matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK
Showing posts with label Aimie Harmelia. Show all posts
Showing posts with label Aimie Harmelia. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Apek Terpaksa Putus Tunang Walau Tiada Orang Ketiga



Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad. Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit. Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi. Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan. Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”


p/s: Ni la bahaya kalau letak status emo kat facebook..terlalu banyak kisah diri dicanang dalam blog..ni semua ujian..gua harap lu sabar dan buat keputusan yang terbaik untuk masa depan lu sendiri.


Friday, July 29, 2011

Skandal Dahlia Teck Pembakar Semangat Khairul Fahmi




Bismillahirahmanirahim...

1. Malaysia 1, Singapura 1. Agregat Malaysia 4, Singapura 6. Congratulations Lions. Tak lupa tahniah juga buat rakyat jelata yang sanggup memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil. 85000 tu derr..Itu yang kita nak. Lawan Arsenal, Liverpool, Chelsea boleh datang, inikan Harimau Malaya. Thumbs up!

2. Perlawanan yang menarik tapi taktikal macam sampah. 1st eleven seperti dibayangkan. Cuma status Ismail Faruqi saja diragui. Tempo permainan laju. Bola cepat sampai pada target man dan bola juga cepat hilang. sebab tu bagi gua itu sampah. Lagi satu taktik long ball passing sampah diguna pakai. Memang kalah la kalau stricker kita nak beat dengan defender Singapura yang tinggi lampai tuh. Kalau setakat jarang2 guna long ball passing ok jugak, ni sampai sepuluh kali main taktik tu, memang bodoh la nak lepas.

3. Midfield. Main pulak long ball, yang passing tu mostly dari right left defender. Langsung tengah tak hidup. Tambah lagi bila Ismail Faruqi yang jadi 1st eleven, impak serangan kurang dan ball winning hampir tiada. Kalau ada pun, mesti passing ke flanker. kalau tak pun terus buat long passing walaupun tiada pressure dari pihak lawan. Tapi gua puji Ismail sebab agak confident untuk pegang bola dribble, tapi macam chhaiiiss bila bawak bola sampai atas..Agak2 la nak pegang bola lama2 pun. Pertukaran Ismail Faruqi dengan K.Gurusamy dikala kita mahukan more offensive game diragui kerana Guru dilihat lebih sebagai defensive midfielder. 

4.  Defence. Aidil yang main hanya 20 minit lebih sebab cedera, ditukar dengan Muslim bagi kesan pada perlawanan malam ni. Aidil tiada, tiada leader dalam padang walau Safee kapten. No leader no playmaker. Overall gua puji defender kita kali ni sebab lebih pressure oppenent, berani tackle dan kurang buat mistakes bodoh. Right left defender selalu buat overlap dan cepat turun cover balik. Gol Singapore, pada gua kita leka sedikit sebab terlalu asyik menyerang. Man marking kurang.

5. Goalkeeper. Khairul Fahmi Che Mat @ Apex gua angkat dia sebagai Man Of  The Match. Banyak save bola bahaya dari Singapura. Minit2 awal serangan depan gol, kaki Apex jadi penghalang. Tangkapan meyakinkan. Free kick, sepakan  penjuru berjaya diselamatkan dengan superb sekali. Paling awesome bila serangan one to one dari counter attack Singapura. Perrgghhh terbaik. Walaupun dilanda skandal, permainan lu memang patut dipuji 100%. No doubt.

6. Attacking. Sekali lagi Safee Sali membuktikan dia adalah penyerang terbaik Malaysia buat masa kini. Menjadi pemain pertama yang beraksi di Liga Indonesia, shot on target beliau tidak mengecewakan. Lihat golnya, tenang saja melepaskan rembatan padu menewaskan sorang defender dan goalkeeper walau sudutnya agak sukar. Kesungguhan beliau harus dipuji. Tapi kalau main bagus pun, taktikal passing sampah buat apa. Gandingan Hadi Yahya- Safee Sali kurang menjadi. Hadi tenggelam tak timbul2 bila disuruh bermain sebagai backup stricker sedangkan beliau selalu bermain sebagai top stricker. 

7. Dahtu, Fakri Saarani pulak masuk jadi supersub. This is the worst tactical by King Gobal. Tak tengok ke camna budak Fakri ni main first leg. Liga Super pun tak perform. Pilihan lain ada je, Ashaari Samsudin, Badrool Bakhtiar lagi berkesan dari mamat ni. Harapkan tinggi je lebih. Tapi biasa la, "saya kenal pemain saya", "itu hak saya" mesti jawapannya. hehe Supersub jadi super red card wadehel...Takpun hanya mampu tolak pemain lawan keluar padang supaya tidak melengahkan permainan..hahaha

8. Winger. S. Kunalan dan Amirul Hadi. Banyak bagi sumbangan pada serangan. Rajin dan bertenaga. kadang2 je buat mistakes bila passing dan control ball. Tak tahu la taktikal King Gobal ni, winger lebih kepada ball crossing dari tepi dan kurang untuk jadi advance playmaker untuk penetrate kawasan Singapura. 

9. Rumusan. Good game, wrong tactical but great effort. Menyenaraikan Aidil Zafuan yang masih belum cukup fit merugikan taktikal King Gobal sebab kena buat pertukaran awal. Memilih Ismail Faruqi berbanding pemain yang lebih pengalaman di international level macam Badrool dan Ashaari memakan diri Rajagobal. Kemasukkan Fakri ternyata membawa kehancuran untuk Datuk Raja.  

10. Sekadar luahan hati, maaf kalau silap. Kita cuba lagi nanti. Gua tetap akan sokong Harimau Malaya. Go tigers go tigers. Singa pura penuh dengan pura pura bak luahan seorang rakan "it was very frustrating watching game in stadium when only one team is trying their best to play football and the other trying their best to waste time".



previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers