matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Wednesday, June 1, 2011

Bola Kelantan & Terengganu | Rasuah

Dua perlawanan melibatkan dua gergasi bola sepak dari pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Kedua dua pasukan ini akan bertemu antara satu sama lain dalam baki aksi liga super pada 6 Jun dan perlawanan akhir Piala FA pada 11 Jun. 

Berdasarkan kedudukan Liga Super sekarang Kelantan memiliki kelebihan gol untuk menerajui liga yang diekori rapat oleh pasukan Terengganu. Perlawanan pada 6 Jun ini bakal menentukan siapakah yang bakal menjuarai liga pada edisi kali ini.


Ada ura ura yang mengatakan perlawanan Final Piala FA telah diatur dan wujud konspirasi rasuah. Cakap cakap yang berbunyi mengatakan perlawanan akhir antara Kelantan dengan Terengganu bakal menyaksikan kemenangan akan diberi kepada pasukan Terengganu.

Sebabnya adalah sebagai hadiah kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan dari Terengganu sempena ulangtahun keputeraan Agong. Tambahan pula tahun 2011 merupakan pelengkap pada tahun kelima bagi giliran Sultan Melayu sebagai Agong.

Dan ura ura mengatakan lagi Kelantan akan mendapat takhta sebagai juara Liga Super 2011 sebagai balasan tersebut. Jelas sekali percaturan ini menimbulkan kemarahan peminat bola sepak yang sanggup memenuhkan stadium, memberi semangat untuk kemenangan pasukan. 

Apa apa pun bagi gua ini adalah tidak lebih sebagai salah satu perang psikologi untuk menambahkan rencah bola sepak tempatan. Dan walaubagaimanapun jika ini benar benar berlaku, ia adalah satu kerugian besar buat bola sepak Malaysia secara amnya. Nak tahu betul ke tidak cakap cakap bola ini, tunggu dan tengok perlawanan liga super pada 6 Jun ini dan itu mungkin satu penentu dan bayangan kepada Final Piala FA nanti.


Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers