matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Wednesday, January 5, 2011

Gempar: Hantaran Kahwin Pun Bakal Naik Juga

Bila sebut pasal harga minyak naik ni mesti banyak kesannya. Iyalah harga barang pun akan turut mengalami kenaikan sama. Bila makan roti canai, harga roti canai akan naik tak pun roti canai akan lebih kecil saiznya. Bila nak makan nasi, harga beras pun naik. Harga makanan kalau sebelum ni RM 4.50 dah jadi RM 5.00.

Bila minum air kat kedai, harga air pun naik jugak. (kenaikan di negeri tertentu). Mungkin ada kenaikan 20 sen. Nak makan nasi mesti nak ada sayur, sayur pun naik harga jugak baru baru ni. Bila goreng ikan ayam sotong, minyak masak pun mengalami kenaikan akibat permainan pihak tertentu yang kononnya bekalan minyak masak cukup untuk negara kita. Tiada kenaikan akan diumum. Alih alih naik jugak harga. Itu belum bil letrik, tambang bas dan sebagainya.

Yang sakitnya darah makcik pakcik pun akan naik tinggi dek tekanan hidup ini. Bila mana pencen makcik pakcik ni takda pulak nak naik. Student pun pening jugak kan..hehehe Bila sebut bab gaji lain pulak ceritanya. Hanya gaji  je yang lambat naik. Bonus untuk tahun 2010 PM cakap tak dapat nak bagi sebab ekonomi negara tidak mampu menampung bonus tersebut. Takpela sebab negara punya pasal la kan.

Dari itulah ramai yang memilih untuk membujang. Kalau memang plan nak kahwin tahun depan terpaksa tunda setahun lagi. Sebelum ni pun dah berapa kali tunda daa.. Tabung asyik tak cukup je kan. Semuanya akan terlambat kahwin bila harga barang naik dan kos hidup meningkat.

Tak semena mena, duit hantaran pun akan melambung naik. Kalau taraf pendidikan ijazah atau master lagi la mahal hantarannya. Bila nak buat kenduri ni  caj tukang masak ataupun catering mesti akan naik. Tambah tolak duit kerusi meja, kad hantaran, pelamin, persiapan yang bagai lagi. Itu belum kira duit mak andam pun naik juga. Semuanya naik. Pening wooo..

Nak kahwin ni bukan kerja senang. Nampak saja macam bahagia. Tapi hakikatnya orang yang kahwin je yang tahu. Iyalah bila dah kahwin ni, banyak belanja yang kena keluar. Itu belum ada baby. Lagi banyak nak pakai duit. Nak jaga anak dara orang bukan main2 der.. Itu ini semua atas kepala kita. Tak mustahillah kat negara kita punca penceraian adalah disebabkan faktor kewangan.. Adios ~

p/s: Berkahwinlah cepat cepat bagi mengelakkan zina.

3 comments:

Fatihah nasiha said...

darah aku pun da naik, sume barang naik harga.. Arghhh

Anisa Hang Tuah said...

hah..semua naik..
nampak sgt rakyat mesia kaya
huahua

Nadzmer Azrai said...

kalau harge brg naik, gaji turut naik sekali tak pe la :p

Kucing Telinga 4?

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD