matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Saturday, December 4, 2010

4 dalam 1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

  • Harga Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter. 
  • Dua hari lalu, petrol RON 97 juga naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. 
  • Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.
  • Harga diesel turut mengalami kenaikan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter 
  • Sementara gas LPG juga mengalami nasib yang sama dengan kenaikan 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. 
  • Harga gula pula berubah naik dengan kadar 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Fuhhh..panas..panas..bengang gila malam ni bila dengar berita pasal kenaikan harga ni. Aku tak tahulah kerajaan ni pekak ke bisu ke buta ke. Dorang ingat rakyat kat bawah ni suka ke bila dengar pengumuman      harga naik ni. Yang peliknya padahal hari tu je baru umum harga baru. Selaras subsidi la konon. Alih alih dapat hadiah akhir tahun yang langsung tak menguntungkan rakyat marhaen. Kasi naik angin betol la kerajaan ni. 

Mungkin la bagi kita orang yang berduit ni tak terasa sangat. Alah setakat 5-20 sen ni bukannya banyak sangat pun.  Tapi cuba tanya orang yang kat kampung tu yang belum tentu cukup makan 2 kali sehari. Mesti melenting bukan main. Lagi lagi yang takleh buat kerja pada musim hujan sekarang ni (merujuk di negeri pantai timur). Itu belum kira yang kerja kilang beranak lapan dengan gaji bulanan campur tolak dengan bil air, api, sewa rumah, barangan dapur amat terasalah dengan kenaikan ini. Lebih lebih lagi 4 benda sekaligus. Sakit woo kalau kita kat tempat mereka.

Yang terang lagi bersuluh gua yakin kenaikan ini bukan hanya disebabkan kenaikan harga pasaran dunia semata mata tetapi mungkin ada muslihat di sebaliknya. Perbelanjaan kerajaan yang boros dengan projek yang entah apa2 banyak merugikan duit pembayar cukai. Ketirisan dan korupsi dalam pentadbiran di sana sini yang tak pernah selesai. Ditambah lagi dengan pembaziran yang tidak menentu dan defisit hutang yang menggunung menyebabkan rakyat yang menanggung bebannya. Habis dikaut duit rakyat dimasukkan ke dalam kantung mereka. Yang senang mereka, yang susah rakyatlah tentunya.

p/s: Terima kasih Malaysia. Janganlah kita menjadi hamba yang tak bersyukur.


7 comments:

Shafiq Rosli said...

terbaek la pek..
lme ko x update blog..
1 lg info aku nk tmbh..
utk pengetahuan smue, negara MALAYSIA berhutang snyk RM446.7 bilion..
bnyk tu..
mmg lingkup la negara kte pasni..

matpek said...

hahaha..sumpah bengang gila bila minyak naik harga ni..duet pon tengah kering skang ni..mmg kena bajet gila2 r pasni..

Fatihah nasiha said...

"alah naik berape sen je pun.. tu pun nak bising.. Ape ar".... kata2 orang yg berduit...

matpek said...

tau tak pe..kita yang tak berduit mana ni la yang terasa..

akeep razalee said...

woot! jgn bengang nanti kena jual. .haha. .tapi aku bengang jugak ni. aiseh!!

Cik Lily said...

ooooooo. baru tau. ngee

Nur Fannun said...

ni la namanya pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan..byk mksud tau slogan ni, positif n negatif.apa2 hal yg dulu yg kena tnggung rakyat yg penting adlh pencapaian..betol x?

so naik la basikal, jalan kaki atau bus. tak pyh pening fikir psl minyak, tol, rotex, smn ekor.tenteram jiwa

baru2 ni de iklan suruh jimatkan tenaga, sbb sumber smkin berkurangn, kalut suh rkyt berjimat, depa membazir bleh pulak?

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD