Ni jersi baru Malaysia yang menggantikan jersi lama yang belang penuh kuning hitam tetapi masih mengekalkan konsep jalur keramat kuning hitam tersebut. Jersi ni bakal digunapakai buat pertama kalinya oleh skuad Malaysia dalam cabaran Sukan Asia di Guangzhou, China minggu depan. Jersi ini dikeluarkan oleh Nike Malaysia.
Pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha memperagakan jersi baru bola sepak Malaysia. Style jugak kan design baru ni. Tapi mula mula tengok rasa macam pelik sebab dah biasa tengok corak belang hitam kuning tu. Aku ingatkan bentuk 'H' tu stand for Harimau Malaya, tapi rupamya kat tengah kosong tu ruang untuk nombor pemain.
Jersi first tu memang smart dah. Cuma yang jersi second yang warna biru tu nampak yang kurang menarik la. Warna merah putih kat lengan jersi nampak cam design lama sikit. Nak kata macam jersi Thailand pun boleh jadi. Yang ketiga itu adalah jaket. Seperti biasa ia sangatlah cool.
Barisan pemain dengan jersi baru negara semasa penyerahan Jalur Gemilang untuk skuad Sukan Asia oleh TM Pahang. Tapi tak nampak pulak jersi untuk goalkeeper. Takkan pakai design yang lama kot.
Bahagian dalam baju yang tertera tulisan "Tanah Tumpahnya Darahku" sebagai kata pembakar semangat. Tapi kalau pakai pun bukannya nampak tulisan tu sebab tulisan itu terletak di bahagian dalam baju. Kedudukannya pada gambar bendera Malaysia di bahagian depan.
Tertera di bahagian depan dada kiri. Sebelah kanan ada logo Nike. Kini sudah tiada lagi logo FAM seperti jersi yang terdahulu. Kalau dulu pakai logo FAM, sekarang pakai logo Jalur Gemilang. Tapi kebanyakan jersi kat dunia ni yang aku perasan diorang letak logo persatuan bola sepak diorang.
Dan kat atas logo tu akan ada seberapa banyak bintang bagi pasukan yang telah menjuarai Piala Dunia. Almaklumlah Malaysia nak masuk pusingan akhir pun tak lepas, apatah lagi nak menang Piala Dunia, jadi tiada signifikan jelas perubahan logo FAM ke bendera Malaysia pada jersi yang baru diperkenalkan ini.
No siri bagi baju original yang dikeluarkan oleh Nike. Memang kantoi la nanti kalau siapa2 beli kat Uptown atau Golok..hehe Jersi ini akan dijual pada 8 November dengan harga RM 199. Mungkin boleh usyar kat Al-Ikhsan kot. Jersi dah style dah. Harap2 permainan pun ada style la jugak kan.
Sumber: Sports Malaysia
2 comments:
comel sunggu si kembar 2..hehe..
aik..orang suh komen sal jersi baru malaysia.. dia duk komen sal si kembar plak..hehehhe
Post a Comment