matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Sunday, July 18, 2010

Sukanya membazir : Kita melihat dari mata yang sama tapi dari sudut yang berbeza



Hari ini selesai sudah RX Family Day kat padang MBSA.. Tak tahu pun ada padang kat situ.. terpaksa meredah jalan jugak la tadi.. Aku bukan committee pun, sekadar jadi person in charge untuk permainan pingpong terapung dan total sum.. tapi sebab ramai yang tak datang tepat pada waktunya bercampur dengan budak part 1 ada koko terpaksalah dibatalkan permainan total sum itu.. masa pun dah drag lama...dan apa lagi kerja aku kat sana buat buat sibuk je la.. apa apa pun keseluruhannya semua orang yang datang termasuk pensyarah enjoy the game.. Yayyyyyy!!! Just for the ending part ada sikit spoil la about the flow of the event.. apa mau buat semua dah jadi.. aku tak mahu komen apa apa sebab yang handle program ni semua yang hebat belaka.. CONGRATULATION TO ALL.


tapi aku agak terkilan lar siapa yang tak datang.. tak kisah la program apa pun..besar ke kecik ke.. bukan apa, pihak committee dah bajet kaw kaw untuk makanan bagi peserta program.. dah la nak dapat bajet kemain punya susah.. sampai program pun kena tunda sana sini.. alih alih bila dah dapat bajet, bukannya dapat penuh bajet tu.. nak kena total up berapa orang akan datang program.. makanan kena berapa banyak..


tup tup tadi berapa ramai yang datang family day.. program kemain gedabak besar..tapi sambutan biasa je..( tahniah untuk yang datang).. yang confirm makanan mesti banyak lebih.. yang aku sedih bila banyak nasi untuk makanan tengah hari tu dibuang begitu saja. makanan yang boleh tahan seperti roti, air kotak, air mineral boleh la accept kan..sebab boleh simpan lama sikit.. ni kalau dah nasi bukan setakat sehari nak simpan, masak pagi tadi petang pun belum tentu boleh makan lagi ke tak.. memang la ada yang bawak balik tapi masih banyak lagi kut yang lebih..


Aku memang rasa agak terkilan r masa buang nasi tadi dalam tong sampah sebab dah berbau.. kalau korang dapat bayangkan betapa banyaknya duit dah dibuang dekat situ.. paling banyak tadi pun bajet dalam 30 bekas..banyak kot.. memang la duit boleh dicari..tapi ni rezeki.. makanan pulak tu.. tak yah cakaplah nasib orang di palestin, kita banding je dengan situasi kat negara kita.. aku tak tahu la macam mana orang yang keluarga susah2 kat kampung sana tu.. dengan duit belanja yang semakin meningkat..harga minyak naik, gula pun naik..lama lama nanti harga barang mesti naik.. 




kita senang senang je buang makanan/rezeki macam tu je.. tapi memang tak buat macam mana pun.. kalau nak simpan pun bukan boleh buat makan pun.. buat sakit perut boleh laa.. adeiihh.. aku tak mahu salahkan sesiapa dalam keadaan macam ni.. semua dah berusaha, cuma kurang berkesan.. takda antara kita yang minta semua ini berlaku.. tak kisah la apa pun, tapi yang penting dalam masa kita senang boleh makan sedap sedap 2,3 kali sehari.. jangan pula kita lupa akan orang yang bersusah payah mencari sesuap nasi.. aku pun tak da la baik sangat.. tapi untuk kebaikan bersama sama samalah kita kurangkan pembaziran.. selagi boleh guna kita gunakan.. Bukan apa kalau ini yang kita amalkan, berapa banyak program yang akan ada selepas ni.. bagi yang tak datang kena lah ambil tahu yang orang lain dah susah payah anjurkan program untuk korang, sediakan makanan,pengangkutan... don't be too selfish..




masih teringatkan nasi tadi..masa kecik kecik dulu mak ajar kena habiskan nasi kat pinggan tu..jangan bagi ada sebiji pun..kalau tak nanti nasi akan menangis.. kalaula nasi kat MBSA tadi boleh bercakap dah lama kena maki kot... YANG FAKIR...

No comments:

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD