matpek's property ©
MATPEK'S PROPERTY © ~ 2010 COPYRIGHT RESERVED ~ LAYOUT EDITED BY MATPEK �
Showing posts with label Racism. Show all posts
Showing posts with label Racism. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Fenomena dRBook, Kontroversi Buku Interlok dan Otak Manusia


Dr Rozmey buat hal lagi. Mahu buat dRbook ganti Facebook. Sumber: Facebook


Persepsi gua kata ini adalah fantasi semata mata. Saja je nak buat gempak..lol!!!




Novel Interlok hasil karya Abdullah Hussian cetus kontroversi kaum. Rujuk di sini, sini, sini dan sini


Persepsi gua kata ini novel ini menceritakan realiti sebenar. Bukan sengaja untuk memainkan api perkauman


Betullah kata Prof Bakar tentang otak manusia ni. Masing masing ada pandangan tersendiri. Beliau ibaratkan satu gelas berisi separuh air. Satu pihak kata dia nampak gelas itu ada separuh air. Manakala satu pihak lagi kata dia nampak gelas itu ada separuh udara. Dua dua jawapan tak salah kan. Mereka betul sebab mereka mengikut apa yang mereka nampak.

Samalah dengan kes Dr Rozmey, gua tak mahu menyokong dan membantah. Lantak dialah nak buat dRbook untuk ganti facebook ke hape. Semua orang boleh komen kan. Novel Interlok pun sama jugak. Gua tak pandai nak nilai novel tingkatan 5 ini berunsurkan perkauman atau tak. Bagi la yang pakar buat kerja. 

So, konklusinya kita semua melihat dari mata yang sama. Apa yang membezakannya adalah perspektif dan sudut pandangnya. Tapi yang berbeza itu tak semestinya tiada titik persamaan. Terima lah segala perbezaan tu dengan ilmu dan yakin pada Yang Maha Pencipta swt.

p/s: Agak agak ada kaitan tak entri ini.


Wednesday, September 1, 2010

Merdekakah kita? Please don't be racist. RACISM is so yesterday

Merdeka tahun ini kecoh pasal video yang dihasilkan oleh Namewee. Meh aku komen sikit pasal dia ni. Apa salah dia ni? Sila abaikan kes beliau sebelum ni. Entri ini hanya khusus untuk video tentang merdeka dia saja. Okeh...Bagi aku namewee punya video ni memang ada mesej untuk semua rakyat malaysia untuk tidak menjadi racist.

Sebabnya dia hanya mengutuk peristiwa seorang guru besar yang bernama Puan Insyah Mansor yang menyampaikan ucapan yang berbaur perkauman kepada pelajar2 cina di sebuah sekolah di Johor. Beliau mengatakan pelajar cina tersebut supaya kembali ke negara cina. Bukankah itu racist. Kita sudah merdeka 53 tahun.Jadi tak perlu diungkitkan lagi bangsa cina dan india ini sebagai bangsa pendatang. Yang pendatang itu nenek moyang mereka. Bukan generasi cina india sekarang.

Aku bukan menyokong sepenuhnya si namewee ini. kerana dia juga melakukan kesilapan. Niatnya untuk membetulkan masyarakat untuk tidak racist tapi cara yang beliau gunakan itu salah. Patah2 perkataan yang diucapkan itu berbaur lucah dan perkauman. Itu yang silap. Jadi di sini jangan cepat menuding cari kepada beliau. Kenal pasti dulu niat beliau mengeluarkan video terbabit. 

Bagi pihak terbabit sila selesaikan kes ini dengan telus. Jika namewee dikenakan tindakan, guru besar itu juga harus dikenakan tindakan. Kerana dua2 berbaur perkauman. Pesanan untuk namewee kalau ada video lagi lepas ni sila kawal ayat anda. Please don't do obscenity and racism again. Sempena kemerdekaan ini marilah kita bebaskan minda kita dari dijajah. jadilah seorang warganegara Malaysia yang matang.

PLEASE DONT BE RACIST BECAUSE RACISM IS SO YESTERDAY

previous home
Related Posts with Thumbnails

KOMRAD

Daisypath Anniversary tickers