Proton Inspira atau Proton Perdana Eksekutif baru dicadangkan sebagai pengganti Proton Perdana jenis standard yang kini menjadi kenderaan rasmi pegawai kanan kerajaan. Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed berkata, cadangan itu sudah dihantar kepada kerajaan dan kini terpulang kepada kerajaan memilih model Proton yang sesuai.
"Dengan adanya model Proton Inspira 2.0 CVT (Transmisi Penghantaran Berubah Berterusan), ia boleh menggantikan model Perdana standard kerana ia lebih murah walaupun mempunyai kelajuan yang sama. Proton Perdana Eksekutif pula akan dinaik taraf supaya lebih berdaya saing," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Sumber: Kosmo
p/s: Satu cadangan yang bagus. Secara pandangan kasar gua (tiada fakta di sini) terhadap Proton Inspira ini, jualannya tidak memberansangkan. Satu sebab mungkin masih terlalu awal dalam tempoh pelancarannya. Sebab kedua 'abangnya' Mitsubishi Lancer sudah ada peminatnya sendiri. Jadi persaingan dan mentaliti pengguna masih sukar dikikis yang mana Inspira ini hanya rebagde model Lancer. Tiada value di situ. Sebab ketiga, harga minyak sudah naik. Orang malas fikir nak beli kereta mahal mahal, pakai Saga FL pun cukup..hahaha
Bagi gua kerajaan harus nilai dan terima cadangan Proton. Salah satu sebab ia boleh menguntungkan syarikat Proton sendiri dan memulihkan imejnya. Dengan itu dapatlah cover jualan Inspira yang tak seberapa ni. Sebab kedua memandangkan Proton sendiri juga sudah memberhentikan pengeluaran baru model Proton Perdana standard, ini adalah salah satu pilihan mengapa Inspira perlu mengambil alih Perdana. Sebab ketiga, mengikut paper Kosmo ia lagi murah.
3 comments:
good one, nampak kelas gitu...
kelas perdana lagi aku rasa..
nice one
Jom baca Karam Singh Walia Beri Penjelasan Isu Hina Melayu.
Post a Comment