matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Wednesday, October 20, 2010

DOTA....Lu orang group mana?

Mesti kamu semua sudah boleh menggagak apakah dota yang gua maksudkan. Permainan dota atau nama glamournya Defense of the Ancients sangat menjadi kegilaan muda mudi sekarang. Kehadirannya ibarat satu fenomena. Mana taknya bila free je mesti ada je kawan ajak main dota. Bila sembang je mesti cakap pasal dota. Aishh.


Berbalik kepada persoalan lu orang group mana tu, gua adalah golongan manusia yang tidak suka game ni yakni Anti DOTA. Biarlah orang nak cakap ketinggalan zaman ke hape gua tak kisah pun. Sebab utama gua jadi anti dengan DOTA bukanlah sebab DOTA nih selalu pinjam stapler & pengetip kuku gua dan buat macam rete sendiri. Sebabnya ringkas saja. Hakikatnya gua memang tak reti main benda alah nih. Tu je. Member2 gua pun takda sorang yang nak ajar. Ajak pandai la..hehe

Lagi satu pada pandangan gua karekter2 dalam DOTA tu macam tak menarik je.. Dah la tak menarik, ntah pape pulak tu. Nak kata karekter orang takda la macam rupa orang sangat. Nak kata binatang pun tak kena jugak. Tu lah gua hairan la apa yang hebat sangat pasal dota nih..

Tapi kamu semua jangan silap faham. Walaupun gua ni anti DOTA tapi tak semestinya gua anti semua jenis DOTA.aaaaiiihhh..ada berapa banyak DOTA kat dalam dunia nih. okeh rilek2. DOTA ini stands for DUNIA ORANG TANPA AWEK. yang ini memang aku tak anti sebab ia memang menyenangkan hidup serta bahagia.

Iya lah hidup asyik melekat dengan member je. Start dari bangun pagi muka mula2 hang tengok ialah muka member. Jamban, tempat tidur, makan minum pun kongsi bersama. Dunia tanpa awek ni memang best. Kamu semua takda nak perlu jeles dan baran kalau awek lu kena angkut oleh orang lain. Bulan2 tak payah nak selalu topup kredit. Jimat bajet. Bila keluar takda nak kena belanja makan or beli baju ke kasut ke. Keluar dengan member masing2 bayar sendiri. Bukankah berhemah itu namanya.


Pesanan penaja. Entri ini jelas sekali tiada kaitan antara hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Segala pandangan adalah dari perspektif penulis semata mata. Buat yang sudah ada awek  tu jagalah mereka dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya dirimu begitu berharga. cewwah ayat tak leh blah gila..hahaha

Buat yang baru break tu bawak2 bersabar la bro. Jangan la aysik fikir nak terjun bangunan je. Lu kena ingat ramai lagi bunga kat luar sana tu. Lagi satu lu kena ingat sedangkan yang dah kahwin pun boleh bercerai berai inikan pula couple...hehe poyos gila...

Yang masih single tu lu jangan risau. Bukan sebab lu semua tak hensem..Yang penting nikmati dunia bujang lu dengan sepuas puasnya dulu...Buat si gadis  kat luar sana awak semua janganlah mudah membuat tanggapan yang lelaki bermuka jambu yang takda awek ni gay pulak...hahaha Adios amigo. Gua cau dulu. Selamat menempuhi peperiksaan akhir buat semua bloggers.

4 comments:

alinac lover said...

waa...geng dota jugak ka?leh join adik gua~

matpek said...

haha...gua geng bas skolah jer.. :-)

zuhanismohamed said...

geng dota tu nampak kool..haha

wan muhamad said...

haha aku like jew..cool blog ko ek..dota dunia org tampa awek ok tu..btol2 tampa awek bebas loh..tpi kalo tampa isteri ibarat hdup kat dunia sorg2 lew..

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD