matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Sunday, October 3, 2010

Persepsi. Baik dan buruk. Anda nilailah sendiri.

Setiap orang sudah tentu mempunyai persepsi atau pandangan mengenai sesuatu benda.. itu naluri normal bagi seorang manusia. Contohnya kereta. Walaupun ia nampak besar dan panjang ada sesetengah orang akan berkata kereta itu berat dan tak mampu nak ditolak dan ada juga menentang persepsi tersebut. Dan kadang2 ia boleh difikir logik sahaja.

Sama juga dengan kerjaya seorang pensyarah di universiti. Ramai antara kita yang menganggap kerjaya itu sungguh mulia setaraf dengan guru di sekolah yang menyampaikan ilmu kepada kita. Akan tetapi mungkin persepsi itu akan dipandang serong jika pensyarah itu mempergunakan pelajarnya bagi kepentingan diri sendiri. Anda bagaimana?

Begitu juga dengan kes pergi ke open house. Konon kononnya dengan menghadiri open house ini bolehlah  berjimat bajet makan tengh hari atau malam terus..Tapi kamu mungkin sebenarnya akan rugi sebab akan tersesat dan terpaksa melalui banyak bulatan. Itu tidak kira lagi kalau jalan jam teruk dan kena bayar tol. Alih2 perut yang kenyang dari rumah yang awal menuju ke rumah seterusnya telah lapar balik. Ada hikmah rupanya d situ.

Hahaha. Bukan itu yang aku nak ceritakan sebenarnya. Itu hanya intro (panjang tak mampus). Baiklah, berbalik kepada cerita yang sebenar.. Kamu semua tahu tidak maksud perkataan antik? Bagi setiap orang, mungkin ada tafsiran yang berbeza mengenai perkataan antik. Samalah jugak dengan kes2 yang disebutkan di atas, mempunyai tafsiran yang berbeza. Dan tafsiran antik bagi kamu semua sudah semestinya berlainan dengan aku..

Kamu semua tentu fikir antik itu adalan satu terma yang digunakan untuk mewakili sesuatu yang dianggap sebagai lama dan masih mempunyai nilai dan harga. Tapi bagi aku terma antik ini boleh ditafsirkan dengan sesutu yang lain. Antik bagi aku adalah ini.

9 comments:

Afzan Raihan Izzati Hamzah said...

Hehe aku macam x paham ape makne antik ni

Shafiq said...

Aku ske ayat bwh ni..haha

"Begitu juga dengan kes pergi ke open house. Konon kononnya dengan menghadiri open house ini bolehlah berjimat bajet makan tengh hari atau malam terus..Tapi kamu mungkin sebenarnya akan rugi sebab akan tersesat dan terpaksa melalui banyak bulatan. Itu tidak kira lagi kalau jalan jam teruk dan kena bayar tol. Alih2 perut yang kenyang dari rumah yang awal menuju ke rumah seterusnya telah lapar balik. Ada hikmah rupanya d situ."

Afzan Raihan Izzati Hamzah said...

Hehe aku macam x paham ape makne antik ni

Shafiq said...

Afzan: antik = anjing + itik

matpek said...

good shafiq...haha

Afzan Raihan Izzati Hamzah said...

ooo! baru paham. haha okay lembabnya aku. btw sorry tersend 2 kali pulak.

matpek said...

biasala tu..entri yang sengal ni susah skit nak faham..hnya org yg sengal je cpt tgkp..hehe

Shafiq said...

sampai ati ko ckp aku sengal..

matpek said...

bukan pengunjung blog ni...sori2..
owner dia je yg sengal...

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD