Friday, January 8, 2010
Sudah 4 gereja dibakar
Aku bukan memihak kepada sesiapa dan tidak puala mahu menuding kepda mana- mana puak tentang insiden ini. Tapi hal ini jelas menunjukkan ada sesetengah manusia bernama rakyat Malaysia yang sengaja mahu membangkitkan sensitiviti agama lantas mencetuskan 'religous war'. Mereka ibarat menyimbah minyak petrol ke atas api memandangkan isu kalimah Allah sedang hangat dibahaskan. Sedang ramai yang tengah sibuk mempertahankan hak agama Islam tetapi ada pula tangan- tangan kotor yang memainkan isu agama. Semua pihak seharusnya jangan cepat melatah dan membuat penilaian ke atas insiden ini. Walaupun suasana kini darah orang Islam panas, tetapi jangan ada yang terus menuduh sesuka hati dan meletakkan kejadian ini dalam tanggungjawab orang Islam. Sesiapa juga cuba mengaitkan dengan orang Islam akan memburukkan lagi keadaan. Namun dapatkah orang Islam dapat lari dari terus dituding..??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment