matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK �

Monday, January 31, 2011

Tahun 2011 Tahun Berkat. Terima Kasih Kerajaan Malaysia Kerana Menaikkan Lagi Harga Minyak RON 97


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut seorang sumber kerajaan.Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97. 

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini. Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa. Sumber (Malaysiakini)

Tepat jam 00:00:00 tengah malam ini bersamaan dengan 1hb. Februari, 2011 kita akan meraikan kemenangan UMNgOk/Barang Naik di Tenang... Hadiah ini akan dinikmati oleh seluruh Rakyat Negara Malaysia... Tahniah buat pengundi Dun Tenang sempena berita ketenangan ini..Yahooooooo.... Terima kasih kerajaan Malaysia.. Kadar tol tak jadi naik untuk 5 tahun tapi minyak pulak kasi naik..Prihatin la konon..sama saja la wes..mind spinning tu semua..

Lagi tak leh blah bila RON 97 banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi..Wallaweh.. bagitau budak sekolah boleh la der.. Rakyat masih ingat lagi la diorang isi minyak ape 5 tahun lepas..sembang je lebih.. Tak tengok ke ape yang dah jadi kat Tunisia dan Mesir sekarang ni. Negara huru hara sebab pemerintah cilok duit rakyat. Isu itu projek ini banyak yang bocor. Isu FLOM yang latest tak yah cakap la. Berapa juta tu semua. Nampak sangat duit dah takda. Hutang kerajaan makin lama makin banyak setiap tahun. Pelabur pun ramai nak blah dari Malaysia. 

Emo la weh kalau cam ni.. semua benda nak naik sokmo...argghhhhh!!! Come on young generation. Ubah sekarang selamatkan Malaysia. 


Tuesday, January 25, 2011

Banduan Dari Penjara

Lagu Prisoner Of Love ni best kan..hahaha Dinyanyikan oleh Utada Hikaru. Lagu ni pernah jadi OST drama Last Friends...sedih kot drama ni.. Tak pernah dengar pon lagu ni before someone introduce it..tapi lama2 dengar cam menarik jek..btw chillax guys Gua tahu semua orang tengah happy sekarang kan2  :-) kahkahkah


Sunday, January 23, 2011

Happy Warriors: The Official Kelantan FA Jersey For 2011 Season

Dengan rasminya Syarikat Prabayar Happy-Digi telah menjadi penaja utama sekali gus mendapat hak sebagai title sponsor di jersi baru skuad The Red Warriors musim 2011. Di depan jersi terbaru ini akan tercatat logo 'Happy Warriors'. Happy muncul sebagai penaja terbesar dengan jumlah penajaan mencecah jutaan ringgit walaupun jumlah tepat tidak diumum. Antara penaja lain yang terlibat dalam Skuad Kelantan 2011 ialah UMBRO selaku penaja barangan sukan, Sinar Harian, Alhamra, Al Jabbar dan Yusmira. 

HAPPY ini sebenarnya samalah dengan DIGI. Bila berada di Kelantan dan Terengganu ia akan dikenali dengan nama HAPPY tapi bila lu dah keluar ini area ia akan tukar balik jadi DIGI macam biasa. Nak tahu lebih lanjut ushar kat website HAPPY dan facebook HAPPY Prepaid. Sekarang ni pun ada promosi untuk pengguna internet prabayar HAPPY di Kota Bharu kat sini. Jadi ura ura KAFA nak keluarkan Mobile Phone TRW dan Simkad TRW (rujuk di sini) boleh dianggap satu usaha yang bakal tercapai dengan penglibatan bersama syarikat Happy ini.

Home Jersi Kelantan

Away Jersi Kelantan

Gambar belakang jersi TRW 2011

Penaja di belakang jersi: Yusmira, Al Jabbar, Al Hamra, Sinar Harian

Tan Sri Annuar Musa selaku Presiden KAFA dan Timbalan Presiden FAM

Barisan pemain The Red Warriors

Nicholas Chan bakat baru yang pernah berlatih di Cardiff City dan West Ham United

 
New Happy Warriors yang baru berusia 19 tahun

Apek happy nampak nya.

Credits to KelantanFA

p/s: Banyak sungguh penaja musim ni. Biasa la tu buat bisnes dengan bola sepak kan. Pengurusan kena pandai cari duit sendiri, baru pasukan boleh naik. Dengan hasil duit tu boleh guna untuk pembangunan bola sepak akar umbi. Klinik bola sepak lepas ni boleh dipertingkatkan bagi mencari bakat bakat muda yang baru. 

Pada masa yang sama ini boleh memasyarakatkan sukan bola sepak di negara kita di samping kebangkitan ultras masing2. Okay, jersi The Red Warriors pun dah happy, harap2 pihak pengurusan, penaja, jurulatih dan penyokong semuanya happy. Jadi main kat atas padang pun kena happy la jugak. Keputusan nanti pun mesti mau happy la ye..


Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers