matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Friday, October 8, 2010

Sultan Kelantan berkenan agih 99 ekor lembu

KOTA BHARU, 7 Okt: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V berkenan mengedarkan 99 ekor lembu ke seluruh negeri pada 8 Oktober untuk diagihkan kepada rakyat miskin sempena dengan Keputeraan Tuanku Al-Sultan.

Pengelola Istana D’Raja Kelantan, Datuk Abdul Halim Ahmad dalam satu kenyataan media semalam berkata bersempena dengan keputeraan itu, program berbentuk keagamaan dan kebajikan diatur Pejabat Sultan Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan ketua jajahan di negeri ini.

Katanya, pada pagi esok (8 Oktober), baginda akan menyembelih sendiri lembu di Masjid Muhammadi sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut sementara lembu-lembu yang lain akan diedarkan kepada ketua-ketua jajahan untuk diagihakan kepada sekalian rakyat jelata.

Tuanku sedang menyembelih seekor lembu sempena acara korban tahun lepas

p/s; Inilah yang dikatakan ketua agama yang sejati dunia akhirat seimbang sama rata.... Ahamdulillah.. Ya Allah Ya Tuhanku Kau panjangkan umur Tuanku, murahkan rezeki dan permudahkan segala urusan pentadbiran negeri bawah naungan baginda. Amin!! Rasa berkenan benar bila tengok Tuanku pakai jubah bila ada majlis. Siap pakai kopiah putih lagi tu. Jarang sekali nak jumpa sultan yang macam ni. Senanngnya hati melihat Baginda. Allahu Akbar!!

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Hadith Riwayat al-Baihaqi).

No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers