matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Thursday, December 30, 2010

Najib patut umum bila PRU 13 bukannya bagi cuti umum

Hahahaha...Tajuk bukan main sensitif lagi. Bukan apa beb. Semua dah tahu kan hari Jumaat ni cuti umum atas kemenangan Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF 2010. Tapi ada sesetengah pihak macam kurang bersetuju dengan  pengumuman Pak Najib ini. Yang setuju tak yah cakap la berapa ramai kan.

Katannya bila bagi cuti ni pekerja jadi kurang produktiviti la. Dan kalau syarikat itu terpaksa bukak, syarikat swasta perlu membayar gaji overtime. Ditambah lagi kena bayar cukai itu dan ini. Katanya lagi negara cuti, negara jadi relaks tapi nak jadi negara produktiviti tinggi, pendapatan tinggi. Kesian kat Pak Najib kan..

Ada juga yang kata Malaysia ni raja cuti. Setakat menang piala peringkat asia tenggara pun nak bagi cuti. Apatah lagi bila menang piala dunia, mungkin bagi cuti setahun hahaha.. Siap ada yang cakap buat malu dengan negara jiran je.. Soal mentaliti kelas ketiga yang diamalkan oleh pemimpin negara juga dibangkitkan. Iyalah jarang kita dengar di Eropah diberi cuti bila menang bola.

Bagi gua semua orang ada pendapat masing2 pasal cuti ni. Pada akal gua yang setakat diploma pon takda apatah lagi ijazah pun belum tentu lepas ni, gua rasa pengumuman cuti ni bagus untuk rakyat Malaysia. Sebab apa. Ini adalah penghargaan buat pemain dan pengurusan serta sokongan padu rakyat Malaysia dalam sukan bola sepak.

Tak payah search kat internet, beli je paper kat kedai. Tengok macam mana sambutan orang ramai pasal Pasukan Malaysia. Yang kat bandar cara bandar dan yang kat kampung cara mereka sendiri. Tengok sudah pasukan kita 1 malaysia bukan. Jurulatih india, pembantu jurulatih cina, pemain majoriti melayu. Tak bangga ke bro.. kan ini satu cara memperkasakan bangsa malaysia.

Lagi satu bukan kalut sebab status piala tu pun. Tetapi sebab pertama kali kita menang menang piala Asia Tenggara. 14 tahun tu beb mencuba baru dapat. Kalau kita ada anak dah tingkatan 2 budak tu. Alih2 kita menang di tambah lagi dengan kudrat anak muda. Suatu petanda kebangkitan sukan bola sepak di negara kita ke tahap yang lebih tinggi barangkali.

Soal wang kita tolak tepi dulu. Takdanya negara nak bankrap kalau cuti sehar ni. Meh gua cerita secara simple. Bila cuti ni, memang tak kerja la kan. So masa tu boleh diisi dengan keluarga. tak kisah lah yang dah kahwin tu boleh bersama dengan isteri dan anak2 mahupun yang bujang boleh bersama dengan mak ayah. Tengok famili lu sendiri. Contoh mak bapak dua2 kerja  Pergi pagi balik petang. Malam sure letih dan sibuk. Masa dengan anak2 confirm limited gila kan. So tak pelik kalau anak2 zaman sekarang ni memang pelik dan susah nak dikawal. Kurangh kasih sayang mungkin.

Mana lagi syok lu duk kecoh2 pasal lu menang bola daripada lu duk heboh2 pasal rancangan realiti tv yang bagai tuh. Makin hari makin berlambak. Sumpah menyesatkan. Yang tu boleh pulak fikir pasal wang, boleh bawak keuntungan buat syarikat laa. Boleh bagi budak2 muda hiburan laa.. Tak fikir pulak ramai budak muda hanyut dengan ajaran hedonisme ini. Piiraaahh la tambii.. Kalau macam ni bila la budaya sukan kat negara kita nak naik.

p/s: Harga minyak dah naik. Tahun depan harga barang pulak naik. Semua benda jadi mahal. Kerja bukan main lagi, padahal gaji tak naik2 pun.  Hanya pandangan gua saja. Tiada kaitan dengan pembangkang mahupun kerajaan. Tak perlu politik pun pasal ni. Budak kecik pun tahu. All the Malaysian should be proud and appreciate this winning. Tanah Tumpah Darahku. Malaysia Boleh !!!!

5 comments:

dyalova said...

bravo matpek! ^^
setuju 100% dgn isu ni!~

Anisa Hang Tuah said...

good (:

matpek said...

dyalova: haha..tak nak jadi hamba kerja..

matpek said...

Anisa Hang Tuah: thanks sis..selamat bercuti..

CikBulat said...

betol2. act,memang sangat aneh bila pasal bola pun cuti. haisyyy.. pelik until now~

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD