matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Thursday, October 21, 2010

Jerebu melanda Muar. Kurangkan aktiviti outdoor. Tingkatkan aktiviti indoor bersama isteri...huahua :-)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menasihatkan pihak pentadbiran sekolah di daerah Muar, Johor, untuk menutup sementara sesi persekolahan berikutan keadaan jerebu yang berada pada tahap bahaya di daerah itu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan situasi jerebu yang berlaku memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar. "Kalau ia sudah sampai tahap bahaya, maka pihak pentadbiran, pengetua atau guru besar sekolah boleh mengambil langkah untuk menutup sekolah untuk sementara.


"Itu kalau sudah mencecah (bacaan IPU) 400, sudah dianggap bahaya, maka mestilah ditutup, sehingga situasinya bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Majlis Keselamatan Negara berhubung situasi jerebu di Muar, di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Masalah jerebu di daerah Muar yang berlarutan sejak beberapa hari lalu bertambah serius apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu pada 11 pagi tadi mencecah tahap 432, iaitu dalam kategori bahaya.Bagaimanapun, bacaan IPU di stesen pemantauan kualiti udara di tempat lain setakat ini berada pada tahap baik dan sederhana.

No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers