matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Thursday, July 28, 2011

Hari Ini Semua Orang Bercakap Pasal Bola Sepak


1. Kurang 8 jam je lagi pertarungan hidup mati Harimau Malaya menentang Singapura dalam saingan Pra Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014. Pilihan yang ada antara layak atau tersingkir. Sebelum ini perjalanan Harimau Malaya dari Stadium Jalan Besar Singapura agak goyah dengan membawa defisit dua gol dan bekalan tiga gol tempat lawan wajib ditebus paling kurang dua gol tanpa bolos untuk layak.

2. Perkiraan nampak senang yakni cari gol awal dan banyak gol tapi percaturan 90 minit di Stadium Nasional Bukit Jalil sudah tentu sukar. Tambah lagi dengan kepincangan pada bahagian pertahanan sekaligus memberi kesan pada penjaga gol. Namun, dengan semangat Harimu Malaya pemain, jurulatih, pengurusan dan penyokong mampu membawa kemenangan pada malam ni.


3. Paling penting malam ni bila kita mula membuka jaringan perkara pertama yang player kena lakukan ialah jangan celebrate dulu. Kutip bola dari belakang jaring dan bawa ke tengah padang. Stay focus dan tambahkan nafsu serakah untuk cari lebih banyak gol. 

4. Kemudian bila kita dah score kali kedua pun ulang turutan yang sama, lupakan celebration dulu. Lepas tu gol yang ketiga dan keempat pun buat benda sama jugak. bila dah gol yang kelima kalau korang nak celebrate bukak baju seluar sampai tak ingat dunia pun korang punya pasal lah.

5. Kita mesti buat macam ni sebab walau striker kita dapat score sedozen pun kita tak tahu berapa biji pulak defender dengan goalkeeper kita akan bolos malam ni kan. Papepun kita semua kena positif dan pandang ke depan untuk capai kejayaan. Ingat!! kejayaan kita tu bukan setakat menang di home ground saja tapi mesti layak ke pusingan ketiga. Gua harapkan Malaysia akan menang dengan jaringan 3-0 malam ni..cayaaallahh..AAUUUUMMMM


Kita layan dulu lagu hitam kuning hitam kuning go tigers go tigers!!!







4 comments:

~teratai nailofar~ said...

neh lgu black n yellow eh?

silverlocket said...

Cool dowh lagu hitam kuning ni haha

Unknown said...

yaaa..lagu black and yellow

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers