matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Tuesday, March 22, 2011

Perodua Myvi SE 2011

Gambar spyshot Perodua Myvi SE 2011





Kredit gambar: [sini]

Perodua akan melancarkan model Myvi yang dipertingkatkan dengan ciri baru berkuasa 1.3 liter pada Mei manakala model berkuasa 1.5 liter pada Julai / September tahun ini sebagai kesinambungan kepada model Myvi iaitu model terlaris Perodua ketika ini.

Beberapa perubahan besar dilakukan membabitkan ruang dalaman dan luaran model itu berbanding model sedia ada antaranya papan pemuka baru, reka bentuk depan dan belakang lebih sporty serta warna baru bagi model berkuasa 1.5 liter.

Model baru Myvi ini mengalami sedikit pengecilan saiz berbanding model sekarang dan kusyen tempat duduk ditebalkan bagi menambahkan keselesaan kepada penumpang selain menggunakan papan pemuka baru, sekali gus menjadikan Myvi 2011 lebih bergaya.

Dikatakan harga jualan bagi model berkuasa 1.3 liter akan dijual lebih tinggi sedikit daripada model sekarang manakala harga bagi model 1.5 liter lebih rendah daripada model Perodua Alza. [Harian Metro]. Baca juga di Generasi kedua Perodua Myvi atau di Perodua Myvi 1.5 Litre.


2 comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD