matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Thursday, July 15, 2010

Rasa bangga pula bila Program Imam Muda boleh sampai kat Jerman dan Switzerland



FRANKFURT - Media di Jerman dan Switzerland melaporkan secara meluas mengenai program realiti televisyen Malaysia berjudul "Imam Muda". Pada masa di kebanyakan negara di barat, program bakat televisyen dianjurkan bagi memilih bintang Malaysia memilih "bintang imam" berikutnya menerusi program pencarian bakat, seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar di Jerman dan Switzerland.

Butiran mengenai program "Imam Muda" dilaporkan dengan meluas oleh akhbar harian; daripada Tagesspiegel, Merkur Online menerusi n-tv.de, Bild.de, Sueddeutsche Zeitung sehinggalah kepada akhbar harian Switzerland, Tagesanzeiger - membuatkan pembaca begitu asyik, seperti yang digambarkan oleh pembaca dalam komen mereka terhadap laporan berita itu. Menerusi program "Imam Muda", kira-kira lapan anak muda muncul di televisyen di Malaysia pada waktu perdana, lengkap berbaju Melayu dan bersongkok. Tagesanzeiger, misalnya, menyifatkan calon berkenaan sebagai "superstar" di televisyen Malaysia dan melaporkan bahawa mereka nampaknya telah menjadi pujaan hati ramai wanita muda. - (Source)

Lepas ni boleh la sambung buat edisi kedua pula.. kalau dah orang luar pun nak buat liputan meluas pasal progaram realiti televisyen ini, kita kat Malaysia kena la sokong lebih dari tu. Tapi bagi kita yang muslim ni tak cukup sekadar dengan sokong malah harus mengambil input - input yang berharga dan mempraktikkannya dalam kehidupan. Mungkin boleh diusahakan untuk mengurangkan program realiti TV yang berbentuk hiburan dan banyakkan program berbentuk ilmiah dalam aspek agama,ekonomi,politik. Tak da la kepala otak rakyat malaysia ni asyik terikat dengan hiburan je. Mana taknya, dari kecil lagi dah disumbat dengan program seperti Tom Tom Bak.. Memang ada bagusnya, tapi banyak jugalah yang tak bagus.

Cuba korang tanya budak2 sekolah.. "Adik kenal tak dengan Mawi, Stacy,Shahir..?" Mesti dorang kenal punyalah.. Lagi dasyat siap boleh hurai lagi satu2 tentang penyanyi tu..Asal kat mana, nyanyi lagu apa, dah kapel,/kahwin ke belum.. Yang tahan siap boleh nyanyi tanpa tengok lirik lagi tu.. Kalah orang tua beb.. Kira bagus jugak la tu..update pasal situasi sekarang..haha

Tapi yang tak bagusnya bila kita tanya bab agama, sejarah.. "Adik kenal tak dengan Hassan Al Banna, Syeikh Ahmad Yasin, Abdul Aziz Rantisi..." Jarang la yang tahu pasal tokoh2 Islam ni.. Aku sendiri baru pun kantoi dulu..haha Tapi bila dah baca buku, dapat lah tahu sejarah diorang.. perjuangan diorang dalam memperjuangkan daulah Islamiyah.. Rupa - rupaya tarikh lahir masihi aku sama dengan tokoh Abdul Aziz Rantisi... Harap2 ada la sikit pemangkin untuk jadi yang lebih baik pada masa akan datang... Insya Allah.. Dilemma gejala sosial pada masa kini.. Program- program di televisyen ibarat mencurahkan minyak petrol ke dalam api yang sedang marak.. Dari aku yang fakir...

No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD