matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Sunday, August 22, 2010

Daripada korang tengok porn baik korang tengok stereogram, lagi mantap

Apakah itu stereogram?? Stereogram adalah suatu ilusi optik kedalaman yang biasanya diamati dengan membiarkan mata untuk fokus di belakang gambar (berbeza), atau kadang kadang di depannya. Okeh tak faham pun takpe, janji dapat tengok gambar ni secara 3d sudah la. 

Sebelum pape gua mahu 'up' sikit member gua yang memperkenalkan teknik ni. Terbaik dari ladang gua cakap lu dia ni. Siapa lagi kalau bukan abang farmasi yang hensem lagi hot iaitu Min. Panas bukan. Kalau tak panas sila kipas diri sendiri LOL...Siapa nak kenal dengan dia boleh cari dalam friend list fb gua. Buat Min harap2 lu tak baca blog gua ek. 

Okeh sambung balik. Gila jakun gua tak pernah tahu benda 3d cam ni. Tapi ok la tak sampai 15 minit gua dah power tengok..Tengok camtu pun dah tahu. Cehh poyo di stu..haha Gua tak mahu sembang banyak2, jom kita ushar gambar ni. Bagi yang jakun cam gua ni, yang tak pernah belajar cara nak tengok stereogram ni memang tak nampak apa pun selain corak2 yang merapu.Tapi yang sebenarnya gambar 3d yang ada dalam gambar di bawah ialah ikan lumba-lumba.


Masih tidak nampak? Mai gua story skit kat lu orang. Cara paling senang nak tengok benda ni ialah korang blurkan imej sebenar dengan tengok imej tu dekat2. Jangan sampai masuk dalam skrin tapi cukup sekadar hidung melekat di skrin. Pastu bila dah cukup blur, korang tarik muka korang slow2 dari imej tersebut pada masa yang sama tahap blur itu dikekakalkan. Secara perlahan2 korang akan nampak imej 3d yang timbul di depan imej sebenar itu. Jom kita cuba gambar2 yang lain pula :-)

Sudah dapat? Yang tak dapat cuba lagi. Kat atas ni gambar naga.

Ni pula gambar shark

Cuba jangan tak cuba. Ni gambar tupai.

Ni pula gambar singa.

Bukan gambar traktor tapi kapal terbang.

Mata dah cramp. Relax dulu nanti sambung balik. Ni gambar kamera Canon

Kuda ku lari gagah berani

Scorpion @ kala jengking

love. Do u love it? 

Kalau korang nak cari gambar yang lagi best boleh la rujuk kan pak cik google. Lagi menarik lu orang boleh generate sendiri imej 3d kat dalam website ni. Okeh selamat berhujung minggu dan berbuka puasa bagi yang boleh puasa. 


33 comments:

Anonymous said...

haha..tq ajar aku cara tgok benda nie..
gambar nie dah lama dah aku tau..tapi tak jumpa cara nak tgok..
skrang baru bleh...
p/s:tapi mata ku dah berpinau..

Anonymous said...

eh..cm ne nak blur kan..haha..adehh..sakit mato den nih dah...

contengconteng said...

dah tengok dah! tapi sakit mata sikit tengok kat skrin laptop. dulu slalu tampal kat dinding. best best!

Syifa Alshah (wutwut) said...

hiarghh!!
ku tak suka benda ni..
dah juling tau! grr~

ms.GrEEn said...

mmg aku rase mata aku dah sakit..aha..rupe2nyr mata aku ada ketumbit..padanla xleh nngok imej ape tuh...ahahah(cover baik punyer sbb gagal) satu pon xdapat..uhuhu

Unknown said...

shahniz~saya pun baru belajar benda ni..bila first time ddapat tengok suka gila..heheh

Unknown said...

misyamissyou~ ntah la.tak tau la nak cakap macam mana cara nak blur. sebab sesetengah orang ada cara masing2...

conteng conteng~hebatnya dah lama tau sal benda ni..saya umur 21 baru kenal benda ni..gila jakun..

elmo blurb~relax2..buat pelan2..tak nampak hari ni..boleh cuba esok pulak..jangan paksa mata..

ms.GrEEn~hah! kenapa ada ketumbit tu...skodeng ek..hahaha

HairiAks said...

Slmt x juling mata prince tengok.. tengok2 sama jer..hik3...

Wan Gerrard said...

Err juling sudah =P
camne bagi mata tak juling ni bro?
hahaha

laGenDA KodOk HijAU said...

ahh mata ku naik juling dan b lurr aaaaaaaaaahhh

Farina Redzuan said...

susah lar..sampai nak juling mata tengok benda nih..kat sek dulu selalu xlepas...

TrahAssan said...

haiyokkkkkkkk .

mata dah jadi macam ni >> @.@

Azwandy Bin Muhamad said...

berpina-pina mata den..huhu..
tapi best la....

diraja22 said...

klu sakit mata xpayah tengok kot..

HerNameIsWZ said...

aaa! dpt nengwok! dpt nengowk!
best! best!

Nas said...

tak jadik pon..2 jerk yang jadik..
len2 same jerk...
huhu :P

Nas said...

tak jadik pon..2 jerk yang jadik..
len2 same jerk...
huhu :P

wanz said...

perlukan masa, perlukan masa... tak dapat jumpa lg figure tu..nanti I jenguk lagi hihi

eima xara said...

sakit mata..huhu

Unknown said...

HairiAks~tahniah kerana dapat tengok...hahha

Wan Gerrard~aish2..sampai juling mata dibuatnya..teruskan usaha..cuba blurkan imej..bia benda tu nampak jauh...

kodok hijau the ghost writer~pelan2 kayuh bro..

Unknown said...

'Note' Circle of Life~boleh try pakai pakai spek 3d..mana tau jadi..hakhak

Trah Wann~jangan paksa mata..

Azwandy Bin Muhamad~lagi best kalau dapat tengok imej 3d tu...

diraja22~betul2...

Unknown said...

Wawa Zolkepli~tahniah2...

nas~ok la tu dapat dua...nanti jenguk lagi ek..heheh

wanz~datang la lagi...ngenge

eima xara~alala cianya..meh kita letak eyemo skit...hhehe

miss ice tea said...

huish..1 pn x pass nih..adekah saye yg tak normal?!
oh tidakk.. huhu

Jom Masak Channel said...

ok fine. mata aku naik juling try sume gmba kat atas ni. hehehe...jadik jugak la...b4 ni try wat kat utopia. tak pernah jadik...

aku suke yg love kat bawah tu...

Burungman said...

ehh.. adoi.. pening kepalo oden..

Hami Asraff said...

Gua pun baru tau ni. Memang pening.

hdn952 said...

info yang sangat bagus........

Gigi Besi said...

Menariknya , serius ! :D

Thanks so much !

Abang Menaip said...

Assalamualaikum, saya dtg lawat sambil follow blog yg bnyak informasi ni :D

Anonymous said...

There's certainly a great deal to learn about this issue. I like all the points you have made.

Feel free to surf to my weblog; plytki szczecin

Anonymous said...

I like the valuable info you provide in your articles.
I'll bookmark your blog and check again here regularly. I'm quite certain I'll learn a lot of new stuff right here! Good luck for the next!

Look into my web blog; plytki szczecin

Anonymous said...

I need to to thank you for this fantastic read!! I absolutely enjoyed every little bit of it.
I have you book-marked to check out new things you
post…

Feel free to visit my web page :: glazura szczecin

Anonymous said...

Pretty! This was a really wonderful article.
Thank you for supplying these details.

my web site ... plytki lazienkowe

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers