matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Sunday, June 20, 2010

Artis Malaysia antara akhlak dan bakat??


BERITA penangkapan Saiful Apek mencetuskan kejutan di kalangan peminat dan teman-teman artis sendiri. Saiful Apek ditahan Ahad lalu bersama lima rakannya kerana memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja.Banyak respons terutamanya daripada rakan-rakan artis yang termenung dan terkedu mendengar berita tersebut.

Sebahagian mereka malah mengenangkan bagaimana dengan nasib Saiful Apek selepas dia dibebaskan kelak. Rupa-rupanya memang ramai yang sayangkan Saiful Apek dan bakat semula jadinya. Selain respons yang diterima daripada teman-teman artis, dapat juga info yang Diva sendiri korek daripada sumber pihak berkuasa.

Kontroversi mengaitkan penyalahgunaan dadah membabitkan Saiful Apek mendapat liputan meluas media setelah satu klip video membabitkannya tersebar di Internet beberapa tahun lalu. Saiful Apek ketika itu menjelaskan video itu hanyalah rokok biasa dan tidak ada kaitan dengan bahan lain. Tambahnya, klip itu berniat jahat dan mahu mencemarkan reputasinya.

No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD