matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Wednesday, October 6, 2010

Ku menulis bukan kerana nama

 Entri ini berunsur sengal. Sila muntah dan menyampah!!!
 
Gua menulis mengikut apa yang gua lihat, apa yang gua dengar, apa yang gua fikir dan apa yang gua rasa. Siapa yang tak suka sila blah dengan segala hormatnya. hehe Hari ni gua dah setelkan segala saman dengan pakgad uitm. banyak kut saman tu. tapi yang penting dah takda dah sangkut paut lagi pasni. dah setel saman baru layak nak ambil sticker. hujung sem baru nak ambil sticker. memang tak senonoh sekali.

Bukan apa tiap kali nak gi buat sticker pasti ada je hal yang membantutkan nawaitu gua. dengan masa yang terhad ditambah dengan perasaan malas untuk naik ke pejabat keselamatan. itu tidak dikira lagi faktor birokrasi yang memang paling aku tak suka. leceh yang amat gua rasa. 

Kendatipun gua dah dapat sticker yang tak berapa lawa ni ia mungkin tidak terhenti setakat itu saja. dendam kesumat masih belum dapat dihilangkan. jahat kan. mungkin lepas ni bila lalu pintu pagar masuk, pakcik2 gad bolehlah senyum2 kononnya student buat sticker kerana takut kena saman.. 

tapi jangan lupa selama seminggu ni atau lebih (kalau tak kantoi la) aku akan melancarkan protes secara halus. haha poyos di situ. sejujurnya aku memang tak puas hati dengan pakgad uitm. tak perlu disebutkan kenapa. biarlah korang nak cakap apa pun. yang penting aku puas walaupun dah tahu diri sendiri memang salah. nak kata syok sendiri pon katalah. hahaha

adakah bila gua buat begini gua akan dilabel pelajar yang teruk.?
adakah pakgad perasan sticker yang baru ni terbalik?
agak2 sampai bila denda ni akan bertahan?
rasa2 salah ke gua buat benda ni?
whatever....

2 comments:

zuhanismohamed said...

pak guard memang poyo :p

Unknown said...

btol2...mmg poyo dan ngade2...

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers