matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK
Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Sponsor Kahwin Bagai Nak Rak




Jauh baik abe salih yaacob jugok kut mano2 pon... 
bukan setakat sore duo ore bini... 
tapi 4 isteri tu derr... jare2 ore jah buleh buat ni...
relek jah dio nikoh... menteng pah ko loni... 
siap dapat anugeroh lagi dari Kerajae Kelate... 

glemor pah cerroh...hahaha baso dio doh la mugo artis key...
tapi gak mikir2 sapo tokse jadi wedding of the year...
ko guano adik kakok abe pokcik mokcik blako???
.

Friday, July 22, 2011

Perempuan Suka Lelaki Berjangggut ?


Semua orang tahu yang ada janggut, misai, jambang dan kumis itu adalah lelaki. Orang lelaki amat digalakkan untuk menyimpan janggut kerana merupakan salah satu dari sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda menyuruh umatnya supaya tidak menyerupai kaum Yahudi. Orang-orang Yahudi menyimpan misai dan mencukur janggut lalu Rasulullah menyuruh umatnya supaya menyimpan janggut dan mencukur misai. 

Selain dapat pahala sunnah free2, janggut juga merupakan perhiasan bagi spesies lelaki. Ibaratnya macam perempuan perhiasan diorang adalah rambut dan that's why la kenapa ramai yang suka tunjuk2 rambut kan..pastu boleh pulak kaler2 bagai kan..hahaha 


Ada orang cakap bila lelaki simpan janggut atau jambang ia dapat mengelakkan seseorang tu dari penyakit AIDS yakni melalui faktor perkongsian pisau cukur. Yaa..gua rasa pun ni betul gak..tapi kan statement ni boleh pakai zaman 60, 70-an kot. Sebab zaman sekarang ni mana ada dah orang kongsi2 shaver ni waima di kedai gunting sekalipun.

Lagi satu ada orang cakap dengan menyimpan janggut atau jambang ni korang boleh menjimatkan belanja harian atas faktor terpaksa membeli pisau cukur. Betul ke? Bagi gua korang beli shaver ni bukan hanya nak cukur misai atau janggut semata mata. Banyak lagi benda boleh shave kan (faham2 sendiri laa).

Jadi kalau bab jimat belanja gua kurang setuju. Kalau boleh jimatkan masa gua memang setuju. Iyalah  korang terpaksa menghabiskan beberapa minit sehari untuk bercukur janggut. Bayangkan berapa lamakah seseorang itu akan menghabiskan masanya dalam satu tahun untuk mencukur janggutnya. Remember time is money.

Bagi yang masih ragu2 pasal kelebihan janggut ni, korang tahu tak yang ada kajian bagitahu yang janggut ni ada kelebihan yang istimewa. Mengikut kajian sentuhan janggut suami ke badan isteri dapat memperbetulkan sistem haid isterinya. Bukan setakat tu je. Sentuhan janggut suami juga dapat menambahkan kesuburan isterinya. Wooww..korang percaya tak? Gua malas nak cerita panjang2, korang tengok je video kat bawah ni.



Ni gua jumpa kat website wonderfulinfo.com  Scientific benefits for having a Beard

  1. A beard protects the face from harmful chemicals, and pollution in the air, which will cause cell damage, and increase wrinkling and bad skin. So keeping a beard protects your skin from the elements, reduces wrinkles, ageing, and bad skin.
  2. The beard covers the skin, which protects the sebaceous glands from being infected by acne vulgaris bacteria, thus preventing acne/spots/pimples.
  3. Keeping your face warmer and protects your chin from dangers.
  4. It prevents disease of throat and gums.
  5. Most of the respiratory problems are prevented by keeping beard.
  6. It is the identity for a man with respect to woman.
  7. Research says the longer and thicker the beard the wiser the person is supposed to be.
Klik kat sini kalau nak tahu pasal mamat omputih yang buat experiment pasal jambang dengan menjadikan diri sendiri sebagai bahan testing dengan mencukur separuh jambangnya.



Wednesday, March 30, 2011

Myvi Makan Nasi Minyak - LOL




p/s: Macam kebetulan la pulak. Ada classmates duk sibuk pasal layan video kahwin kat twitter. Tengok video kahwin oleh CandidSyndrome Film kat sini. Ehem ehem dah tak lama dah tu gua nak merasa nasi minyak ye. Jangan lupa ajak tau kawan2 hahahaha  



Saturday, March 26, 2011

Jangan Pegang Pegang Duduk Renggang Renggang


Gambar tiada motif, abaikan.

Dikatakan perempuan yang memegang tangan sesama perempuan semasa berjalan adalah perkara yang normal pada mata masyarakat. Sedangkan lelaki yang memegang tangan sesama lelaki bukan saja semasa berjalan bahkan hanya seketika adalah dianggap sebagai bukan biasa dan mungkin dituduh gay. 

Dikatakan juga perlakuan tersebut adalah sinonim bagi perempuan kerana perempuan dianggap lebih bersifat penyayang berbanding lelaki. Buktinya yang nyata adalah setiap perempuan yang dilahirkan normal sifatnya dikurniakan rahim oleh Ilahi. Bukankah RAHIM itu bermaksud penyayang. Betul kan ???


p/s: Kalau gua pegang tangan member nanti bukan setakat tangan je dapat silap2 siap boleh dapat dengan pelempang sekali agaknya. Kalau gua nak pegang tangan bini, kahwin pun belum lagi hahahaha

Sunday, March 6, 2011

Cincin Tertanggal Masa Tidur ??


Semalam gua tidur dan pagi tadi gua bangun. Syukur gua masih boleh melihat dunia ini. Seperti biasa tangan kiri gua akan mengosok2 mata dan tangan kanan gua akan meraba raba mencari handphone gua. Nak tengok pukul berapa dah. 

"Ciss !!! haramjadah... Dah lewat rupanya"... bisik gua dalam hati... Baru ingat nak pergi joging. Perhatian sila abaikan pukul berapa gua bangun pada hujung minggu sebab bukan itu yang gua nak cerita sebenarnya. 

Apa yang peliknya gua bangun2 gua tengok cincin kat tangan kiri gua dah lesap. Apekehel ?? Cari punya cari rupa rupanya cincin gua tu dah terjatuh bawah katil. Apa makna ini semua ?? Apakah petanda bila cincin di jari tertanggal masa tidur ?? Ada sesiapa tahu tak ??



Wednesday, January 5, 2011

Gempar: Hantaran Kahwin Pun Bakal Naik Juga

Bila sebut pasal harga minyak naik ni mesti banyak kesannya. Iyalah harga barang pun akan turut mengalami kenaikan sama. Bila makan roti canai, harga roti canai akan naik tak pun roti canai akan lebih kecil saiznya. Bila nak makan nasi, harga beras pun naik. Harga makanan kalau sebelum ni RM 4.50 dah jadi RM 5.00.

Bila minum air kat kedai, harga air pun naik jugak. (kenaikan di negeri tertentu). Mungkin ada kenaikan 20 sen. Nak makan nasi mesti nak ada sayur, sayur pun naik harga jugak baru baru ni. Bila goreng ikan ayam sotong, minyak masak pun mengalami kenaikan akibat permainan pihak tertentu yang kononnya bekalan minyak masak cukup untuk negara kita. Tiada kenaikan akan diumum. Alih alih naik jugak harga. Itu belum bil letrik, tambang bas dan sebagainya.

Yang sakitnya darah makcik pakcik pun akan naik tinggi dek tekanan hidup ini. Bila mana pencen makcik pakcik ni takda pulak nak naik. Student pun pening jugak kan..hehehe Bila sebut bab gaji lain pulak ceritanya. Hanya gaji  je yang lambat naik. Bonus untuk tahun 2010 PM cakap tak dapat nak bagi sebab ekonomi negara tidak mampu menampung bonus tersebut. Takpela sebab negara punya pasal la kan.

Dari itulah ramai yang memilih untuk membujang. Kalau memang plan nak kahwin tahun depan terpaksa tunda setahun lagi. Sebelum ni pun dah berapa kali tunda daa.. Tabung asyik tak cukup je kan. Semuanya akan terlambat kahwin bila harga barang naik dan kos hidup meningkat.

Tak semena mena, duit hantaran pun akan melambung naik. Kalau taraf pendidikan ijazah atau master lagi la mahal hantarannya. Bila nak buat kenduri ni  caj tukang masak ataupun catering mesti akan naik. Tambah tolak duit kerusi meja, kad hantaran, pelamin, persiapan yang bagai lagi. Itu belum kira duit mak andam pun naik juga. Semuanya naik. Pening wooo..

Nak kahwin ni bukan kerja senang. Nampak saja macam bahagia. Tapi hakikatnya orang yang kahwin je yang tahu. Iyalah bila dah kahwin ni, banyak belanja yang kena keluar. Itu belum ada baby. Lagi banyak nak pakai duit. Nak jaga anak dara orang bukan main2 der.. Itu ini semua atas kepala kita. Tak mustahillah kat negara kita punca penceraian adalah disebabkan faktor kewangan.. Adios ~

p/s: Berkahwinlah cepat cepat bagi mengelakkan zina.
previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers