Tadi gua saja la masuk kat website Finas sebab nak cek berapa kutipan semasa filem Hikayat Merong Mahawangsa nih. Cewwahhh, mentang2 la pergi tengok wayang semalam kan. hahahaha Tak silap waktu gua masuk tu baru cecah 2.05 juta. Tak pasti la pulak ini untuk kutipan sampai hari ke berapa.
Ni first time gua masuk website finas. Saja la kan gatal tangan pergi tekan tekan tengok kutipan filem tahun tahun yang lalu. Dari tahun 2010 ke tahun 2009 ke tahun 2008 dan seterusnya sampai la ke tahun 2007. Lepas tu gua stop sebab terkejut.
Hang tengok berapa kutipan untuk Filem Zombi Kampung Pisang. 2371 million. Gua silap tengok ke ni? Ke mata gua dah rabun ni? Biar betul? Ke streamyx rumah gua buat hal hari ni? So, no wonder la kan Mamat Khalid buat cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah ni yang sekuelnya dari cerita zombi nih. Zomba pun zomba la Pak Abu.
Siapa yang tak nampak sila gunakan kanta pembesar.
Boleh juga tolong gua cek betul ke ini semua kat sini.
p/s: Damn..buang masa syiall tekan refresh banyak kali page Finas ni, sama je..Kenapa baru tadi gua tahu esok ada test retail !!!!!

