matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Sunday, September 6, 2009

Hmmm...Anak yatim lagi beruntung?

Tadi aku baca buku motivasi. Tajuknya Aku Terima Nikahnya 2, Bercinta Sampai ke Syurga.. Buku tu agak menarik juga,tapi aku belum sempat habis baca lagi.~huhu

Aku terjumpa ada satu ayat yang menyatakan anak yang yatim lagi beruntung. Untung macam mana tu. Mungkin ada betul kot pandangan si tukang tulis ni

Setahu aku, bila si anak ni kehilangan ibu bapa, pasti kehidupan si anak akan mengalami kesukaran dan semestinya memberi kesan kepada diri mereka. habis tu di mana untung nya berbeza dengan anak2 yang masih ada ibu bapa.

Kuteruskan pembacaan. Rupa-rupanya ada maksud tersirat yang cuba si tukang tulis ketengahkan. Masakan tidak beruntung, derita anak yang hidup tidak beribu dan bapa terlalu kecil berbanding dengan hukuman allah ke atas anak derhaka. memang betul la apa yang beliau huraikan itu.

aku termenung sejenak, memaksa imaginasiku menuju masa depan. andaikan aku berada dalam situasi demikian. mungkin sukar untuk digambarkan bila kita seorang anak yatim. hanya yang mengalami tahu apa erti yang sebenarnya..

tapi hakikatnya anak2 memang beruntung bila dilahirkan ada ibu bapa. namun, sesetengah ibu bapa belum tentu beruntung dikurniakan anak2. pada dunia hampir kiamat kini ramai anak2 yang benci dengan ibu bapa mereka sendiri. nauzubillah!!!

No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD