat disukai oleh iblis laknatullah. 

Semoga WORLD CUP tahun ini dirai dengan sederhana dan jangan lupa kita semua bertahajud ketika waktu rehat dengan harapan kita tidak tergolong orang-orang yang rugi dan hanya mendapat hiburan bola semata-mata. Selamat Datang Tahajjud Sedunia.

Friday, June 11, 2010

Trak yang Cool

Thursday, June 10, 2010

Hikayat Merong Mahawangsa



Gila smart r filem ni..Gua tabik spring r kat KRU ni..Yang aku tahu filem ini ada shot dekat Pantai Bukit Keluang Besut..Tengok trailer pun dah macam gempak..Ada gaya macam cerita epik dari Hollywood mungkin..hahaha Tak sabar nak tengok filem ni..Cayalah KRU..Memang jauh beza dengan karya KRU sebelum ni filem Cicakman dan Duyong..Moga filem ini boleh diangkat ke peringkat antarabangsa kerana para pelakonnya bukan saja dari rakyat tempatan malah menggunakan khidmat pelakon luar..

Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han. Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?






Tuesday, June 8, 2010

Monday, June 7, 2010

Berus gigi untuk elak penyakit jantung

Orang yang mulutnya tidak bersih dan tidak menjaga kebersihan mulutnya mempunyai kemungkinan 70% yang lebih tinggi untuk menghidapi masalah jantung berbanding dengan orang yang memberus gigin sekurang kurangnya 2 kali sehari.


Nak tahu dengan lanjut cuba tengok kat sini. Nampaknya berbaloi lah ibu bapa menyuruh anak anak mereka menggosok gigi sejak kecil lagi.

Ayuh..Palestin memerlukan kita semua



Saturday, June 5, 2010

Lagi lambang Zionis Israel

Masih terdapat lagi lambang Yahudi di dalam laptop/desktop kita. Cari dan delete file ini. 

\Program Files\Microsoft Office\CLIPART\PUB60COR\ J0152690, J0212299, J0216600, J0237336






Friday, June 4, 2010

Malas nak fikir

PASANGAN yang mahu melangsungkan perkahwinan di Terengganu perlu menunjukkan kad jemputan untuk membolehkan mereka mendapatkan gula yang diperlukan bagi menjayakan majlis mereka. - Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU - Khabar gembira buat semua pasangan di negeri ini yang ingin melangsungkan perkahwinan tetapi sukar mendapatkan bekalan gula dalam jumlah yang banyak.
Ini kerana, mereka hanya perlu menunjukkan kad jemputan perkahwinan sebelum boleh membeli keperluan tersebut di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) di seluruh negeri.
Timbalan Pengarah PPDNKK negeri, Abdul Ghani Harun berkata, kad jemputan itu penting bagi memudahkan pihaknya mengagih-agihkan bekalan gula mengikut keperluan majlis.
"Kita tahu, ramai pasangan akan melangsungkan majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah ini dan sebab itu kita sedia bertolak-ansur untuk mengagihkan bekalan gula kepada mereka," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
p/s: Ketawa bila bangun pagi sambil baca berita.. Tak sangka betapa susahnya nak kahwin..haha Dah la penjual gula kena apply lesen yang berharga RM10.. Oh dunia hari ni memang pelik..

Thursday, June 3, 2010

Aku tak tahu nak letak tajuk apa


Baru berusia 2 tahun tapi sudah ketagih rokok.. Tengok gaya macam dah umur 20 tahun.. Tak tahan aku tengok..

Gambar yang disiarkan sebuah akhbar Britain menunjukkan Ardi Rizal merokok di rumahnya di Sumatera. 

 Ardi dilaporkan menghisap rokok sekurang kurangnya 40 batang sehari semasa berumur 18 bulan.. Gila kentang budak ni..haha

Dengar cerita ibu bapa kanakk kanak ini akan disiasat  oleh Kerajaan Indonesia. Tak tahulah apa kesudahan budak ni.. Kecil2 sudah main dengan rokok..besar nanti tak tahulah. Namun kita harapkan kanak kanak ini dapat menjadi normal kembali..

Tuesday, June 1, 2010

Delete Lambang Yahudi

Sebagai tanda membenci walau sekecil kecil hal berkenaan dengan Yahudi/Israel dengan apa yang berlaku marilah kita membuang lambang yang menyusup dalam microsoft office dengan search...
  
C:\ProgramFiles\MicrosoftOffice\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF




Musnahkanlah Zionis Israel



Hebat sungguh pergerakan Yahudi Zionis untuk menjajah umat Islam pada hari ni. Tidak cukup dengan tentangan tentera Israel ke atas penduduk Palestin, sekarang gempar pula berita serangan komondo Israel ke atas kapal Mavi Marmala yang membawa muatan berbentuk bekalan makanan, ubat ubatan dan bahan binaan untuk dihantar ke penduduk Gaza Palestin.


Jahat dan zalim sungguh Israel ini.. Konvoi ini bukannya membawa senjata tetapi bantuan kemanusian buat penduduk Palestin. Tindakan ini menunjukkan Israel sudah terdesak kerana seluruh dunia menyatakan sokongan mereka terhadap bumi Gaza yang telah lama ditindas oleh Israel. Selama ini, dunia telah disuapkan dengan berita yang telah ditapis oleh media yang secara jelas dikawal oleh Yahudi. Bangunlah wahai umat Islam untuk mengutuk tindakan Israel ini dan sama samalah kita menadah tangan memohon kemudahan khususnya bagi peserta konvoi bantuan keamanan dan amnya bagi seluruh umat Palestin dan Islam.


        

        



         
Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD