matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Sunday, September 5, 2010

Ya Tuhan Ganti Google.. Lagi inovasi dari negara Iran



Kerajaan Iran membangunkan enjin carian Internet sendiri bagi menggantikan enjin carian antarabangsa seperti Google, Yahoo atau Alta Vista. Enjin carian terbaru yang dinamakan 'Ya Haq', yang bermaksud 'Ya Tuhan' dalam bahasa Farsi itu dibangunkan bagi memenuhi keperluan pencarian yang lebih laju dan keselamatan maklumat yang lebih tinggi untuk komunikasi atas talian di negara itu.

Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Syarikat Teknologi Maklumat Iran, Hadi Malek-Parast berkata, Ya Haq akan sedia dilancarkan pada tahun 2012. Menurutnya, projek tersebut adalah projek Intranet domestik yang berbeza dengan perkhidmatan Internet antarabangsa.

Pegawai Teknologi Maklumat, Pujan Ziaie berkata, kerajaan Iran bukan sahaja membangunkan enjin carian, tetapi jua program Intranet, iaitu program seperti Internet dalaman bagi negara itu di mana pengguna akan mendapat akses kepada laman sesawang yang dibenarkan oleh kerajaan.

"Perbincangan mengenai pembangunan Intranet ini telah bermula sejak beberapa tahun lalu dan dilakukan atas pendirian bahawa Internet merupakan senjata Barat. "Jadi apa yang Iran sedang cuba lakukan bagi mengelakkan ancaman ini adalah dengan melakukan apa yang telah dilakukan oleh China," katanya.

p/s: Tahniah buat negara Iran. Semakin lama semakin banyak inovasi dilakukan walaupun dikecam hebat oleh Amerika dan sekutu berhubung projek pembinaan reaktor nuklear. Tak silap gua dalam sebulan dua yang lepas Iran baru melancarkan jet pejuang tanpa pemandu. Hebat bukan. Bagi sebuah negara Islam inovasi ini sangatlah penting bagi mengurangkan kebergantungan kita terhadap kuasa asing. Ini sekali gus mengelakkan kita dari mudah tunduk dari tekanan mereka. Syabas dan tahniah sekali lagi. Semoga Islam dan Melayu di Malaysia juga mampu mengahasilkan inovasi yang bertaraf dunia.

2 comments:

MASA said...

teringat lagi dulu Iran nak buat pameran senjata di Malaysia tapi Najib tak bagi...alangkah ruginya..rugi tak tengok senjata diorang dari jarak dekat secara live..

Unknown said...

Kita masih jauh ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan Iran

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers