matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK

Wednesday, September 29, 2010

Belasungkawa: Arwah Azuan Azhar dalam kenangan.. Al Fatihah

Malam tadi aku baru dapat berita sedih dari member aku mengatakan ada sorang senior aku masa kat ASiS telah kembali ke rahmatullah disebabkan kemalangan jalan raya. Arwah Azuan Azhar aka Koker merupakan OASiS (Old Boys ASiS) yang ke 2. Arwah juga dormate senior kesayangan aku dulu. Masa tu aku Form 4 dan dia pula Form 5.

Mula mula bila dengar berita ni aku rasa macam tak percaya je. rasa sedih gila sebab kami dormate junior sekali ngn Mat,Yudin, Rusydi, Kulai memang sangat rapat dengan arwah masa menginap di teratak 1A1. Walaupun kehidupan kami bersama hanya setahun je tapi banyak kenangan dan memori kami dengan arwah.  Dan dia adalah satu satunya senior yang pernah kontek aku selepas keluar dari sekolah. Seingat aku arwah sambung degree kat UniMaP dalam chemical enginnering.

Aku masih ingat lagi masa aku mula2 menjejakkan kaki kat ASiS ni, waktu tu dia kiranya jadi macam wakil dorm la. Sesiapa yang tak tahu tradisi kat ASiS setiap tahun bila hari pendaftaran pelajar baru Form 4, setiap dorm akan ada 2 orang wakil (biasanya seorang ketua dorm dan penolong) untuk menjemput ibu bapa dan pelajar yang terpilih masuk ke dorm tersebut. Waktu tu Anas selaku Ketua dorm dan arwah adalah penolong. Jadi mereka ada antara pelajar ASiS yang terawal aku kenal. Aku paggil dia abang wan. Perwatakan arwah memang baik dan aku respek sangat dengan dia.

Dalam masa setahun kehidupan kami bersama dalam dorm 1A1 banyak yang kami pelajari dengan arwah. Tidak kiralah dari segi pelajaran mahupun kehidupan bersosial. Terus terang aku cakap, waktu tu antara 7 senior dormate kami, arwahlah yang nampak paling matang. Mungkin disebabkan arwah pandai bercakap dan bergaul dengan orang lain membuatkan dia lebih dari yang lain. Dan arwah juga antara yang paling banyak bercakap dan paling rapat dengan junior2 nya. Dalam ramai2 dormate senior kira dialah yang paling otai lar. Bukan sebab otai samseng ke hape tapi sebab banyak pengalaman. Tak tahu la dia sembang ke tapi mostly apa yang kami sembangkan dalam masa setahun bersama banyak mengajar aku untuk hidup.

Bermula dari cara macam mana nak pasang cadar dengan kemas dan tegang serta tak yah susah2 bangun pagi nak kemas balik tiap2 hari. Buat pengetahuan semua ASiS menggunakan cadar yang tak bergetah. memang skema okeh. Dan disebabkan tahap keskemaan yang tinggi itu banyak benda mesti perfect. Pagi2 lantai kena mop kasi bersih, pastu nak g kelas tak leh ada satu pun pakaian yang bergantung atas katil waima tuala sekalipun. Selipar kasut semua kena susun kasi rapi. Jadi arwahlah yang banyak mengajar untuk setelkan tu semua dan takyah jadi skema sangat.

Dulu kan kat sekolah tak boleh banyak handphone. Lagi2 kalau kat ASiS. Kat sane kalau kami bawak sekalipun memang teramat susahla sebab dalam dorm pun takda plug. Yang ada hanyalah bilik seterika dan kelas. Dua2 tempat panas dan tak selamat. Hampeh btol. Dulu aku sempat la bawak handphone tu dan nasib baik la tak pernah kantoi dengan warden sebab arwahlah yang banyak tolong aku simpankan dan caskan handphone aku. Terimah kasih bro.

Terlalu banyak kenangan semasa bersama dengan arwah untuk aku ceritakan kat sini. Akanku simpan segala memori bersamamu. Bagi aku kau seorang yang baik. Selalu menhulurkan bantuan di kala kami kesusahan. Aku tak sempat pun nak add fb ko. Kehilanganmu amat aku rasai sekali. Aku doakan ko damai di sana. Aku juga maafkan segala salah silap antara kita. Dan aku juga halalkan segala makan minum dan perbuatan sepanjang kehidupan kita. Dan kalau ada sesiapa yang terbaca entri ini. mungkin ada antara kita yang ingat atau yang lupa....sama2 lah kita ampunkan kesilapan arwah dan moga dihalalkan makan minum kita semua. Sama2 lah kita mengambil kesempatan sesaat dua sekurang kurangnya menyedekahkan Al Fatihah kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang soleh.


AL FATIHAH 
AZUAN AZHAR 
DALAM KENANGAN 
BENDAHARA ASiS 04/05
(1988-2010)


3 comments:

ahmadmifdhal said...

sedih la beb bce ni...
serus ak tringt kat die....

Unknown said...

memang sedih pun..xsangka terlalu awal dia meninggalkan kita..

Anonymous said...

salam. sy dr unimap n antara rakan sklas arwah yg rapat ngn dye. arwah mmg seorng yg slalu mmbantu org, x suke bg kesusahn kt sape2. Al Fatihah kpd arwah Azuan, moga ditempatkn di kalangn org soleh, Amin.

Next previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers