matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Thursday, March 3, 2011

Hak Anda Bila Disenaraihitam oleh JPJ atau PDRM



Bagaimana JPJ boleh menghalang pembaharuan cukai jalan? 

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010 
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis. 

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI? 

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010 
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI 

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010 
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik? 

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh: 

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang. 
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul. 
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan. 

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE). Boleh tengok versi video kat sini.


7 comments:

Faiz said...

Aku cukup tak berkenan ngan saman ekor ni. Kita bkn tau kalo diorg tipu ke ape. Maklum la,cara senang nak dpt duit,atau lebih senang ckp kebas duit rakyat. haha. Kalo terbukti kita salah beserta dgn gambar skali aku tak kisah. kalo stakat kuar surat mengatekan kite kene saman ekor,mampos tk lyn. sesiape pun bole tipu. cehhhh

P/S: Jgn la suke2 nk wat saman ekor je,saman depan2 la,baru gentleman!

Anonymous said...

nice info..

Unknown said...

finalcross
memang betul saman ekor digunakan untuk mendidik publik tentang kesedaran kesalamatan jalan raya. yang jadi masalah ialah sistem itu. Bukannya nak didik tapi nak kaut untung..so, sistem kena lebih telus agar publik tidak tertipu dan tahu hak2 mereka..

APAN said...

penah bace gak pasal ni...
smpai bile la nak hapus mende ni...

Unknown said...

APAN
tak perlu hapus kot..cuma sistem ni perlu diperhalusi..contoh letak signboard sebelum 500 meter camera speedtrap..bukan main pacak je..

PReDicToR said...

thanks tok info nei...
baru je tahu lps baca nei

Unknown said...

predictor
welcome..ada info lain boleh kongsi2 la ye..sharing is caring kan..hehehe

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers