matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Wednesday, March 31, 2010

Everything = money + barakah


Ada orang cakap duit bukan segala-galanya.. Betul ke?? 

Tetapi ada pula orang cakap hari ini, semalam mahupun esok pasti segala-galanya memerlukan wang.. Tidak kira la apa benda sekali pun.. Bermula kita bangun pagi semuanya nak kena pakai duit.. Bayangkan bila bangun pagi nak pergi mandi..tup tup..pulas kepala paip air tak keluar..sah2 bil air bulan lepas tertunggak.. hampeh betul..

Cerita bab makan , confirm nak makan kena pakai duit..Lagi lagi yang makan kat luar.. Tidak kira la kat kedai melayu ke kedai mamak ke kedai tepi jalan ke kedai cendo ali ke.. semuanya berbayar.. Waima makan di rumah sekalipun kena pakai duit untuk beli bahan bahan untuk dimasak.. Itu belum masuk bil elektrik, telefon, internet dll. Tak ke pening kepala kalau tiap tiap bulan bil semuanya melambung..nak melantak pun tak senang, asyik tercekik jer..hahaha

Kalau yang pakai kereta lagi la.. Ansuran kereta memang tidak boleh lari dah.. Itu belum masuk duit minyak pergi kerja atau belajar.. kalau tiap tiap hari terpaksa lalu tol lagi la.. Masak beb.. Kalau dah hari hari duk sedekah kat akak tol 5 hinggit tak ke tiap tiap bulan kena keluarkan RM 150.. Banyak tu bro...Bila cerita bab jalan jalan cuti cuti malaysia  lagi la.. Duit minyak, tol mesti jalan.. Tu pun nasib baik kalau tidak sesat atau pun kena saman dengan polis atau kena speedtrap. Sampai timing dia kena bawa pergi servis pula..aduyai duit lagi..

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Apa ertinya kalau duit bertimbun-timbun tetapi hidup tidak aman??


D: DOA

U: USAHA

I: ISTIQAMAH

T: TAWAKAL


Duit oh duit..di mana kau duit..

No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD