matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Tuesday, September 8, 2009

sabar..

Aku harus sabar dengan setiap apa yang berlaku dalam hidup ini. dugaan yang datang tidak kira dari kiri atau kanan, bawah atau atas, depan atau belakang, luar atau dalam dan dari segenap sudut harus aku tempuh dengan perasaan sabar dan tabah kerana Allah swt. aku tahu semua ini dugaan dan ujian dari maha pencipta lagi maha besar untuk umatnya. aku tidak harus mudah kalah dengan hawa nafsu, hasutan syaitan dan keadaan sekeliling kerana aku mengerti apa balasannya jika aku ingkar arahanNya. Ya Allah ya tuhanku berilah kekuatan kepada hamba-hambamu ini untuk terus hidup berbakti kepada Mu di dunia yang fana dan sementara ini. tunjukkanlah kami jalan yang lurus lagi diberkatiMu.. Amin!!


aku mengharapkan ada sinar kebahagian dan keberkatan pada hari esok. insyaAllah~

No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD