matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Friday, January 7, 2011

Perodua Myvi 1.5 litres

Lupakan dulu pasal Proton Inspira mahupun Saga Facelift baru. Khabar angin Proton Perdana akan diganti dengan Nissan Fuga atau Passat keluaran Volkswagen pun kita tolak tepi dulu.(Rujuk entri ini). Gua nak cerita pasal Perodua Myvi dulu. Mentang mentang la owner Myvi kan...hahaha 

Fuuhh..Tak sangka sangka Myvi dah ada versi 1.5 liter dah sekarang. Sebelum ni kan just ada 1.3 dan 1.0 je. Gila untung sapa dapat beli myvi baru ni. Enjin dah la besar. (bukan saiz besar okay, tapi kapasiti enjin tuh) Sure lagi jimat kalau nak travel jauh2. Nak bawak laju sikit pun confirm lagi pikap. Harga tu sudah tentu la kan lagi mahal dari yang lama. Tapi takpe berbaloi bebb. Kalau la ada siapa2 yang nak tukar myvi puteh gua dengan 1.5 ni, gua rembet je.. Gila tamak kan..kah kah kah

Papehal jom usyar Myvi 1.5 baru yang tengah diujipandu kat jalan before release tak lama lagi.





Gambar dari OhTidak dan Blogtue

Tahun lepas Perodua memang dah umumkan nak keluarkan Myvi versi enjin 1.5 liter ni. Model itu mengambil model asas atau kerangka MyVi sedia ada. Untuk model SE pula ia akan menampilkan wajah baru yang akan mencipta kejutan kepada para peminat kenderaan di Malaysia pada bulan Jun ini.

Perodua percaya MyVi terbaru itu akan menjadi taruhan untuk kekal sebagai pengeluar kereta nombor satu di Malaysia selama empat tahun berturut-turut. Perodua tidak bercadang untuk memperkenalkan model kereta hibrid ke pasaran tempatan. Ini kerana, model-model Perodua ketika ini telah terbukti mampu menawarkan penjimatan penggunaan bahan api.


p/s: Bila la nak tengok myvi puteh gua ni berubah wajah.? Berubah wajah dengan calar calar ada la sekarang ni. Bukan apa dah lama dah berimpian nak tukar rim sport 16 tapi tak dapat sampai sekarang. Nak tambah skirt kiri kanan. Padahal myvi puteh gua  tu tak sampai 2 tahun pun lagi. 30 bulan 7 ni baru genap 2 tahun. Takpo la. Den tunggu kerja dulu la baru modified kereta ni. Yang pasti sem ni dah melepas 4 ratus hengget buat servis.. 


5 comments:

eszol raar said...

lambat la bro

bnde ni da kluar dekat murai.com klau x silap dari nov lg

Unknown said...

gua memang suka lambat2 ni..janji boleh pakai myvi gak..gagagaga

zuhanismohamed said...

best..kalau lah dapat sebijik ni..ha ha

Kak Mahh said...

Kalau belum ada keta....boleh rasanya booking satu.

Unknown said...

@zmah
tulah..kalau tak boleh booking satu..hehe tapi ni dah kira bersyukur dah..orang len naik motor je..

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers