matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Sunday, January 31, 2010

Aku terima nikahnya...

sumpah kelakar gila bila tengok balik video ni..

Wednesday, January 27, 2010

Hero UiTM

Kenalkah kamu dengan wajah2 ini? Camkah kamu dengan uniform berwarna biru ini? Kalau kamu seorang budak uitm sejati pasti kamu amat mengenali siapa pakcik2 ini..apa yang pakcik2 ini buat...port lepak pakcik2 ni...


Ya, inilah hero uitm aka pakcik2 gad uitm yang macho, rajin etc.. dengan bantuan diorang semua ni lah yang membuat kan uitm sentiasa aman.

Jika kamu tidak pernah ditegur oleh pak gad Uitm, kamu tentu spesis pelajar yang agak skema..kamu pergilah tanya sesiapa pun pasti ada saja cerita menarik tentang pakgad2 ini..tidak kiralah cerita itu rekaan semata atau pun pengalaman sendiri atau pun cerita yang disampaikan dari senior ke junior.. antaranya begini...

"pak guard uitm shah alam...yg misai tebal warna puteh perot bulat2 tuh... sape knl????die da naek pangkat siot~dulu baju biru caer... now da kaler polis da... arituh tgh diri2 muke ganas.... dok betolkn bnda pangkat kt bahu die tuh....huahaha... bangga die kene promote..."

aku bukanlah anti sangat dengan pakgad2 ni tetapi kadang2 cara pakgad yang agak menjengkelkan yang malas aku nak ulas kat sini. aku tahu aku tidaklah sempurna dan aku juga bukan mahu memburukkan tugas mulia pakgad2 ni sampai nak buat group kat facebook PERSATUAN PEMBENCI PAK GUARD UiTM MALAYSIA


kalau masih tidak percaya bolehlah kamu jenguk kat sini. jika fasha sandha pun ada fan page 'I Hate Fasha' yang di'create' oleh peminat liarnya, pakgad2 juga mempunyai peminat fanatiknya. mungkin disini lah tempat mereka boleh meluahkan rasa sayang pada abang2 gad yang bermisai lentik tu..

Tuesday, January 26, 2010

Restoran yang selalu buka dan tak reti2 nak tutup

Setiap kali nak pergi makan kat luar ada orang mesti akan cari kedai yang agak ramai. mungkin diorang fikir makanan kat sini sedap kot sebab tu ramai customer konon..Padahal tak masuk pun lagi kedai tu..Biasa la tu kan..Tapi kalau dah ramai sangat pun tak best jugak..buat sakit hati je tunggu makanan tak sampai2..

Trend budak2 muda pula suka lepak kat kedai mamak..tak da tempat lain ke nak lepak..asal lepak je mesti kat kedai mamak..bila sebut pasal kedai mamak mesti orang cakap tengah melapak..(ada kaitan ke?)...haha Popular gak ek golongna mamak ni..Majulah mamak untuk Malaysia..wallwehh..

Bagi yang tengah mencari tempat lepak yang best aku cadangkan kedai ni..Mesti ramai gila orang lepak kat sini..Kalo korang tak percaya tengok nama kedai cukup la..Restoren Hari-Hari penuh..memang konpem la tempat ni ramai orang..silap2 ada je yang mabuk..hahah




Friday, January 22, 2010

Aaahh..biasa la tu..manusia kan..mesti la ada yang hati busuk

Kalau tanya sapa yang nak jadi artis mesti ramai yang angkat tangan.. alasannya nak jadi popular... cewwah..korang ingat best sangat ke jadi orang femes ni.. Tapi kan selalunya bila orang tu dah popular mesti senang dapat tempat di mata orang ramai..

Tidak kisah la jika kamu lelaki ke perempuan, kacak atau tidak,  cantik atau tidak, kaya atau tidak, rambut kerinting atau tidak, berbulu kaki atau tidak, perut buncit atau tidak, dada berbulu atau tidak, badan cam model atau tidak...apa2 pun jika kamu popular, orang ramai sudah semestinya kenal kamu..tapi, suka aku untuk ambil kata-kata seorang kawan aku..

"muka cantik mana pun, seksi mana pun, popular macam mana pun..dapat beg LV sekalipun..kalau dia kentut, busuk juga.."

Siapa yang tak kenal dengan gadis seksi ini..boleh katakan dia ni primadona baru melayu la jugak..aku pun tak tahu betul ke tak,main tibai je ni..agak2 cam betul kot..haha



memandangkan Fasha Sandha adalah seorang yang popular, jadi dia sudah semestinya mempunyai fan page dia sendiri.. dan pastinya beribu-ribu orang mahu jadi peminat dia..disebabkan oleh populariti yang terlampau, jadi secara tidak langsung dia ada fan page yang baru di facebook.. bukan calang-calang fan page..



Yang lagi tak blah 20000 org benci kat dia..kesiannya si Fasha Sandha ni...sob3...pada aku dia ni semuanya cukup..cukup lawa, cukup seksi, cukup menggoda, kain baju cukup2 j..n then memang cukup ramai orang yang tidak berkenana dengannya..agak2 sape la yang dalam 20ribu orang tu..aduyai..



Tuesday, January 19, 2010

Siapa yang tak kenal dengan David Beckham boleh tengok kat sini..

Sudah ramai yang mengetahui bahawa bintang bola sepak antarabangsa, David Beckham adalah berbangsa Yahudi walaupun tidak kelihatan imej-imej keyahudiannya di khalayak ramai. Tetapi beliau tidak dapat menyembunyikan identiti Yahudinya apabila menghadiri upacara pengekebumian datuknya, Joe West di tanah perkuburan Golden Green, North London. Beckham hadir bersama isterinya Victoria Beckham sambil memakai yarmulk biru iaitu ketayap kecil orang Yahudi.









Aku rasa dah berapa kali duk maen tukar2 tajuk entri ni..Pecah kepala siud...


Di suatu ketika dulu, senior aku mat (bukan nama sebenar) pernah pesan masa mula2 aku masuk UiTM dulu..

"ko jgn marah2 sgt pak guard tu.. kita bdk U, sebab pak Guard tu bodoh ar dia jd pak Guard kl x, maybe dia jd lecturer or lebih dr itu...hahaha...." 

Disebabkan aku tak faham maksud si Mat tu, aku buat bodoh j...(bukan aku bodoh la weh)..tambah2 lagi budak baru macam aku masa tu yang ala-ala nerd skit ni.. mana la tau apa2 sal uitm ni..yang aku tau masuk Uitm ni kena pergi kuliah selalu, result exam kena gempak2 pastu boleh dapat kerja yang cam bagus la sangat..haha

tapi bila dah 3 tahun kat uitm ni, aku mula faham akan kata2 si Bro Mat tu..pergghhh..mcm siud j..msti bro mat ni pernah ada skandal ngn pak guard uitm ni.. AWAS..NI BUKAN HUBUNGAN SEJENIS TAU!!

kalau korang pernah belajar kat uitm baru kau tau macam mana perangai si pak@mak guard..korang jangan salah faham plak..bukan aku nak label pak guard uitm ni smph ke ape..ternyata ada je yang baik dan aku memang faham pun itu dah tugas diorang..caya la pak gad semua..haha

TAPI kadang2 aku n da geng  rasa sesetengah tindakan pak gad tu macam ntah pape..yang paling ketara sekali bab saman menyaman..memang pro r diorang ni..huuhhh..aku siap ingat lagi member aku cakap..

"wahai pak gad sekalian...!!!!!teruskn misi anda menyaman students uitm.....kumpul duit byk2,beli moto besar putih byk2....bru bole bawak n wat idong kembang....hahahha"

konpem berdarah telinga pakgad kalau dengar ada budak senang2 j sound dia macam ni...



p/s: cukupla dulu setakat ini..nanti kita terjah lagi...wallawehhh..


Jangan lupa sesungguhnya semua manusia mempunyai tanggungjawab masing2.. 


Sunday, January 17, 2010

The Power Of Gold That Not Many People Know

Memang tidak dinafikan bahawa yahudi telah menguasai kebanyakkan emas di dunia ini melalui Akta Federal Reserve yang ditandatangani oleh President Woodrow Wilson pada tahun 1913. Pada masa tu semua emas mestilah diserahkan kepada Federal reserve bank (yang merupakan bank persendirian yang dikuasai oleh Yahudi laknat seperti Rothchilds, Rockefeller, J.P. Morgan. Colenel House, Krupp, dan beberapa lagi Yahudi yang kaya raya) untuk ditukarkan kepada satu bil tender yang skang dikenali sebagai dollar US.

Emas pada masa tu mestilah diserahkan kepada federal reserve dan sesapa yang simpan emas akan kena penjara dan denda. so semua orang kat US tukar emas kat ferderal reserve dan simpanan emas kat yahudi2 laknat tersebut bertambah...

Pada 2 tahun kemudian, kertas tender bill berkenaan telah dijatuhkan nilainya sebanyak 41% dimana masa awal2 tukar emas nilainya 1 tender bill tu bersamaan satu auns emas. tetapi nilainya telah dijatuhkan sebanyak 41% dimana tender bill tersebut tak dapat lagi beli emas sebanyak 1 auns

Dalam al-Quran menyatakan barang berharga bagi manusia mengikut keutamaan di bawah adalah

1. Makanan
2. Emas
3. Perak....

Tetapi kita dimomokkan oleh Yahudi duit adalah perkara paling berharga pastu platinum pastu berlian.....

Wake up Muslims..

Saturday, January 16, 2010

Keputusan Liga Super 16 Januari 2010





Beza Tuan Guru Nik Aziz Dan Anwar Ibrahim


Politik sekarang dan masa depan adalah bukan melawan orang dengan menggunakan kuasa atau wang tetapi sebaliknya memerlukan politik ketelusan, politik perjuangan rakyat, yang dapat merangsang rakyat.

Kita ambil contoh tentang sejarah Negara India. Kalau perjuangan Parti Kongres India melawan British dengan kekerasan mungkin mereka tidak berjaya dan mungkin membawa porak peranda kepada India. Tetapi mereka melawan atas dasar kemanusiaan Mahatma Ghandi. Tetapi Parti Kongres India tetap dengan kepimpinan yang ada. Misalnya Perdana Menteri, kalau menang nanti ialah Nehru.

Begitu juga pandangan tentang perjuangan Pakatan Rakyat. Jadi soal siapa menjadi Perdana Menteri, itu soal lain dan saya percaya tidak ada siapa pun nak pertikai kalau Pakatan menang Datuk Seri Anwarlah yang jadi ketua, pada lazimnya. Orang tidak akan bimbang soal Anwar.

Dan Tok Guru Nik Aziz dilihat sebagai Pejuang Spiritual kerana beliaulah yang melambangkan perjuangan kita. Orang yang tidak mementingkan kekayaan, tidak mengamalkan rasuah, mementingkan nilai-nilai agama dan beliau melambangkan segala-gala yang kita perlu ketengahkan dalam melawan gergasi tua bernama Barisan Nasional ini.Jadi inilah reformasi, revolusi Malaysia mestilah berasaskan kepada ini. Mungkin juga ini salah satu cara memperkukuhkan PAS kerana akhirnya bagi politik semenanjung, ialah politik Melayu.

Memanglah Umno sudah lama hendak rosakkan Tok Guru Nik Aziz kerana beliaulah yang memenangkan Kelantan selama 20 tahun. Jadi Umno kena usahalah. Usaha nak jatuhkan Tok Guru Nik Aziz dah berlaku lama. Tapi apa pun yang Umno lakukan, imej Tok Guru kekal, penghormatan rakyat kepada beliau kekal.UMNO mungkin boleh jatuhkan Datuk Seri Anwar dengan memburuk-burukkannya.Tapi bagi Tak Guru susahlah.

Adakah kita tahu dan sedar atau masih lagi dilamun mimpi di siang hari? Catatan suatu pengalaman seorang muslim

Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. That's a fact!) Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya.

Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek... astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya.

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku.. wakakaka..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid..Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup2 aik,.awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah..gereja Kristian rupenye.

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku kat kedai buku..Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya..risau gak kalu jadi camni kat M’sia.

Di tengah tengah bandar Bandung juga terdapat sebuah geraja yang dinamakan "rumah Allah"...mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi Malaysia mengamalkan demokrasi-sekular!





Gereja "ALLAH"...Na'uzubillah min zaalik...


Ya Allah, selamatkanlah akidah umat Islam hari  ini dan terus teguh dengan agama-Mu. Amin.


p/s: Dipetik dari blog Dr Zul Kulim

Liga Super Perlis VS Kelantan

Berdasarkan rekod Liga Super 2009, Perlis menjinakkan Kelantan 2-0 di sini, kemudian menang 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur ketika Kelantan terpaksa beraksi di stadium itu kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membenarkan Kelantan menggunakan Stadium Sultan Muhammed Ke-1V di Kota Bharu ekoran insiden luar jangka. Dalam kempen Piala Malaysia pula, di peringkat separuh akhir, Kelantan menundukkan Perlis dengan kelebihan 5-1 apabila menang 2-0 di tempat sendiri dan menjinakkan tuan rumah 3-1 di sini. Kelantan yang mula bertemu rentak dengan kemenangan pertama, melihat bukan mudah untuk membawa pulang tiga mata penuh dari Kangar ketika turun menentang tuan rumah dalam perlawanan Liga Super, malam ini. Selamat berjuang untuk The Red Warriors !!!

12 Feb 2010..Najib akan mencatat sejarah di Puncak Alam

Menurut notis dan memo dari pihak HEP UiTM Puncak Alam yang ditampal di depan lif kolej mengarahkan para pelajar untuk memastikan keberadaan di kampus pada 12 Feb..Ini kerana PM 1Malaysia DS Najib Razak akan menghadirkan diri ke UiTM P.Alam buat pertama kalinya bagi merasmikan kampus cawangan UiTM yang baru ini.

Hari itu nanti bukan saja mencatat sejarah buat UiTM sendiri kerana dibuka secara rasminya bahkan ada sesetengah berpendapat kehadiran DS ke sana nanti akan mencetuskan kontrovesi kerana kawasan P.Alam ini amat sinonim dengan DS yang dikaitkan dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya yang mana lokasi pembunuhan mangsa berada berdekatan saja.

Apa mungkin PM Najib akan menghadirkan diri ataupun akan mengelak untuk menjejakkan kaki ke sini?? Persoalan ini aku tinggal untuk kita semua dan sama-sama kita tunggu jawapan pada 12 hb nanti... :-)



p/s: Tengok tu..Najib sendiri cakap student Farmasi memang baguih....wakaka..1Malaysia

Friday, January 15, 2010

Gerhana di antara kalimah Allah












hARu HaRu - biG BaNg

Finally i realize that i am nothing without you
i was so wrong,forgive me
my broken heart like a wave
my shaken heart like a wind
my heart vanished like smoke
it can't be removed like a tattoo
i sigh deeply as if a ground is going to cave in
only dusts are piled up in my mind
i thought i wouldn't be able to live even one day without you
but somehow i managed to live on than i thought
you don't answer anything as i cry out "i miss you"
i hope for a vain expectation but now it's useless
what is it about that person next to you, did he make you cry?
dear can you even see me, did you forget completely?
i am worried, i feel anxiety because i can't get close nor try to talk to you
i spend long nights by myself, erasing my thoughts a thousand times

don't look back and leave
don't find me again and live
because i have no regrets from loving you
take only the good memories

i can bear it in some way
i can stand in some way
you should be happy if you are like this
i become dull day by day

oh girl i cry,cry
you're my all, say good bye

if we pass by each other on the streets
act like you didn't see me and go the way you were walking to
if you keep thinking about our past memories
i might go look for you secretly
always be happy with him, i won't ever get a different mind
even smallest regret won't be left out ever
please live well as if i should be jealous
you should always be like that bright sky, like that white cloud
yes, you should always smile like that as if nothing happened

don't look back and leave
don't find me again and live
because i have no regrets from loving you
take only the good memories

i can bear it in some way
i can stand in some way
you should be happy if you are like this
i become dull day by day

i hope your heart feel relieved
please forget about me and live
those tears will dry completely
as time passes by
it would've hurt less if we didn't meet at all
hope you will bury our promise of being together forever baby
i pray for you

don't look back and leave
don't find me again and live
because i have no regrets from loving you
take only the good memories

i can bear it in some way
i can stand in some way
you should be happy if you are like this
i become dull day by day

oh girl i cry,cry
you're my all, say good bye, bye
oh my love don't lie, lie
you're my heart, say good bye

Tengku Faris imamkan solat hajat di stadium



Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali. Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat. Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.


Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir.


Sedangkan sebelum ini padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ. Malam tadi suatu kelainan disaksikan sepanjang PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun. Sebelum itu solat Maghrib diimamkan mufti dan Ketua Hakim Syarie pula mengimamkan solat Isya.


Biar pun kehadiran pada program itu tidak mampu menandingi program politik dianjurkan PAS dan Pakatan, namun suatu kelainan dirasakan apabila ia turut dihadiri Pemangku Raja. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.


“Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan. “Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat. “Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan,” katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut.

Monday, January 11, 2010

Anugerah Juara Lagu




Malam tadi berlangsungnya AJL ke 24 di Stadium Putra Bukit Jalil yang dihoskan oleh Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar. AJL kali kali ini agak unik kerana lagu yang dipertandingkan tidak mengikut kategori Balada, Pop Rock ataupun Etnik Kreatif. AJL 24 membawakan 14 buah lagu sebagai taruhan oleh 13 orang artis yang mmenjadi rebutan ternyata sengit berikutan tiada kategori. Anugerah tahunan yang berprestij kali ini hanyalah menawarkan Anugerah Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik, Tempat Ketiga, Naib Juara dan Juara. Dan pemenangnya adalah....

  • Vokal Terbaik: Aku Rindu Sayang Kamu - Black
  • Persembahan Terbaik: Kau Aku - Aizat
  • Tempat Ke 3: Bercinta - Faizal Tahir
  • Naib Juara: Dan sebenarnya - Yuna
  • Juara: Pergi - Aizat

Sunday, January 10, 2010

Indie Band of Broad

Dulu aku ingatkan bila kita duk kat bandar ni semua kemudahan senang termasuklah nak akses internet. Tidak kira la pakai streamyx ke perkhidmatan jalur lebar ke P1WiMax ke dan banyak lagi. Tapi datang je puncak alam ni nak akses internet pakai perkhidmatan jalur lebar aka broadband ni asyik perlahan je dan kadang-kadang memang tak dapat nak akses. Contohnya macam ni. Kadar muat turun hanya lah telur ayam atau itik (0 bps) pada pukul 8 malam.



Kalau nak diikutkan dah capai tahap HSDPA yang biasanya laju tapi kat Uitm ni memang agak hampeh. Aku tak tahu la kenapa susah sangat nak dapat download speed yang memuaskan. Kalau kat rumah aku yang tak berapa bandar sangat tu kira logik juga la kadar kelajuannya rendah. Tapi ini Bandar Puncak Alam dekat dengan Shah Alam atau Klang. Sungguh mengecewakan sekali.. Nak dijadikan faktor mungkin juga pengguna Celcom Broadband kat Uitm Puncak Alam ni dah ramai sampai semua berebut untuk mengakses internet pada waktu yang sama. Barangkali juga kadar kelajuan muat turun data berbeza bagi setiap pakej yang dilanggan. Yang pakej mahal dapat laju skit kot, dan yang murah skit terpaksa menunggu dan tekan reload banyak kali sampai boleh tekanan dibuatnya.

Upgrade the service please...

Saturday, January 9, 2010

Tidak menang dan kalah

Aku sungguh- sungguh berharap The Red Warriors beroleh kemenangan dalam perlawanan pertama pada malam tadi tapi hajat tidak kesampaian. By the way nasib baik tidak kalah dan hanya mampu seri menentang pasukan Terengganu.

Kenapa ADA 1Malaysia??

Tirai Liga Super 2010 akan bermula pada 9 Januari ini. Bagi pasukan negeriku Kelantan telah bersiap sedia dengan barisan pemain baru dan lama dalam mencapai target membawa pulang ketiga- tiga piala. Buat perlawanan pertama Kelantan akan berkunjung ke Terengganu dalam usaha memulakan kempen Liga Super dengan kemenangan.
Tahun ini juga Kelantan menganjurkan Tahun Bola Sepak Kelantan bagi mencari bakat- bakat baru bola sepak dan secara tidak langsung mencetuskan fenomena yang boleh dikatakan luar biasa. Namun di sebalik keghairahan tersebut ramai di kalangan peminat Red Warriros berasa agak terkilan juga dengan rekaan jersi baru bagi pasukan Kelantan musim ini. Kenapa ek..?


Ni jersi musim lepas 2009.



Jersi musim 2010 yang masih dalam proses



Dan ini dia jersi yang bakal dipakai oleh The Red Warriors pada musim kali ini. Yang atas itu untuk 'home' dan yang bawah tu untuk 'away'. Cantik bukan? Bezanya yang kat atas tu adalah logo 1Malaysia.



Tidak dinafikan memang ramai yang tak berkenan pasal kenapa la ada logo 1Malaysia kat dada tu. Aku sendiri pun tak faham. Tak tahu la sebab pengurusan ke sebab dasar kerajaan. Tapi tak kisahlah janji main biar hebat. Kalau nak dibandingkan dengan jersi yang terdahulu ada la juga corak- corak batik yang mana bolehlah kita tonjolkan keunikan Pasukan Kelantan. Jersi musim ini diubah dengan corak ala- ala papan dam haji menunjukkan rekaannya seakan- akan 'outdated'. Kesimpulannya jersi musim lepas lebih baik,unik, kemas dan beridentiti rekaannya.

THE RED WARRIORS
GO MORE 
KELATE 
GO MORE

Kristianisasi Secara Diam


Mengapakah Komplek Gereja Kristian Terbesar akan dibina di Shah Alam di tengah-tengah kawasan yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu yang beragama Islam? Adakah gereja ini akan digunakan nanti sebagai pusat mengkristiankan orang Melayu? Seperti yang kita sedia maklum sudah ada beberapa gereja seperti di Jalan Gasing, Petaling Jaya (berhampiran EPF) yang dibina khas untuk mengkristiankan orang Melayu. Ramai lagi yang akan murtad nanti kalau kita tidak tingkatkan bantahan kita.

Keputusan kerajaan UMNO-BN Dr Mahathir meluluskan pembinaan komplek gereja di Shah Alam tersebut di tengah-tengah kawasan Melayu tidak menghairankan. Bukankah Dr Mahathir , Hamid Othman dan pemimpin UMNO yang lain sentiasa memehak kepada orang-orang Melayu yang telah murtad. Gereja terbesar di Asia itu telah dibenarkan oleh kerajaan Dr Mahathir untuk dibina ditengah-tengah kawasan Islam tetapi disebaliknya pula kerajaan UMNO-BN telah merobohkan satu surau kecil di pangsapuri Pandan Perdana, Ampang Kuala Lumpur dengan alasan, antara lainnya, kerana surau tersebut dibina dikawasan perumahan yang majoriti penduduknya terdiri dari kaum Cina.

Dan kerajaan UMNO-BN dikatakan sudah pun meluluskan cadangan Malaysia Airports Berhad untuk merobohkan Masjid Lapangan Terbang Subang atas alasan hendak membina sebuah Convention Centre bagi Terminal 1 Subang Airport. Mengapa Convention Centre tersebut dibina di lapangan terbang Subang dan tidak pula di KLIA seperti yang sepatutnya. Desas-desus mengatakan niat sebenar kerajaan Dr Mahathir hendak musnahkan rumah Allah ini adalah kerana masjid ini merupakan antara masjid-masjid yang sangat aktif dalam menjalankan aktiviti dakwah Islamiah dan telah terus, tanpa takut dan gentar, mengadakan ceramah-ceramah oleh ulamak-ulamak yang inginkan pemerintahan Islam walau pun telah diberi amaran berulangkali oleh pihak berkuasa.

Dengan gejala murtad ini semakin berleluasa maka dipetek dibawah ini sebahagian dari rakaman kaset ceramah mengenai pendedahan ajenda Kristian untuk murtadkan orang Melayu yang diberi oleh saorang bekas Paderi kristian Melayu, En Salleh bin Omar agar dapat kita semua bayangkan dengan lebeh jelas lagi ancaman yang dihadapi oleh agama Islam kita, dan ancaman ini, terutamanya ancaman murtad menjadi begitu serius kerana Islam di Malaysia punyai musuh dalam selimut. Musuh Islam dalam selimut itu adalah Dr Mahathir dan UMNO.

(Ceramah En Salleh bin Omar, bekas Paderi)
Nama saya Salleh bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan emak saya berasal dari Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya menetap di Kedah, di Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Kami terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum, dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.

Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, iaitu dari Kuala Lumpur, bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di Seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing yang dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).
Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia. Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong Wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama satu bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua pendakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit $1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.

Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat. Jumlah Melayu seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk negeri Perak dan Johor , di Perak di Manjoi dan Rapat Setia. Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). Perempuan - berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.
Cara-cara berdakwah. Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan). Didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum, seminggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap, dan mendengar azan macam meletup telinga. Hal dakwah Islam tidak mahu.

Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak , Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja.

Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victotia Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian- susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari). Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku  Kursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian: 1). Desakan hidup 2). Kurang agama (Kaset ceramah bekas Paderi, En Salleh Omar maseh ada dijual)

En Salleh Omar lah yang telah menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Nor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar pada tahun 1982.
Setelah bertaubat dan kembali kepada Islam, En Salleh Omar telah dapat menarik semula 300-400 orang kembali kepada Islam. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian.

Paderi Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan paderi itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. En Salleh Omar telah menceritakan bagaimana selepas mesyuarat 3 hari beliau hantar 6 orang pendakwah dan , tidak sampai sebulan 400 orang Melayu telah masuk Kristian di Melaka. Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah, dan dengan rock-pameran di kapal-kapal.

Cara untuk masuk Kristian Mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan) En Salleh telah beri penerangan kepada 1. Polis Bukit Aman 2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Seorang lagi bekas paderi Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat: 1). Tidak boleh hisap rokok 2). Tidak boleh minum arak 3). Tidak boleh makan benda-benda berdarah 4). Tidak boleh kahwin.


Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka didapati ada lesen. Ketua paderi Kamaruddin Hj Ahmad akui tiga negeri tidak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu. Pendakwah Kristian pernah dipukul hingga patah tangan.


PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KEPADA ORANG ISLAM KITA


copy from RAKYAT MARHAEN

Friday, January 8, 2010

Hadiah Pak Najib 2010

  • Harga gula naik 20 sen dari RM1.45 (harga di semenanjung untuk 1kg)
  • Bulan Mei akan datang kerajaan memperkenalkan mekanisme baru untuk harga minyak. Naik lagi le tu.. Dah la minyak RON95 pun diragui keberkesanannya.
  • Hari ni PM Najib dah bagitau akan umum kadar harga baru tol.
  • Lepas ni apa pulak nak naik harga.. Mungkin tarif elektrik ke, beras ke.. Dah la biasiswa JPA tak masuk lagi ni. Masalah tol la..

Sudah 4 gereja dibakar

Aku bukan memihak kepada sesiapa dan tidak puala mahu menuding kepda mana- mana puak tentang insiden ini. Tapi hal ini jelas menunjukkan ada sesetengah manusia bernama rakyat Malaysia yang sengaja mahu membangkitkan sensitiviti agama lantas mencetuskan 'religous war'. Mereka ibarat menyimbah minyak petrol ke atas api memandangkan isu kalimah Allah sedang hangat dibahaskan. Sedang ramai yang tengah sibuk mempertahankan hak agama Islam tetapi ada pula tangan- tangan kotor yang memainkan isu agama. Semua pihak seharusnya jangan cepat melatah dan membuat penilaian ke atas insiden ini. Walaupun suasana kini darah orang Islam panas, tetapi jangan ada yang terus menuduh sesuka hati dan meletakkan kejadian ini dalam tanggungjawab orang Islam. Sesiapa juga cuba mengaitkan dengan orang Islam akan memburukkan lagi keadaan. Namun dapatkah orang Islam dapat lari dari terus dituding..??

Sejuk Yang Mudarat

Aku ada terbaca dalam satu artikel yang menyatakan amalan minum air sejuk boleh menyebabkan serangan Jantung.  Mengikut apa yang ada dalam kepala otak aku ni tak tahu la sejauh mana kebenarannya. Akan tetapi secara logiknya mungkin ada kebenaran di situ. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan.Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan...Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Beringat sebelum kena!!

Kalau Teksi Malaysia Hebat

Agak- agak bila la Malaysia nak ada teksi yang cm gini..haha (mmg xkan ada kot aku rasa).. Tambangnya saja sudah berapa...

Siapa punya angkara gereja dibakar?

Walaupun negara kita sekarang dilanda pelbagai isu yang menjadi perbualan hangat rakyat marhaen lebih-lebih lagi berkenaan dengan keputusan mahkamah yang telah membenarkan Majalah Herald keluaran gereja untuk menggunakan istilah Allah bagi menggantikan istilah God dalam bahasa Melayu.

Banyak pandangan yang dikemukakan oleh ulamak, ahli akademik dan rakyat jelata berkenaan dengan isu ini. Banyak yang menentang keputusan mahkamah dan ada juga yang tidak membicarakan tentang keputusan mahkamah tetapi sebaliknya menyatakan agama samawi boleh menggunakan nama Allah seperti yang berlaku pada zaman Rasullullah saw.

Masing- masing dengan pandangan mereka dan aku juga tidak mahu mengulas panjang kerana tidak terlalu arif dalam hal begini dan perlu belajar lagi. Namun berita mengejut hari ini tentang sebuah gereja di PJ kalau tidak silap aku telah terbakar ataupun memang sengaja dibakar oleh pihak yang sengaja mahu mencetuskan perbalahan agama.

Islam sendiri tidak mengajar bahkan melarang umatnya dari memusnahkan rumah ibadat bukan Islam. Adakah hal ini sama dengan puak- puak laknat yang membakar masjid dan pusat- pusat Islam di US, Britain dan negara Barat lain. Kita harap puak yang membakar gereja itu bukanlah orang- orang upahan atau mereka yang dihasut dengan penggunaan kalimah Allah oleh Majalah Herald The Catholic Weekly.

Samalah kita memahami apa yang berlaku dengan hikmahnya. Insyaallah.



Kereta Volvo ke Camry yang lagi kuat


Ini semua kereta buatan luar negara yang mana jenama Volvo berasal dari benua Eropah dan lebih tepat lagi negara Sweden. Manakala jenama Toyota yang berasal dari negara matahari terbit iaitu Jepun yang merupakan syarikat pengeluar kenderaan No 1 di dunia buat masa kini.
Apa yang aku lihat dan tahu kereta jenama Volvo jauh memiliki ketahanan yang tinggi yang mungkin setaraf dengan kerata jenama Merc berbanding dengan kereta yang lain. Dan tidak perlulah kita membandingkan dengan kereta jenama Malaysia tidak kiralah sama ada Proton ataupun Perodua kerana kereta tempatan memang direka khas tidak sekeras kereta luar negara atas aspek risiko kemalangan dan kos pembuatan yang lebih rendah.
Entri ini berkaitan dengan kemalangan yang berlaku kepada bekas MB Perak DS IR Nizar Jamaluddin di mana kerata Camry kelabu yang dipandunya telah melanggar bahagian depan sebelah kanan kereta Volvo berwarna emas yang keluar secara tiba-tiba.


Sampai terbalik dibuatnya..Dasyat sungguh

Kemek sikit aje..

Nasib baik DS Nizar selamat..

Buat duit dengan blog

"Buat duit dengan blog"... Ramai yang suka berkata sebegitu dan ada juga yang tak tahu apakah itu blog sebenarnya. Tetapi ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana buat duit dengan blog? Aku pun tak tahu sebenarnya macam mana dengan hanya blog kita dapat menghasilkan pendapatan sampingan.. Tapi tidak dinafikan juga ramai blogger yang dah otai kat luar sana mampu menjana pendapatan sampai mencecah ribuan ringgit Malaysia.

Sebagai contoh blog seorang minah ni, nama dia Hanis Zalikha. Orangnya masih muda, cantik, hot dan boleh dikatakan 'famous' jugalah kerana blog beliau inibelogsaya.blogspot.com mempunyai peminat hampir 6 ribu orang. Dan baru- baru ini sisipan berita harian dan kosmo ada mengeluarkan artikel berkaitan dengan dirinya yang dikatakan mampu menjana pendapatan melalui blog. Ishsh2..hebat la kalau macam tu dah monthly dia cakap boleh dapat sampai RM3000. Sampai masuk paper lagi tu dan tidak hairanlah blog beliau sentiasa menjadi tumpuan muda mudi.

Beralih kepada menjana pendapatan melalui blog ini, aku sendiri pun belum pasti bagaimana caranya dan masih tertanya- tanya apa yang patut kita buat dengan blog ni. Ada yang cakap kena ada produk sendiri la, pastu promote kat blog kita..kira macam online promotion rasanye. Dan ada juga cakap suruh join member sebagai google adsence..Yang ni aku memang tak tahu macam mana caranya..Tapi yang penting aku nak cuba belajar tentang iklan kat blog. Mana la tahu boleh dapat duit lebih..hehe Apa yang penting kena ada usaha dan kerja keras la.

Thursday, January 7, 2010

Najib 1Malaysia



credit to ikutsukakau.blogspot.com

Sunday, January 3, 2010

Hepi New Year




PAYA MAT INSUN: Seorang bekas pencuri motosikal yang ditemui di sini menyatakan dia tidak pernah terfikir enjin jet juga boleh dicuri.Jika dia tahu enjin jet boleh dicuri,sudah tentu dia tidak perlu mencuri motosikal selama ini.Lebih baik dia mencuri enjin jet kerana dengan sekali curi sahaja tak perlu lagi buat bersusah payah untuk buat kerja mencuri.Habuan yang diperolehi boleh menyara tujuh keturunannya.

Beliau yang sebelum ini melakukan rutin mencuri motosikal di sekitar kampung di sini juga pernah mencuri lembu sebanyak 8 kali.Namun kelapan-lapan kali dia kantoi.

Tambah beliau lagi,mencuri enjin jet juga selamat kerana tiada siapa yang akan tertangkap dan didakwa walaupun setelah 2 tahun enjin jet itu dijual kepada pembeli di luar negara.Beliau yang kelihatan terkejut dengan berita enjin jet dicuri telah menghubungi beberapa rakannya yang juga pakar pecah rumah untuk memberi idea bernas ini kepada mereka.

Selepas ini beliau bertekad untuk menganjurkan kursus mencuri enjin jet di seluruh negara berdasarkan konsep 1 Malaysia.

-TAKBERNAMA

Saturday, January 2, 2010

dialog cinta zaman sains & teknologi

Kiriman pada Monday, February 16 @ 20:54:14 EST oleh Dino

adam_zam writes ">
>
>
> Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah
> jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.
> Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??


>
> Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada
> kekasih baru untuk menjalankan tindak balas
> penggantian ke atas diriku.
>
> Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis
> lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih
> lagi unsur dan bukannya sebatian.
>
> Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar
> songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
>
> Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
>
> Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana
> penyelesaian yang kau berikan masih lagi
> belum sahih.
>
> Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga
> di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan
> cinta yg kau berikan.
>
> Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui
> bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-
> janji manis yg bergerak secara rawak.
>
> Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui
> proses pencaran dan perolakan.
>
> Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh
> perkahwinan kita mengalami rintangan?
>
> Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras
> untuk mengurangkan rintangan itu.
>
> Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
>
> Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya
> nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop
> cahaya.
>
> Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih
> aktif dan bertindak balas dengannya.
>
> Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi
> dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian
> segi tiga untuk menyelesaikannya.
>
> Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan
> arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?
>
> Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu
> dalam bentuk lazim.
>
> Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah
> tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg
> seragam.
>
> Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5
> dari iman.
>
> Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!
>
> Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau
> belum mendarabkannya dengan 6x10'23.
>
> Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan
> ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku
> akan mengalami hemolisis.
>
> Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami
> plasmolis.
>
> Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan,
> tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan
> aku sendirian........
Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD