matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Wednesday, September 29, 2010

Belasungkawa: Arwah Azuan Azhar dalam kenangan.. Al Fatihah

Malam tadi aku baru dapat berita sedih dari member aku mengatakan ada sorang senior aku masa kat ASiS telah kembali ke rahmatullah disebabkan kemalangan jalan raya. Arwah Azuan Azhar aka Koker merupakan OASiS (Old Boys ASiS) yang ke 2. Arwah juga dormate senior kesayangan aku dulu. Masa tu aku Form 4 dan dia pula Form 5.

Mula mula bila dengar berita ni aku rasa macam tak percaya je. rasa sedih gila sebab kami dormate junior sekali ngn Mat,Yudin, Rusydi, Kulai memang sangat rapat dengan arwah masa menginap di teratak 1A1. Walaupun kehidupan kami bersama hanya setahun je tapi banyak kenangan dan memori kami dengan arwah.  Dan dia adalah satu satunya senior yang pernah kontek aku selepas keluar dari sekolah. Seingat aku arwah sambung degree kat UniMaP dalam chemical enginnering.

Aku masih ingat lagi masa aku mula2 menjejakkan kaki kat ASiS ni, waktu tu dia kiranya jadi macam wakil dorm la. Sesiapa yang tak tahu tradisi kat ASiS setiap tahun bila hari pendaftaran pelajar baru Form 4, setiap dorm akan ada 2 orang wakil (biasanya seorang ketua dorm dan penolong) untuk menjemput ibu bapa dan pelajar yang terpilih masuk ke dorm tersebut. Waktu tu Anas selaku Ketua dorm dan arwah adalah penolong. Jadi mereka ada antara pelajar ASiS yang terawal aku kenal. Aku paggil dia abang wan. Perwatakan arwah memang baik dan aku respek sangat dengan dia.

Dalam masa setahun kehidupan kami bersama dalam dorm 1A1 banyak yang kami pelajari dengan arwah. Tidak kiralah dari segi pelajaran mahupun kehidupan bersosial. Terus terang aku cakap, waktu tu antara 7 senior dormate kami, arwahlah yang nampak paling matang. Mungkin disebabkan arwah pandai bercakap dan bergaul dengan orang lain membuatkan dia lebih dari yang lain. Dan arwah juga antara yang paling banyak bercakap dan paling rapat dengan junior2 nya. Dalam ramai2 dormate senior kira dialah yang paling otai lar. Bukan sebab otai samseng ke hape tapi sebab banyak pengalaman. Tak tahu la dia sembang ke tapi mostly apa yang kami sembangkan dalam masa setahun bersama banyak mengajar aku untuk hidup.

Bermula dari cara macam mana nak pasang cadar dengan kemas dan tegang serta tak yah susah2 bangun pagi nak kemas balik tiap2 hari. Buat pengetahuan semua ASiS menggunakan cadar yang tak bergetah. memang skema okeh. Dan disebabkan tahap keskemaan yang tinggi itu banyak benda mesti perfect. Pagi2 lantai kena mop kasi bersih, pastu nak g kelas tak leh ada satu pun pakaian yang bergantung atas katil waima tuala sekalipun. Selipar kasut semua kena susun kasi rapi. Jadi arwahlah yang banyak mengajar untuk setelkan tu semua dan takyah jadi skema sangat.

Dulu kan kat sekolah tak boleh banyak handphone. Lagi2 kalau kat ASiS. Kat sane kalau kami bawak sekalipun memang teramat susahla sebab dalam dorm pun takda plug. Yang ada hanyalah bilik seterika dan kelas. Dua2 tempat panas dan tak selamat. Hampeh btol. Dulu aku sempat la bawak handphone tu dan nasib baik la tak pernah kantoi dengan warden sebab arwahlah yang banyak tolong aku simpankan dan caskan handphone aku. Terimah kasih bro.

Terlalu banyak kenangan semasa bersama dengan arwah untuk aku ceritakan kat sini. Akanku simpan segala memori bersamamu. Bagi aku kau seorang yang baik. Selalu menhulurkan bantuan di kala kami kesusahan. Aku tak sempat pun nak add fb ko. Kehilanganmu amat aku rasai sekali. Aku doakan ko damai di sana. Aku juga maafkan segala salah silap antara kita. Dan aku juga halalkan segala makan minum dan perbuatan sepanjang kehidupan kita. Dan kalau ada sesiapa yang terbaca entri ini. mungkin ada antara kita yang ingat atau yang lupa....sama2 lah kita ampunkan kesilapan arwah dan moga dihalalkan makan minum kita semua. Sama2 lah kita mengambil kesempatan sesaat dua sekurang kurangnya menyedekahkan Al Fatihah kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang soleh.


AL FATIHAH 
AZUAN AZHAR 
DALAM KENANGAN 
BENDAHARA ASiS 04/05
(1988-2010)


Wednesday, September 22, 2010

Siapa ambil subjek pendidikan moral masa spm dulu?? Saya ambil pendidikan Islam je...

Dulu masa kecik2 mesti anda semua ada cita cita impian masing masing. Antaranya peguam dan doktor. Masing2 ada peranan tesendiri. Tapi tak bermakna mereka tidak boleh menjalankan tugas bersama. Semua tahu kebanyakan peguam kerjanya bergelegar di mahkamah manakala doktor pula di hospital atau klinik. Persoalannya di sini ialah ISU MORAL. Tidak berbangkit soal falsafah mahupun falsampah di sini.

Pertama ialah tugas peguam. Mereka berperanan sebagai penegak keadilan di atas dunia yang berpaksikan undang2 sivil mahupun syariah. Soalnya di sini ialah adakah bermoral bagi mana-mana peguam membela penjenayah kejam yang telah mengaku melakukan kekejaman yang tidak boleh diterima meskipun oleh kaum haiwan. Mungkin ramai akan mengatakan tidak bermoral bagi membela orang seperti itu.


Okeh kita tengok pulak tugas doktor. Mereka berperanan menyelamatkan nyawa pesakit secara umumnya. Jadi adakah doktor jugak harus berbuat demikian kalau kita nak bandingkan dengan tugas seorang peguam? Adakah bermoral bagi seorang doktor perubatan untuk menyelamatkan nyawa seorang pembunuh atau penjenayah di hospital? Pening jugak kan. Kalau tak selamatkan, tak dinamakan doktor pulak kan. Persoalan moral di situ menjadi tanda tanya. Apa pendapat anda semua.?

Saya sebagai pharmacist to be pun tak pasti. Adakah ahli farmasi harus memberikan ubat kepada penjenayah yang kejam ini. Mungkin nanti lepas belajar subjek etika sebagai farmasi, baru betul2 boleh menjawab persoalan moral ini. Jadi saya tinggalkan persoalan ini untuk difikirkan oleh anda semua. Tidak kisah la kalau anda bukan seorang doktor atau peguam mahupun ahli farmasi. Janji anda masih berakal dan bermoral. Jom kita renungkan bersama....

Tuesday, September 21, 2010

Sup Gearbox dan Ulam


Gambar ni aku amik kat bazar ramadhan baru ni kat kampung aku di ketereh. Kalau 'giabok' itu ada logiknya ditulis begitu kerana bunyinya seakan akan sama dengan gearbox. Tetapi bagi aku ejaan 'ulang' itu tidak menepati perkataan ulam sedangkan biasanya ulam disebut 'ule' atau 'uley' di negeri Kelantan. 

Fuhh..masa snap gambar ni rasa segan tak yah cakap la. Sebab ramai gila kot orang time tu. yang makcik tukang jual tu pun tak habis2 duk jeling kat aku..haha Tapi tak pa bukan orang kat situ cam aku pun. Jarang2 sekali ada bazar ramadhan kan.

Monday, September 20, 2010

Dunia Dayat Domain Giveaway

Thanks to Shafiq yang tag aku sal contest Dunia Dayat Domain Giveaway.. Saja je gatal tangan nak cuba contest ni. Mana la tau ada nasib boleh menang. Dapat domain percuma lagi tu.



Cara-cara nak menyertai contest ni senang je. Buat satu entry dan ikut syarat-syarat ini

1. kena jadi follower blog ni (kalau follow di facebook dan twitter sekali pun ok juga) :)
2. Letak banner contest ni dalam entry korang :)
3. Link kan entry ini ni dalam entry yang akan anda buat. :)
4. Letak link duniadayat.com dalam blogroll/bloglist. :)
5. Nyatakan domain yang anda kehendaki (pastikan domain yang anda pilih belum ada yang punya) :)
6. Tag 3 orang kawan anda dan beritahu mereka supaya mereka tahu anda menyertai contest ini.(lebih pun tak apa)

Tarikh tutup pada 21 september 2010. 

Domain yang available matpek.com



Gua bangga dan gembira dapat sultan baru. Dari "DAULAT TUANKU" ke "ALLAHU AKBAR"

Hari raya tahun cukup bermakna bagi rakyat negeri Kelantan. Bukan saja dapat menyambut Aidil Fitri dengan meriah tetapi mendapat seorang Sultan yang baru. Tuanku Muhammad Faris Petra jelas sekali menujukkan beliau seorang yang mementingkan keagamaan memandangkan Baginda sudah dididik dengan pelajaran agama oleh ulamak sejak dari kecil. Permasyhuran Baginda sebagai Sultan Kelantan yang baru bagi menggantikan ayahandanya yang gering memberi sinar baru pemerintahan beraja di negeri ini. Sejak memangku jawatan Sultan Kelantan sebelum, rakyat jelata memang senang hati dan bersyukur kerana dikurniakan seorang ketua negeri yang berjiwa rakyat dan kuat beragama.

Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah segera berangkat ke masjid kesayangan Baginda, Masjid Muhammadi, untuk menunaikan sujud syukur dan seterusnya bersembahyang Asar bersama-sama rakyat jelata. Pada hari Jumaat 17hb. September 2010 pula, Tuanku Muhammad Faris Petra, dengan diiringi oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, menunaikan sembahyang Jumaat dan sembahyang Hajat di Masjid Muhammadi.


Selaras dengan jiwa keIslaman Baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra, yang bakal bergelar Sultan Muhammad Ke-V dan bakal bersemayam di Istana Negeri, akan memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam pemerintahan Baginda.

Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan). Bagaimanapun, walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak.

Patik sebagai rakyat Kelantan  mendoakan Tuanku dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan terus menyinari syiar Islam di bumi Kelantan.

Friday, September 17, 2010

LOVE VS LIKE



In front of the person you love, your heart beats faster
In front of the person you like, you get happy
In front of the person you love, winter seems like spring
In front of the person you like, winter is just beautiful winter
In front of the person you love, you cannot say anything that comes into your mind
In front of the person you like, you can
In front of the person you love, you cover to get shy
In front of the person you like, you can show your true self
If you look into the eyes of the one you love, you blush
In front of the person you like, you smile
The person you love comes into mind every three minutes
The person you like comes into mind everytime you see him or her
When the one you love is crying, you end up comforting
The feeling of like starts from ears
The feeling of love starts from eyes
So, if you stop liking a person, you used to dislike or you need to do is cover your eyes
But, if you try to close your eyes, love turns into a deep of tears and remain in your heart forever

thiS woRd sh0w mE thE impoRtant iN fRiendshiP

Friendship is a strage thing.We are telling to each other the detail of our lives. Things we do not even share with the family who raided us. But, what is friend? A confident? A lover? A shoulder to cry on? An ears to listen? A heart to feel? A friend is all of these or more? No matter where we met, no matter how long we have been together, I call you as a friend. The word so small but, so large in feeling. The word filled with emotion and the word is overflowing with love. As we go on, we remember all the times we had together and life also change, comes whatever we will still be a friends forever.
A friend is like a flower that is giving cut its fragrance
A rose to be exact
Or may be like a brand new gate
That never comes unlatched
A friend is like an owl
Both beautiful and wise
Or perhaps a friend is like a ghost
Whose spirit never dies
A friend is like those blades of grass
You can never mow
Standing straight, tall and proud
In a perfect row
A friend is like a heart that goes
Strong until the end of our lives
Where would be in this world
If we did not have a friend
That truly care for us and shares with us their bitter
and sweet memories

Thursday, September 16, 2010

Cerita selepas raya pasal dodol...mungkin sebenarnya

Ahh..lega..baru dapat update belog. Macam mana dengan raya korang kali ni? adakah raya tahun ni sama dengan raya tahun2 lepas. sama duk sibuk pasal hal mercun la, duit raya la, ketupat lemang la eksiden la dan macam2 lagi. biarlah lah macam mana sekalipun kamu merayakan Aidilfitri ini asalkan matlamat hari raya itu tercapai.okeh, yang aku nak cerita ni pasal dodol. takyah cakap la kalau musim raya mesti ada kat kampung2 buat kacau dodol ni. asal raya je mesti ada dodol. asal dodol je mesti raya je kan...haha macam tak betul je kaitan tu.



yang pertama sekali kamu semua mungkin fikir bila buat atau kacau dodol ni konon-kononya bolehlah...dapat merapatkan silaturrahim antara jiran dan orang kampung yang akan membantu bila masa mengacau dodol ni. tapi sebenarnya bila membuat dodol ni akan memungkinkan korang...bertambah menyampah kat orang kampung dan jiran tetangga yang hanya datang time dodol dah masak. mungkin la kan.

bukan setakat itu saja, korang mungkin fikir bila buat dodol ni konon-kononnya bolehlah...mendapat side income sempena raya ni dengan menjual hasil dodol. tapi sebenarnya membuat dodol ni akan memungkinkan korang pokai sebab sebelum sempat korang jual, dodol ni dah habis dimakan dek anak bini dan orang kampung. kalau dapat dijual sekalipun korang mungkin tidak akan sempat merasa kerana duit hasilnya telah dibedal oleh mereka untuk memborong langsir dan baju raya.

habis cerita bab jual dodol. cuba kita tengok yang ni pulak. kamu semua yang lelaki ni mungkin fikir bila buat dodol konon-kononnya bolehlah...berlagak macho depan awek bajet gagah mengacau dodol tak berhenti henti. Tapi sebenarnya bila membuat dodol ni akan memungkinkan korang...jadi bahan lawak dan sindiran kerana tak sampai seminit kacau dodol pun dah nak mintak orang ganti.apedaa...haha

okeh yang last sekali  cerita bab dodol ni. korang mungkin fikir bila buat dodol ni bolehlah...berbangga konon-kononnya dapat mewarisi resipi tradisional Melayu ala ala lelaki melayu terakhir gitu haha. Tapi sebenarnya membuat dodol ni akan memungkinkan korang...putus asa untuk belajar resepi tradisional Melayu ni sebab sepanjang panjang pengalaman korang membuatnya tak pernah jadi kan..haha

Friday, September 10, 2010

Salam 1 Syawal 1431.. Minal A'idil Wal Faizin

Sempena hari raya aidilfitri yang mulia ini saya ingin memohon maaf kepada ma, abah, keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan semua insan yang mengenali diri ini di malaysia.  ada ketika dua mata ini tersilap memandang, ada kala dua telinga tersalah mendengar, kadang2 lidah yang lembut tak bertulang ini terlanjur berkata kata, tak lupa juga bila fikiran selalu terkhilaf menafsir, dan ada ketika hati ini tersilap menduga. mohon diampunkan zahir dan batin. semoga dengan kedatangan lebaran kali ini membuatkan kita semua lebih mengerti apa itu kehidupan. sambil2 makan ketupat ingat saya dalam kenangan. - perajurit AA082072 matpek...sempadan Palestin..

Thursday, September 9, 2010

Apa maksud Aidil Fitri dalam diri korang semua?

Kalu kita bertanya 10 orang mengenai definisi Aidil Fitri; kita akan mendapat 10 jawapan yang berbeza;

1.  Ustaz: Aidil Fitri adalah hari kemenangan menentang hawa  nafsu setelah berpuasa sebulan di bulan ramadhan

2.  Pendakwah: Aidil Fitri adalah hari graduasi madrasah ramadhan

3.  Bapak-Bapak: Aidil Fitri adalah hari untuk menghabiskan segala bonus dan elaun yang ada.

4.  Ibu-Ibu: Aidil Fitri adalah hari untuk menukar perabot dan curtain

5.  Anak-Anak: Aidil Fitri adalah hari untuk bermain bunga api, mercun dan mengutip duit raya

6.  Mat Rempit: Aidil Fitri adalah hari untuk menambah statistik Ops Sikap melalui KJR

7.  Wikipaedia encyclopaedia: Aidil Fitri adalah "Fasting Day of Celebration"

8.  PLUS: Aidil Fitri adalah hari untuk membuat keuntungan dari kutipan tol sebanyak mungkin

9.  Polis dan JPJ: Aidil Fitri adalah hari di mana semua cuti kakitangan dibekukan

10. Anak-Anak Yatim: Aidil Fitri adalah hari untuk menitis airmata semasa mendengar takbir raya dan menerima sumbangan dari pihak korporat.

Anda Bagaimana? Apakah pandangan anda mengenai definisi dan cara yang sepatutnya Aidi Fitri dirayakan? Perlukah didefinisi semula? 


Wednesday, September 8, 2010

Tolonglah manusia..Jangan la ramai sangat kat sini. aku nak bernafas pun susah

Mengertilah wahai manusia. Kenapa ramai sangat manusia nak beraya kat kelantan ni. Aduihh..selalu macam ni. Bila nak raya je, mesti penuh manusia di atas jalan raya ni. Tak kira la yang bermotosikal atau pun berkereta. Ni baru penghujung ramadhan, belum masuk syawal lagi. Sudah dapat diagak bila beraya nanti hanya sanak saudara yang dekat je yang mampu aku ziarahi. Sebelum apa2 aku nak ucap selamat hari raya awal2 kat korang semua. Malas sangat nak meredah jalan yang dipenuhi manusia ni semua. Maaf zahir dan batin.

Monday, September 6, 2010

whAt i L0ve ab0ut Y0u...???

the sparkle in your eyes
the warmth of your skin
your breath on my neck
that quivers within

the touch of your hand
the smell of your hair
the kindness in your smile
that strength in your stare

the sound of your voice
compassion in your embrance
the serenity in your stride
the power in your face

the calming of your presence
the beating of your heart
the promise of tomorrow
that we may never part

the beauty of your kiss
and that magic in your touch
it is for all these reasons and more
why i love you so much


Sunday, September 5, 2010

Ya Tuhan Ganti Google.. Lagi inovasi dari negara Iran



Kerajaan Iran membangunkan enjin carian Internet sendiri bagi menggantikan enjin carian antarabangsa seperti Google, Yahoo atau Alta Vista. Enjin carian terbaru yang dinamakan 'Ya Haq', yang bermaksud 'Ya Tuhan' dalam bahasa Farsi itu dibangunkan bagi memenuhi keperluan pencarian yang lebih laju dan keselamatan maklumat yang lebih tinggi untuk komunikasi atas talian di negara itu.

Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Syarikat Teknologi Maklumat Iran, Hadi Malek-Parast berkata, Ya Haq akan sedia dilancarkan pada tahun 2012. Menurutnya, projek tersebut adalah projek Intranet domestik yang berbeza dengan perkhidmatan Internet antarabangsa.

Pegawai Teknologi Maklumat, Pujan Ziaie berkata, kerajaan Iran bukan sahaja membangunkan enjin carian, tetapi jua program Intranet, iaitu program seperti Internet dalaman bagi negara itu di mana pengguna akan mendapat akses kepada laman sesawang yang dibenarkan oleh kerajaan.

"Perbincangan mengenai pembangunan Intranet ini telah bermula sejak beberapa tahun lalu dan dilakukan atas pendirian bahawa Internet merupakan senjata Barat. "Jadi apa yang Iran sedang cuba lakukan bagi mengelakkan ancaman ini adalah dengan melakukan apa yang telah dilakukan oleh China," katanya.

p/s: Tahniah buat negara Iran. Semakin lama semakin banyak inovasi dilakukan walaupun dikecam hebat oleh Amerika dan sekutu berhubung projek pembinaan reaktor nuklear. Tak silap gua dalam sebulan dua yang lepas Iran baru melancarkan jet pejuang tanpa pemandu. Hebat bukan. Bagi sebuah negara Islam inovasi ini sangatlah penting bagi mengurangkan kebergantungan kita terhadap kuasa asing. Ini sekali gus mengelakkan kita dari mudah tunduk dari tekanan mereka. Syabas dan tahniah sekali lagi. Semoga Islam dan Melayu di Malaysia juga mampu mengahasilkan inovasi yang bertaraf dunia.

Friday, September 3, 2010

Jom cek mata sebelum drive ke kampung untuk berhari raya.

Please don't use cursor!
Selamat mencuba!

1- Cari C

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

2- Cari 6

9999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999969999
9999999999999999999999999999999
9999999999999999999999999999999

3 – Cari N

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

4- Cari I

1111111111111111111111111111111
1111111111111111111111111111111
1111111111111111111111111111111
1111111111111111111111111111111
11111111111111I1111111111111111
1111111111111111111111111111111

5- cari P

RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
RRRRRRRRRRRRRPRRRRRRRRRRRRRRRRR
RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR

6- cari O

QQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ
QQQQQQQQQQQQQQQOQQQQQQQQQQQQQQQ
QQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ
QQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ
QQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ
QQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ
QQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ

7- Cari R

BBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBB
BBBBBBBBBBBBBBRBBBBBBBBBBBBBBBB
BBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBB
BBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBB
BBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBB
BBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBB

8- Cari 3

8888888888888888888888888888888
8888888888888888888888888888888
8888888888888888888888888888888
8838888888888888888888888888888
8888888888888888888888888888888
8888888888888888888888888888888

9- Cari F

EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE
EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEFEEEEEEEEE
EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE
EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE
EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE
EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE

10- Cari B

DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDBDDDDDD
DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD



Sila ucap tahniah kepada diri sendiri..

Selamat hari raya aidilfitri  buat semua blogger dan umat islam khususnya.

Maaf zahir dan batin.

Thursday, September 2, 2010

carDiGaN

Fesyen zaman sekarang ni memang gile2 kan cardigan..aku pun rasa best r pakai cardigan ni..selesa..boleh digayakan kt mane2 & bila2 masa jer..I LIKE.......























kAtakaN 'NO' kEpaDA leLaKi jEniS iNi



- Merayu kepada kamu untuk datang ke rumahnya
- Cuba mengambil kesempatan terhadap kamu misalnya, awal-awal lagi berani menyentuh
kamu
- Kaya dengan kata-kata manis dan pujuk rayu
- Menjauhkan diri daripada kamu ketika menjawab panggilan telefon
- Mengajak kamu ke tempat-tempat yang sunyi dan jauh daripada orang. Alasannya
perlukan 'privacy' tetapi hakikat sebenarnya kamu sendiri pasti dapat mengagaknya
- Takut memperkenalkan kamu kepada teman-teman dan ahli keluarganya
- Terlalu banyak undang-undang misalnya tidak boleh menghubungi si dia pada waktu-
waktu tertentu, tidak boleh ke tempat-tempat tertentu dan sebagainya
- Terlalu banyak alasan setiap kali kamu mencuragai sikapnya menggunakan wang dan
kekayaan untuk menarik perhatian perempuan
- Ada waktu-waktu tertentu si dia menyepi tanpa berita kemudian tiba-tiba muncul
dengan pelbagai alasan

Wednesday, September 1, 2010

30 PerkaRa yaNg PeRemPuaN tAk SeMpAt BeRitahu LElaKi.....




1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.



11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.



21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Merdekakah kita? Please don't be racist. RACISM is so yesterday

Merdeka tahun ini kecoh pasal video yang dihasilkan oleh Namewee. Meh aku komen sikit pasal dia ni. Apa salah dia ni? Sila abaikan kes beliau sebelum ni. Entri ini hanya khusus untuk video tentang merdeka dia saja. Okeh...Bagi aku namewee punya video ni memang ada mesej untuk semua rakyat malaysia untuk tidak menjadi racist.

Sebabnya dia hanya mengutuk peristiwa seorang guru besar yang bernama Puan Insyah Mansor yang menyampaikan ucapan yang berbaur perkauman kepada pelajar2 cina di sebuah sekolah di Johor. Beliau mengatakan pelajar cina tersebut supaya kembali ke negara cina. Bukankah itu racist. Kita sudah merdeka 53 tahun.Jadi tak perlu diungkitkan lagi bangsa cina dan india ini sebagai bangsa pendatang. Yang pendatang itu nenek moyang mereka. Bukan generasi cina india sekarang.

Aku bukan menyokong sepenuhnya si namewee ini. kerana dia juga melakukan kesilapan. Niatnya untuk membetulkan masyarakat untuk tidak racist tapi cara yang beliau gunakan itu salah. Patah2 perkataan yang diucapkan itu berbaur lucah dan perkauman. Itu yang silap. Jadi di sini jangan cepat menuding cari kepada beliau. Kenal pasti dulu niat beliau mengeluarkan video terbabit. 

Bagi pihak terbabit sila selesaikan kes ini dengan telus. Jika namewee dikenakan tindakan, guru besar itu juga harus dikenakan tindakan. Kerana dua2 berbaur perkauman. Pesanan untuk namewee kalau ada video lagi lepas ni sila kawal ayat anda. Please don't do obscenity and racism again. Sempena kemerdekaan ini marilah kita bebaskan minda kita dari dijajah. jadilah seorang warganegara Malaysia yang matang.

PLEASE DONT BE RACIST BECAUSE RACISM IS SO YESTERDAY

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers