Merdeka tahun ini kecoh pasal video yang dihasilkan oleh Namewee. Meh aku komen sikit pasal dia ni. Apa salah dia ni? Sila abaikan kes beliau sebelum ni. Entri ini hanya khusus untuk video tentang merdeka dia saja. Okeh...Bagi aku namewee punya video ni memang ada mesej untuk semua rakyat malaysia untuk tidak menjadi racist.
Sebabnya dia hanya mengutuk peristiwa seorang guru besar yang bernama Puan Insyah Mansor yang menyampaikan ucapan yang berbaur perkauman kepada pelajar2 cina di sebuah sekolah di Johor. Beliau mengatakan pelajar cina tersebut supaya kembali ke negara cina. Bukankah itu racist. Kita sudah merdeka 53 tahun.Jadi tak perlu diungkitkan lagi bangsa cina dan india ini sebagai bangsa pendatang. Yang pendatang itu nenek moyang mereka. Bukan generasi cina india sekarang.

Aku bukan menyokong sepenuhnya si namewee ini. kerana dia juga melakukan kesilapan. Niatnya untuk membetulkan masyarakat untuk tidak racist tapi cara yang beliau gunakan itu salah. Patah2 perkataan yang diucapkan itu berbaur lucah dan perkauman. Itu yang silap. Jadi di sini jangan cepat menuding cari kepada beliau. Kenal pasti dulu niat beliau mengeluarkan video terbabit.
Bagi pihak terbabit sila selesaikan kes ini dengan telus. Jika namewee dikenakan tindakan, guru besar itu juga harus dikenakan tindakan. Kerana dua2 berbaur perkauman. Pesanan untuk namewee kalau ada video lagi lepas ni sila kawal ayat anda. Please don't do obscenity and racism again. Sempena kemerdekaan ini marilah kita bebaskan minda kita dari dijajah. jadilah seorang warganegara Malaysia yang matang.
PLEASE DONT BE RACIST BECAUSE RACISM IS SO YESTERDAY
1 comment:
tsama pulak isu september :P
Post a Comment