matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Saturday, January 9, 2010

Kenapa ADA 1Malaysia??

Tirai Liga Super 2010 akan bermula pada 9 Januari ini. Bagi pasukan negeriku Kelantan telah bersiap sedia dengan barisan pemain baru dan lama dalam mencapai target membawa pulang ketiga- tiga piala. Buat perlawanan pertama Kelantan akan berkunjung ke Terengganu dalam usaha memulakan kempen Liga Super dengan kemenangan.
Tahun ini juga Kelantan menganjurkan Tahun Bola Sepak Kelantan bagi mencari bakat- bakat baru bola sepak dan secara tidak langsung mencetuskan fenomena yang boleh dikatakan luar biasa. Namun di sebalik keghairahan tersebut ramai di kalangan peminat Red Warriros berasa agak terkilan juga dengan rekaan jersi baru bagi pasukan Kelantan musim ini. Kenapa ek..?


Ni jersi musim lepas 2009.



Jersi musim 2010 yang masih dalam proses



Dan ini dia jersi yang bakal dipakai oleh The Red Warriors pada musim kali ini. Yang atas itu untuk 'home' dan yang bawah tu untuk 'away'. Cantik bukan? Bezanya yang kat atas tu adalah logo 1Malaysia.



Tidak dinafikan memang ramai yang tak berkenan pasal kenapa la ada logo 1Malaysia kat dada tu. Aku sendiri pun tak faham. Tak tahu la sebab pengurusan ke sebab dasar kerajaan. Tapi tak kisahlah janji main biar hebat. Kalau nak dibandingkan dengan jersi yang terdahulu ada la juga corak- corak batik yang mana bolehlah kita tonjolkan keunikan Pasukan Kelantan. Jersi musim ini diubah dengan corak ala- ala papan dam haji menunjukkan rekaannya seakan- akan 'outdated'. Kesimpulannya jersi musim lepas lebih baik,unik, kemas dan beridentiti rekaannya.

THE RED WARRIORS
GO MORE 
KELATE 
GO MORE

No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD