matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Wednesday, September 22, 2010

Siapa ambil subjek pendidikan moral masa spm dulu?? Saya ambil pendidikan Islam je...

Dulu masa kecik2 mesti anda semua ada cita cita impian masing masing. Antaranya peguam dan doktor. Masing2 ada peranan tesendiri. Tapi tak bermakna mereka tidak boleh menjalankan tugas bersama. Semua tahu kebanyakan peguam kerjanya bergelegar di mahkamah manakala doktor pula di hospital atau klinik. Persoalannya di sini ialah ISU MORAL. Tidak berbangkit soal falsafah mahupun falsampah di sini.

Pertama ialah tugas peguam. Mereka berperanan sebagai penegak keadilan di atas dunia yang berpaksikan undang2 sivil mahupun syariah. Soalnya di sini ialah adakah bermoral bagi mana-mana peguam membela penjenayah kejam yang telah mengaku melakukan kekejaman yang tidak boleh diterima meskipun oleh kaum haiwan. Mungkin ramai akan mengatakan tidak bermoral bagi membela orang seperti itu.


Okeh kita tengok pulak tugas doktor. Mereka berperanan menyelamatkan nyawa pesakit secara umumnya. Jadi adakah doktor jugak harus berbuat demikian kalau kita nak bandingkan dengan tugas seorang peguam? Adakah bermoral bagi seorang doktor perubatan untuk menyelamatkan nyawa seorang pembunuh atau penjenayah di hospital? Pening jugak kan. Kalau tak selamatkan, tak dinamakan doktor pulak kan. Persoalan moral di situ menjadi tanda tanya. Apa pendapat anda semua.?

Saya sebagai pharmacist to be pun tak pasti. Adakah ahli farmasi harus memberikan ubat kepada penjenayah yang kejam ini. Mungkin nanti lepas belajar subjek etika sebagai farmasi, baru betul2 boleh menjawab persoalan moral ini. Jadi saya tinggalkan persoalan ini untuk difikirkan oleh anda semua. Tidak kisah la kalau anda bukan seorang doktor atau peguam mahupun ahli farmasi. Janji anda masih berakal dan bermoral. Jom kita renungkan bersama....

No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD